Ziarah Kampus Universiti Sains Malaysia dan Bengkel Qiyadi Rakan Masjid 2011

Share


17 Disember – Seramai 41 orang pelajar daripada badan pelajar Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS telah mengadakan satu sesi ziarah ke Kampus Induk Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Tujuan utama ziarah tersebut ialah untuk mengeratkan ukhuwah antara badan pelajar pengerak Islam antara kedua-dua kampus. Program tersebut bermula daripada jam 12.00 tengah hari dan tamat pada jam 7.00 petang. Kehadiran Rakan Masjid UTP telah disambut mesra oleh Persatuan Mahasiswa Islam USM. Antara aktiviti menarik yang diadakan ketika program ziarah tersebut ialah, perbincangan antara lajnah daripada kedua-dua kampus, lawatan ringkas di sekitar kampus dan sesi bergambar. Program diteruskan dengan Bengkel Qiyadi Rakan Masjid di Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang di mana tujuannya adalah untuk meningkatkan kualiti organisasi badan pelajar Rakan Masjid UTP. Bengkel Qiyadi ini disertai oleh Majlis Tertinggi Rakan Masjid, Maslis Eksekutif dan ahli-ahli jawatankuasa RM dan turut disertai oleh Penasihat Rakan Masjid UTP, Ustaz Dawi Cahyono Bin Nordin yang juga merupakan Ketua Pusat Islam An-Nur UTP. Perbincangan utama bengkel ini berkisar mengenai Standard Operational Procedure yang merupakan garis panduan struktur organisasi Rakan Masjid. Program ini berakhir dengan jayanya, pada 18 Disember 2011, jam 5.00 petang. Rombongan Rakan Masjid ini bertolak dari Pulau Pinang ke Universiti Teknologi PETRONAS pada jam 10.00 malam dan tiba pada jam 12.00 tengah malam. Program yang diadakan ini diharapkan agar dapat membina ikatan ukhuwah antara RM UTP dan PMIUSM, di samping meningkatkan profesionalisme ahli-ahli Rakan Masjid.

“Sesi perkenalan Presiden PMIUSM dan Presiden RM UTP sebaik sahaja tiba di Kampus USM”


“Cenderahati tanda kenang-kenangan daripada RM UTP untuk PMIUSM.”


“Lawatan ringkas di Kampus USM”


“Mengambil pendapat Ustaz mengenai perancangan Rakan Masjid untuk 2012”


“Bengkel Qiyadi Rakan Masjid 2011 tamat dengan jayanya”

 

Add comment


Security code
Refresh