|
9 Sebab Hati Tidak Bahagia |
|
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri
manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya
tidak tenang.
2 . Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti
ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara
yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang
yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki
amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil
sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat
dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada
duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang
yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap
memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri
melalui maknusia
5. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas
dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau
berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak
selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia
dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan,
itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di
situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan..
6. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi
hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi
dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja
bertimbun atas meja..heh..heh. .)
7. Ego
ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.
Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun
batin.
8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan
menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.
-Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia
tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat
susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati
jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa
anak yg soleh/solehah. . Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana
dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi
letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia
itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah
MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada
bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh
padahnya.
Wallahualam"
|