|
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi
cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri
yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak
berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis
perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di
premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah
denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi
selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda
jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama
dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk
menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda
semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu
insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis
yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion
telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun
kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz
ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat
mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis
perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya,
kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di
syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat
bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang,
Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..." Gadis
tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau
Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ?
Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat
ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.. Ustaz
tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah
dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau
Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji
saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang,
lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni
pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya
bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat
syurga..Kan Tuhan tu baik?" Gadis tu terkejut. Tergamak seorang
ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused,
ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan
hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka
apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak
perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan
jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi
dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..
takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan
macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz. "Ah..mana
adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si
gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil,
boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam. Ustaz
mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih
sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang
derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak
dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita
bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian
sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah
dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala
perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."
|