| Perutusan Hari Asyura |
Assalamualaikum W.B.T Bismillahirahmannirrahim. Segala puji bagi Allah, Penguasa semesta alam,
selawat dan salam turut dikirim buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW
serta para sahabat baginda. Alhamdulillah,
kita telah melangkah ke tahun 1433H. Sekali lagi Rakan Masjid Universiti
Teknologi PETRONAS (RMUTP) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Salam
Hijrah 1433H” kepada seluruh warga UTP dan ahli qaryah masjid. Semoga hari-hari
yang akan mendatang dalam tahun ini terus menjadi agenda perubahan kita untuk
berubah ke arah yang lebih baik. Insya-Allah 10 Muharram Sahabat-sahabat yang dihormati, Pada
hari ini, tanggal 10 Muharram 1433H merupakan ulang tahun sebuah hari yang
besar dalam kalendar sejarah Islam. Dikisahkan ketika Nabi Muhammad SAW datang
ke Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi melakukan puasa di hari Asyura.
Rasulullah SAW bertanya, “Hari apakah ini?” Orang-orang Yahudi
menjawab, “Ini adalah hari baik, pada hari ini Allah selamatkan Bani
Israil dari musuhnya, maka Musa AS berpuasa pada hari ini.”Setelah
mendengar penjelasan itu Nabi Muhammad S.A.W berkata, “Aku lebih berhak
mengikuti Musa daripada kalian (kaum Yahudi).” Maka pada ketika itu
baginda berpuasa dan memerintahkan umatnya untuk turut melakukannya. Kisah ini
disokong dengan hadis daripada Aisyah RA: “Dahulu Rasulullah shallallahu
‘alaihi wassalam memerintahkan untuk puasa di hari Asyura. Dan ketika puasa
Ramadhan diwajibkan, (Baginda bersabda) barangsiapa yang ingin (berpuasa di
hari ‘Asyura) dia boleh berpuasa dan barangsiapa yang ingin (tidak berpuasa) dia
boleh berbuka.” (HR.Bukhari No.1897) Sahabat-sahabat
sekalian, Peristiwa-peristiwa yang berlaku
Hari Asyura merupakan sebuah manifestasi kepada kebesaran dan kekuasaan Allah
SWT. Pada hari ini diciptakan Nabi Adam AS, Nabi Sulaiman AS diberikan kerajaan
yang besar, bahkan banyak lagi peristiwa-peristiwa besar yang berlaku pada hari
ini. Sebenarnya bukanlah peristiwa-peristiwa ini yang menjadi keutamaan
tetapi hikmah di sebalik setiap peristiwa inilah yang lebih utama. Firman Allah
S.W.T, “Apakah (Allah) yang menciptakan segala sesuatu itu
sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapakah kamu tidak
mengambil pengajaran? (An-Nahl:
17) Sempena kehadiran hari
yang dimuliakan oleh Rasullullah SAW ini juga, saya ingin menyeru
sahabat-sahabat sekalian untuk bersama-sama kita meningkatkan ibadat kita serta
melaksanakan amalan-amalan sunat antaranya berpuasa sunat Asyura sepertimana
yang telah dianjurkan oleh Rasullullah SAW. Semoga
kehadiran Hari Asyura ini menjadi titik tolak perubahan kita sehingga menjadi
hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah SWT. Insya-Allah. Wahai manusia ! Sembahlah Tuhanmu yang telah
menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa, (Tuhan)
yang telah menjadikan untukmu bumi sebagai hamparan dan langit sebagai atap,
serta menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu Dia menghasilkan
segala buah-buahan sebagai rizki untukmu. Karena itu, janganlah kamu mengangkat
sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui”. (Al-Baqarah : 22) Salam
perubahan menuju Mardhotillah.
MOHAMAD HAFIZI BIN ZAKRIA Presiden, Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
||
013-4719155 |


