|
Apabila Kaum Kuffar Berkorban... |
|
“Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalang orang dari jalan Allah. Mereka menafkahkan harta itu kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka dikalahkan. Dan ke neraka jahanamlah orang-orang kafir itu dikumpulkan. Supaya Allah memisahkan golongan yang buruk dan yang baik dan menjadikan golongan yang buruk itu sebahagian yang lain lalu kesemuanya ditumpaskan-Nya dan dimasukkan ke dalam neraka jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi.” (QS. Al-Anfaal : 36-37)
Imam Muhammad bin Ishaq meriwayatkan: “Setelah orang-orang Quraisy mengalami kekalahan dalam peperangan, mereka kembali ke Makkah dalam waktu yang sama Abu Sufyan pula kembali bersama untanya. Pada saat itu, datanglah Abdullah bin Abi Rabi’ah, Ikrimah bin Abi Jahl dan Shafwan bin Umayyah menemui tokoh-tokoh Quraisy yang lebih tua. Di mana tokoh-tokoh Quraisy ini telah kehilangan anak-anak dan saudara-saudara mereka yang telah terkorban dalam perang Badr. Abdullah bin Abi Rabi’ah, Ikrimah bin Abi Jahl dan Shafwan bin Umayyah telah meminta secara khusus kepada Abu Sufyan bin Harb dan orang-orang kaya untuk membantu mereka dalam usaha menyediakan dana. Mereka berkata: “Hai kaum Quraisy, sesungguhnya Muhammad telah mengalahkan kalian dan membunuh orang-orang pilihan kalian, maka bantulah kami dengan harta kalian untuk memeranginya, semoga kami dapat melakukan pembalasan terhadap orang yang terkena musibah di antara kalian.” Akhirnya orang-orang Quraisy itu bersetuju dan memenuhi permintaan tersebut dan turunlah wahyu Allah ini.”
Al-Haq Pasti Menang
Pertarungan antara haq dan batil tidak akan pernah berhenti sepanjang zaman. Keduanya saling bertarung untuk tampil sebagai juara di persada pertarungan dengan pelbagai cara dan sarana. Namun demikian, yang mendapat jaminan kemenangan dari Allah SWT pasti lah al-Haq. Sebagaimana yang dijanjikan Allah dalam firman Nya:
“Mereka berkehendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki kecuali menyempurnakan cahaya-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik itu tidak menyukai.” (QS. At-Taubah : 33).
Dan sudah menjadi ketetapan dalam sunnatullah bahawa kemenangan al-haq, bahkan yang batil sekalipun, tidak akan terjadi secara tiba-tiba melalui mukjizat tanpa perjuangan yang melelahkan. Rintangan yang sentiasa menghalang serta harta yang harus dikeluarkan, merupakan sebuah kemestian dalam perjuangan. Semua ini merupakan konsekuensi perjuangan yang mesti terjadi di kedua belah pihak. Namun, sebuah ciri khas yang hanya dimiliki oleh perjuangan menegakkan al-haq adalah : Kemenangan tidak dapat disandarkan hanya dari kekuatan material ataupun fizikal belaka. Kemenangan al-haq yang terpenting ditentukan oleh sejauhmana kekuatan iman kepada Allah :
“Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah.” (QS. Al-Anfaal :10).
Dalam ayat 36-37 surah Al Anfal di atas, Allah mengingatkan kita bahawa orang-orang yang berada dalam kebatilan, tidak pernah takut-takut atau segan-segan mengorbankan harta mereka untuk memperjuangkan kebatilan. Sejarah telah mencatatkan berapa banyak harta yang telah dikeluarkan oleh orang-orang kuffar Quraisy dalam rangka menghancurkan dakwah Rasulullah SAW. Mereka mengeluarkan ribuan dirham dan dinar untuk menghalang orang-orang beriman dari berjuang di jalan Allah. Namun mereka terus memperolehi penyesalan di dunia dalam bentuk kekalahan kerana kebatilannya. Manakala Akhirat sana, neraka jahanam menanti mereka.
Bentuk pengorbanan seperti inilah yang berlaku sebelum dan selepas perang Badar. Ini merupakan salah satu contoh dari cara tradisional turun-temurun yang dilakukan oleh musuh-musuh dien ini. Mereka sentiasa bersiap sedia mencurahkan seluruh tenaga, usaha dan harta serta menyusun pelbagai tipu muslihat untuk menghalang manusia dari jalan Allah. Mereka saling bekerjasama meletakkan berbagai bentuk rintangan untuk membantutkan perkembangan dien ini. Mereka saling bergabung tenaga bagi memerangi kaum muslimin di setiap penjuru bumi, di mana saja dan bila-bila masa jua.
Mereka tidak akan pernah membiarkan para pejuang kalimah tauhid berada dalam keadaan tenang dan aman. Namun pada waktu yang sama, para da’i juga mesti sentiasa terus menerus bergerak menentang kejahiliahan dan menghancurkan pelbagai tipu muslihat yang sentiasa menindas dan memperhambakan sesama manusia. Mereka mesti bekerja sehingga tertegaknya kalimah Allah di atas muka bumi ini atau mati sebagai para syuhada’.
Jangan Merasa Lemah
Oleh itu jika mereka yang berada dalam kebatilan mampu berkorban dan berjuang seperti yang tertera di atas, mengapa mereka yang berada di barisan al-haq masih belum bersiap sedia melakukan hal ini …. ? Di sinilah peranan aqidah bagi kehidupan manusia. Bersiap sedia untuk berkorban dengan harta dan jiwa dalam setiap perjuangan amat ditentukan oleh aqidah manusia itu sendiri. Aqidah merupakan penentu kepada siapa ia berpihak dalam kehidupan ini. Sama ada kepada yang haq atau yang batil?
Berpihak dengan jelas pada suatu kubu akan mendorong manusia untuk siap sedia melakukan apa saja untuk sesuatu yang telah diyakininya itu. Manakala manusia yang tidak memiliki pemilihan pihak yang jelas dalam kehidupan ini, jadilah ia seperti lalang yang tidak menentu arah tujuan kehidupan. Inilah manhaj kehidupan munafiqin sebagaimana dijelaskan Allah dalam firman Nya:
“Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara berada dalam keimanan dan kekufuran, tidak masuk ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan tidak pula berada dalam golongan orang-orang yang kafir…” (QS. An-Nisaa’ : 143)
Pada hakikatnya, dalam kehidupan manusia ini, hanya ada dua kubu,: kubu HAQ yang hanya diwakili oleh Islam dan kubu BATIL yang diwakili oleh beberapa ideologi yang berusaha menghancurkan Islam. Oleh itu, dalam setiap perjuangan, terdapat perbezaan yang cukup ketara. Di dunia, perjuangan Islam sentiasa berusaha menwujudkan Ishlah (perbaikan) bagi kehidupan manusia, sebagaimana yang diungkapkan oleh Nabi Allah Syu’aib kepada kaumnya:
“Tidaklah yang aku inginkan kecuali perbaikan yang dapat kulakukan.” (QS. Huud: 88).
Manakala di akhirat pula, perjuangan ini menghantar manusia ke syurga yang disebut oleh Allah dalam firman Nya sebagai “AL FAUZUL ADZIM” – kemenangan yang besar (QS. As-Saaf : 12).
Adapun perjuangan kebatilan, hanya mampu membawa manusia pada kerosakan dan perhambaan sesama manusia itu sendiri. Sedangkan di akhirat, yang tinggal hanyalah penyesalan dan mereka akan diiring ke neraka jahanam. Pengorbanan dan pertarungan ini akan sentiasa berlangsung di pentas kehidupan. Semuanya bertujuan agar memperkukuhkan kita di atas jalan perjuangan sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT.
“Dan janganlah kamu merasa lemah mengejar musuhmu, jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan, sebagaimana kamu menderita. Sedangkan kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (QS. An-Nisaa’: 204).
Ayat di atas, ternyata mampu membentuk insan yang memiliki semangat juang yang kental serta jiwa berkorban yang jauh lebih tinggi berbanding dengan pengorbanan yang dilakukan oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya ayat-ayat Allah seperti inilah yang melahirkan peribadi seperti Uthman bin Affan dan para dermawan yang lain. Saidina Uthman pernah berinfaq sebanyak 300 ekor unta beserta dengan muatannya sekali untuk kepentingan jihad Tabuk. Malah masih banyak lagi contoh para sahabat lain yang mengeluarkan infaq tanpa menghitung kerugian di dunia.
Hikmah Pertarungan Haq dan Batil
Mungkin harta yang dikumpulkan oleh para pejuang kebatilan mampu menggerak dan menyusun kekuatan semua pihak kebatilan secara tersusun rapi malah mampu mencipta pelbagai makar untuk menghancurkan barisan al-haq. Oleh itu para pejuang al-Haq juga mesti menghadapinya dengan harakah atau gerakan yang tersusun rapi disertai pula dengan semangat jihad. Ketika itu akan tersingkaplah muslihat mereka yang tidak bersungguh-sungguh dalam perjuangannya, sebagaimana yang diungkapkan oleh Allah :
“Dan sungguh Allah akan tahu manakah orang-orang yang shadiqin (sungguh-sungguh dalam perjuangannya) dan orang-orang yang kadzibin (orang-orang yang bohong dalam perjuangannya).” (QS. Al-‘Ankabut : 2).
Mereka yang shadiqin adalah orang yang berhak mendapat pertolongan dari Allah. Mereka terdiri daripada orang-orang yang layak memikul amanah Allah dan melaksanakannya serta tidak lemah dalam menghadapi segala bentuk ujian dan fitnah. Dan Allah SWT. menggumpulkan orang yang berdusta dalam perjuangan lalu mencampakkan mereka ke dalam neraka. Itulah kerugian yang tiada taranya. Agar setiap yang buruk tergambar dalam fikiran manusia, seakan suatu tompokan kotor yang sudah siap dicampakkan ke neraka bagai sampah. Begitulah cara al-Quran meyakinkan manusia terhadap al-haq dan al-batil.
“Ya Allah tunjukkan kepada kami yang haq itu haq, dan berilah kami kemampuan mengikutinya, dan tunjukkan kepada kami yang batil itu batil, dan berilah kami kekuatan menjauhinya.” |
|
Rehal Ramadan: Puasa, Tarawih Himpun Pahala, Hapus Dosa |
|
MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan. Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur. Ia adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri, memperbanyak dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa. Kesempatan yang sangat bernilai ini, sewajarnya direbut, sekali gus berazam untuk melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya. Ramadan menurut istilah Arab bererti terlampau panas. Mengikut sejarah, sewaktu ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru, bangsa Arab menamakannya mengikut suasana/keadaan yang berlaku pada sesuatu masa tertentu. Kebetulan suasana waktu itu terlalu panas, maka dinamakan Ramadan. Dapat juga difahami bahawa dengan makna ‘terlalu panas’ itu, maka Ramadan dapat membakar segala dosa orang mukmin menerusi pelbagai ibadat yang dilaksanakan dengan penuh ikhlas seperti berpuasa dan solat Tarawih. Nabi Muhammad bersabda maksudnya: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad). Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak memanfaatkan kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan. Perkara ini kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia tidak dikurniakan Allah pada bulan lain. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda :“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya). Ramadan hadir membawa rahmat serta maghfirah (keampunan) Allah. Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda bagi setiap ibadat wajib yang dilakukan pada Ramadan. Satu ibadat wajib pada Ramadan menyamai 70 ibadat wajib di luar Ramadan, manakala ibadat sunat akan mempunyai nilai yang sama dengan ibadat wajib apabila dilakukan dalam Ramadan. Malah, segala bentuk kebajikan sekecil dan seringan mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas pada Ramadan mengandung nilai ibadat. Peluang umat Islam mengaut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sangat terbuka luas melalui pelaksanaan pelbagai ibadat yang menjanjikan pahala berganda. Ini seperti membaca dan bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah, beriktikaf, berselawat, solat Tarawih serta ibadat sunat lain, selain solat fardu. Ramadan adalah bulan yang dimakbulkan doa, bulan Allah memberi pengampunan, bulan penyucian diri, malah tidur dan tarikan nafas seorang mukmin diberi pahala ibadat. Berdasarkan beberapa penjelasan hadis, dapat disimpulkan bahawa Ramadan adalah bulan ibadat iaitu bulan yang pada satu sisi mampu memperbanyak pelbagai nilai positif atau pahala. Pada sisi lain mampu pula menghanguskan pelbagai nilai negatif atau dosa. Pengumpulan pahala secara besar-besaran seiring dengan penghapusan dosa itu, dihasilkan menerusi pelbagai bentuk ibadat dan amalan soleh, baik yang berbentuk wajib mahupun sunat. Dua ibadat yang menjadi inti amaliah Ramadan ialah puasa dan solat Tarawih. Dua jenis ibadat itu mampu menawarkan kedua-dua sisi di atas iaitu pengumpulan pahala dan penghapusan atau pembakaran dosa. Oleh kerana puasa dan solat Tarawih adalah ibadat istimewa pada Ramadan, maka apabila ia dilakukan dengan sempurna dan ikhlas, seseorang itu akan meraih ganjaran pahala berlipat ganda. Ternyata pada masa sama, hasil pelaksanaan puasa dan ibadah Tarawih, sekali gus juga menghapuskan dosa Perkara itu sesuai dengan sabda Nabi bermaksud: "Ramadan adalah bulan yang Allah telah memfardukan atasmu berpuasa dalamnya, dan aku telah mensunahkan bagimu berdiri dan beribadah pada malamnya. Barang siapa berpuasa dan bersolat lail (Tarawih) kerana iman dan kerana mengharapkan Allah, nescaya dia keluar daripada dosanya, bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah).
Petikan dan Sumber: Berita Harian 16 Oktober 2004
|
|
THE SIGNIFICANCE OF EID Imam Ali Siddiqui
THE SIGNIFICANCE OF EID - Unas (ra) reported that when the Prophet Muhammad
(saw) migrated from Makkah to Madinah, the people of Madinah used to have two
festivals. On those two days they had carnivals and festivity. The Prophet
Muhammad (saw) asked the Ansaar (the Muslims of Madinah) about it. They
replied that before Islam they used to have carnivals on those two joyous
days. The Prophet Muhammad (saw) told them: 'Instead of those two days, Allah
has appointed two other days which are better, the days of Eid-al-Fitr and
Eid-al-Adha.' (Hadith)
EID-AL-FITR is celebrated on the first day of Shaw'waal, at the completion of
Ramadan. Shaw'waal is the 10th month of the Islamic calendar. The Eid-al-Fitr
is a very joyous day; it is a true Thanksgiving Day for the believing men and
women. On this day Muslims show their real joy for the health, strength and
the opportunities of life, which Allah has given to them to fulfill their
obligation of fasting and other good deeds during the blessed month of
Ramadan.
EID-AL-ADHA is celebrated on the tenth day of Zdilhijjah, the 12th and the
last month of the Islamic calendar. It is also very joyous day; it is a feast
of self-sacrifice, commitment and obedience to Allah. It commemorates the
great act of obedience to Allah by the Prophet Ibrahim (as) in showing his
willingness to sacrifice his son Ismael (as). Allah accepted his sacrifice
and replaced Prophet Ismael (as) with a lamb. Although Hajj has no relation
with the Eid-al-Adha, but the five days long rituals of Hajj are also done
during this month culminating on 9th of Zdilhijjah. Many rituals of Hajj are
enactment of the struggle of the family Ibrahim (as) specially his second wife
Hajirah (as) and her son Prophet Ismael (as).
THE SUNNAH OF EID:
1. Wake up early.
2. Offer Salatul Fajr. 3. Prepare for
personal cleanliness take care of details of clothing, etc.
4. Take a Ghusl
(bath) after Fajr.
5. Brush your teeth.
6. Dress up, putting on best clothes
available, whether new or cleaned old ones.
6. Use perfume (men only). 7. Have
breakfast on Eid-al-Fitr before leaving for prayer ground. On Eid-al-Adha, eat
breakfast after Salaat or after sacrifice if you are doing a sacrifice.
8. Pay
Zakaat-al-Fitr before Salaat-al-Eid (on Eid-al-Fitr). 9. Go to prayer ground
early.
10. Offer Salaat-al-Eid in congregation in an open place except when
whether is not permitting like rain, snow, etc.
11. Use two separate routes to
and from the prayer ground.
12. Recite the following Takbir on the way to
Salaat and until the beginning of Salaat-al-Eid. On Eid-al-Adha, Takbir starts
from Mughrib on the 9th Zdilhijjah and last until the Asr on the 12th
Zdilhijjah: Allaho-Akber, Allaho-Akber. La ila-ha ill-lal-lah. Allaho-Akber,
Allaho-Akber. Wa-lilahill hamd. (Allah is greater. Allah is greater. There
is no god but Allah. Allah is greater. Allah is greater. And all praises are
for Allah).
HOW TO OFFER SALAAT-AL-EID: Ibn Abbass (ra) reported: ' I participated in the
Salaat-al-Eid-al-Fitr with the Messenger of Allah (saw), Abu Bakr (ra), Umar
(ra) and Uthman (ra), and all of them held Salaat-al-Eid before Khutbah, and
then the Prophet Muhammad (saw) delivered the Khutbah (sermon)'. Hadith,
Muslim
WHO SHOULD GO TO THE PRYER GROUND AND OFFER SALAAT-AL-EID: Umm Atiyah (ra)
reported: 'The Messenger of Allah (saw) commanded us to bring out on Eid-al-
Fitr and Eid-al-Adha, young women, hijab-observing adult women and the
menstruating women. The menstruating women stayed out of actual Salaat but
participated in good deeds and Duaa (supplication)'. I (Umm Atiyah) said to
the Holy Prophet (saw): 'O! Messenger of Allah, one does not have an outer
garment.' He replied: "Let her sister cover her with her garment." Hadith
Muslim. On the Eid day, every believing man, woman and child must go to the
prayer ground and participate in this joyous occasion.
STRUCTURE OF SALAAT-AL-EID: Salaat-al-Eid is wajib (strongly recommended, just
short of obligatory). It consists of two Rakaat (units) with six or thirteen
additional Takbirs. It must be offered in congregation. The Salaat is
followed by the Khutbah. The Khutbah is part of the worship and listening to
it is Sunnah. During the Khutbah, the Imam must remind the community about
its responsibilities and obligations towards Allah, fellow Muslims and the
fellow human beings. The Imam must encourage the Muslims to do good and ward
off evil. The Muslim community must also be directed to the state of the
community and the Ummah at large and the feelings of sacrifice and Jihaad
should be aroused in the community.
At the conclusion of the Salaat the Muslims should convey greetings to each
other, give reasonable gifts to the youngsters and visit each other at their
homes. Muslims should also take this opportunity to invite their non-Muslims
neighbors, co-workers, classmates and business acquaintances to Eid
festivities to expose them to Islam and Muslim culture.
SACRIFICE AND EID-AL-ADHA: Those who have enough wealth to pay Zakaat must
offer the sacrifice for Allah. It is the tradition of Prophet Ibrahim (as) and
a strongly recommended Sunnah. A lamb, sheep, goat , cow, buffalo, or camel
can be offered as the sacrifice. There are seven shares in a cow, buffalo and
camel. The sacrifice should be accomplished by slaughtering the animal after
Salaat-al-Eid. The sacrifice also called Udhiyah or Qurbani last for three
days from 10th Zdilhijjah until the sunset of 12th Zdilhijjah. The meat should
be divided into three shares: one for the family the second for relatives and
friend and the third share is for the poor and the needy. (Written & copyright
by Imam Ali Siddiqui, 1982)
You can find additional information from web sites including Islamicity and
books of Hadith including Bukhari, Muslim, Riadus-Salahin, and Mishkat-al-
Masabih. (Imam Ali Siddiqui)
source: http://www.jannah.org/articles/eid.html
|
|