Perutusan Aidilfitri 1430H

Share

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

Syukur ke hadrat Allah swt kerana kita berjaya menempuh bulan Ramadan al-Mubarak dengan penuh ketaatan dan ketekunan. Tiadalah hadiah kejayaan yang terlebih besar dan istimewa dari kejayaan memperoleh status takwa.   

 

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa."

 

Al-Baqarah: 183

 

Ketakwaan ini akan terus membawa kita terus istiqamah dalam beramal ibadah kepada Allah swt seterusnya menjauhkan diri kita dari melakukan kemaksiatan dan kemungkaran di atas muka bumi Allah swt. Itulah tanda kejayaan Madrasah Ramadhan 1430H, yang tidak lama lagi akan meninggalkan kita.

 

Berakhirnya Ramadhan, Syawal pula mengunjung tiba. Aidil Fitri adalah hari kebesaran kurniaan Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan.

 

Islam menganjurkan kita memuji nama Allah apabila menjelangnya Syawal, memanjatkan rasa syukur kerana berjaya melalui ujian besar menghadapi Ramadhan serta bersedih kerana kita sudah terlepas daripada Ramadhan, bulan yang penuh rahmat.

 

Dalam kegembiraan kita menyambut Aidil Fitri, jangan kita melupakan sahabat seagama kita yang berada dalam kesusahan, kesakitan, menderita mempertahankan negara seperti di Palestin dan diseluruh dunia.

 

Akhir kalam, saya mewakili pihak Rakan Masjid ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, kepada seluruh muslimin muslimat di Universiti Teknologi Petronas.

 

Selamat pulang ke kampung dan selamat kembali ke rumah masing-masing dengan hati gembira dan tenang. Pandu cermat, jiwa selamat. Semoga berjumpa lagi selepas bercuti hari raya, Insya-Allah.

 

Semoga Allah swt merahmati kalian semua.

 

Sekian, terima kasih.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.

 

Muhammad Akram bin Ismail

Presiden

Rakan Masjid 2009/2010

Universiti Teknologi Petronas

 

16 September 2009




 

Add comment


Security code
Refresh