Pendekatan Dakwah; Perspektif Rakan Masjid UTP

Share



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan buat Rabbul Izzati kerana dengan limpah inayah-Nya dapatlah ana menjayakan kewujudan blog rasmi Presiden Rakan Masjid UTP (RMUTP) ini.

"Terlalu banyak permintaan dari sahabat2 supaya ana mewujudkan sebuah blog sebagai perkongsian kepada semua dari pandangan RMUTP sehingga terhasillah blog ini" 

Ana memilih untuk melancarkan blog ini sempena ketibaan tanggal 1 Ramadhan pada hari ini dengan mengharapkan agar Allah Taala memberikan rahmat atas usaha ini dan semoga blog ini akan menjadi medium dakwah yang baik bagi kita semua. Insya-Allah.

Tanpa memanjangkan bicara, pada perkongsian kali pertama ini ana memilih sebuah tajuk diskusi berkaitan pendekatan dakwah RMUTP dan persoalan kepelbagaian jemaah dari perspektif RMUTP lantaran permintaan yang tinggi dari sahabat2 untuk ana menulis berkaitan hal ini.


"Pendekatan Dakwah RMUTP"

Firman Allah Taala,
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik... "
Surah an-Nahl, 125

Setiap jemaah mahupun individu yang memperjuangkan dakwah mempunyai pendekatan yang berbeza dalam menegakkan kalimah Allah Taala. Tetapi, matlamat yang disasarkan tetap sama, iaitu memperbaiki umat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menyampaikan amanat pengajaran Rasulullah ke seantero alam.

Rakan Masjid UTP tidak terkecuali dalam menyampaikan risalah ini. Tentunya dalam kehidupan semasa yang rencam dan pelbagai ini, RMUTP perlulah mengorak langkah dengan dengan penuh kebijaksanaan dalam menjayakan usaha dakwah bukan sahaja di UTP bahkan ke seluruh negara.


Sasaran RMUTP; Semua golongan, tiada golongan eksklusif

RMUTP tidak pernah memilih mad'u (golongan sasaran dakwah). Bagi RMUTP, semua pihak berhak dan mesti menerima dakwah.  

"RMUTP bukan tempat untuk orang baik2 sahaja, tetapi tempat untuk orang belajar menjadi baik"

Pengalaman ana menyaksikan sejumlah besar senior2 RMUTP bukanlah berasal dari mereka yang sudah baik. Gangster, couple, merokok, ponteng adalah perkara biasa sebelum mereka bersama Smart Group, Kem Pengahayatan Islam, Usrah Gabungan dan lain2 wadah yang disediakan sebagai medium dakwah kepada semua golongan sasaran. Golongan yang pada awalnya sedikit nakal ini akhirnya berubah setelah menerima sistem tarbiyah RMUTP

Perlu difahami bahawa mana-mana pihak yang memilih untuk menjalankan usaha dakwah kepada mad'u yang baik-baik sahaja apatah lagi kepada seseorang yang telah menerima tarbiyah daripada jemaah lain sahaja tidaklah menjalankan apa yang diajar oleh Rasulullah saw. Pendidikan tarbiyah itu sifatnya tidak memilih dan perlu dijalankan seikhlas hati

Dakwah yang diajar Rasulullah tidak eksklusif kepada mereka yang baik2 sahaja. Sekiranya sesebuah pihak mensasarkan kepada orang-orang yang ditarbiyah sahaja maka hal ini tidak membantu perjuangan Islam dan dakwah. Lantaran itu, RMUTP akan terus memperjuangkan cabang dakwah bukan hanya kepada orang Islam sahaja apatah lagi kepada orang yang sudah sedia baik2 sahaja. Dakwah itu luas dan perlu merangkumi semua pihak.

Berikut ana sertakan beberapa aktiviti yang dijalankan RMUTP berkaitan pendekatan dakwah RMUTP yang merangkumi semua pihak dan tidak sama sekali memilih golongan sasaran


Interfaith Understanding Dialogue (InFUD 2010); Merupakan program kerjasama pertama dan terbesar di UTP yang melibatkan penyertaan semua student bodies dan hampir semua kelab di UTP. Diinisiatifkan oleh RMUTP sebagai langkah dakwah dan merealisasikan kebersamaan/integrasi pelajar UTP yang berlainan agama, bangsa dan negara. Program ini turut disifatkan sebagai sebuah program intelektual paling berjaya di UTP dengan penyertaan dan respon yang sangat baik dr semua pelajar UTP yang berlainan bangsa, agama dan kenegaraan.

 
Perjumpaan RM bersama HICOM Euphonious 2010. Beberapa persetujuan dicapai melalui perjumpaan ini seperti HICOM Euphonious menyokong dan mengharapkan usaha2 RMUTP untuk terus memberikan pendidikan kepada pelajar2 di kampus berkaitan hedonisme dan intelektual (flyers,risalah2 di masjid dll). Pihak Euphonious pula akan berusaha mengawal suasana konsert. Sebelum ini, RMUTP turut mengadakan perjumpaan dengan HICOM TALENT SEARCH 2009 dan beberapa persetujuan seperti pemisahan tempat duduk lelaki perempuan, etika pemakaian persembahan dll turut dicapai. Walaupun pemisahan tempat duduk gagal dijalankan pada ketika itu seperti yang dipersetujui, namun RMUTP telah menjalankan apa yang diamanahkan oleh Allah Taala untuk mengelakkan kemungkaran melalui penjelasan dan pemahaman.  

Perjumpaan Mesra RM dengan semua Presiden-presiden Kelab. Perjumpaan ini dilakukan sebagai salah satu usaha untuk membina hubungan yang baik antara RMUTP dan semua Presiden2 kelab. Perjumpaan ini menghasilkan persetujuan semua kelab untuk bersama Rakan Masjid dalam menjayakan InFUD 2010. Islam itu indah dan bukan suatu bebanan dalam menyampaikannya keindahannya. 
Setiap agama mempunyai nilai2 murni seperti sabar, amanah dll. Kami berkongsi persamaan dan cuba memahami setiap perbezaan yang wujud. Hayatilah maksud firmah Allah Taala; "Tiada paksaan dalam agama.... (al-Baqarah; 256)"

MTME InFUD. Muslim, Kristian, Hindu dan Budist bersatu dalam satu event. Pada ketika ini ana bertindak sebagai Project Manager dan menghimpunkan semua student bodies dan kelab bawah satu aktiviti intelektual terhebat pernah diadakan di UTP. Semua pihak bersatu hati dengan tema; "Raikan Perbezaan, Realisasi 1Integrasi".

Pembentukan Tarbiyah Tanpa Had Batasan Umur


Jelajah UTP- Heart 4 Islam Campaign 2010

Peserta Kem Penghayatan Islam anjuran JQAF, RMUTP dan Akademi Fasilitator Kedah (AFIK). Gambar ini merupakan KPI kali ke-2 dan ke-3 yang dijalankan bawah kelolaan RMUTP di Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.

Khemah Ibadah 2009. Merupakan program tahunan Rakan Masjid UTP yang melibatkan penyertaan 450 pelajar sekolah rendah dan sekolah menegah seluruh negara termasuk dari luar semenanjung. Semua pelajar dari seluruh negara akan berkampung di UTP selama seminggu untuk mengikuti Khemah Ibadah. KI.... Best!!!
Tentunya usaha yang dijalankan ini adalah untuk memberi kefahaman dan kecintaan terhadap Islam terhadap generasi muda-mudi sedari kecil kerana dakwah RMUTP adalah luas dan merangkumi segenap penjuru golongan sasaran.

Khemah Ibadah di Kampung Tuan Haji Mohd Noor Rosli bin Baharom, Pengarah Perkhidmatan Pelajar
Bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Surau dan Kampung. Rakan Masjid juga meluaskan pengaruh dakwah ke seluruh kawasan sekitar kampus dan serata Malaysia. Sebelum ini, RMUTP turut mengadakan program berkala di kampung orang asli, Kg Suak Padi. Alhamdulillah, berkat usaha dakwah dan pertolongan yang diberikan Allah Taala, RMUTP berjaya membantu usaha2 dalam mengislamkan beberapa orang masyarakat di Kg Suak Padi. Program berkala seperti kuliah maghrib, gotong royong, iftar, solat berjemaah di Kampung Suak Padi turut membantu usaha untuk memberikan kefahaman Islam, memperbaik hubungan dengan masyarakat orang asli dan menguatkan tahap kematangan dakwah RMUTP

Dakwah dan Ukhwah Tanpa Batasan Sempadan
Forum Baitul Muslim 2010. Penceramah jemputan, Ustaz Habiburrahman el-Shirazi, novelis no. 1 Indonesia. Pengarang novel Ayat2 Cinta dan pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih. Panelis ke-2 adalah Ustaz Hasrizal Jamil, pelopor Baitul Muslim Malaysia. Forum ini turut dihadiri oleh masyarakat seluruh negara.

Misi Kemanusiaan UTP ke Padang, Indonesia. RMUTP telah mengetuai inisiatif untuk mengadakan misi kemanusiaan sempena bencana gempa bumi di Padang. Presiden RMUTP 2009/2010, Saudara Akram mengetui deligasi ini dan menghantar sendiri sumbangan yang dikumpul daripada warga UTP kepada mangsa gempa bumi Padang.

Palestine Talk. RMUTP turut terkehadapan dalam memperjuangkan isu saudara kita di Palestin. Setiap semester RMUTP akan menganjurkan Palestin Talk, kutipan derma dll untuk membantu saudara kita yang disayangi di Palestin. RMUTP turut mencipta sejarah apabila berjaya menjalankan demonstrasi terbesar dalam sejarah UTP; Demonstrasi Save Gaza  2008 yang menggabungkan hampir semua kelab dan event di UTP dalam himpunan raksasa yang turut disertai pihak pengurusan untuk menyerahkan memorandum bantahan dan bantuan kewangan yang dikumpulkan oleh semua warga UTP kepada wakil akhbar News Straits Time



Ziarah ke rumah sahabat2 seluruh Malaysia. Kami bukan semuanya RMUTP. Sesetengah dari kami MPP, RCSU,SRM,MEDTECH,CONVO,dll. Tetapi kami bersatu kerana fikrah yang sama; dakwah. Kami semua pernah menerima tarbiyah dan merasai kemanisan ukhwah melalui RMUTP. Ikatan persaudaraan dan kasih sayang ini menyebabkan kami menyambung hubungan kekeluargaan walaupun keluarga masing2 jauh berbeza. RMUTP tempat untuk membentuk kefahaman tentang ukhwah, dakwah dan membentuk ikatan kasih sayang , supaya dimana sahaja kami bekerja mengikut minat kami, kami mampu membawa dakwah dan tarbiyah yang diterima daripada RMUTP

Ziarah Kampus bersama sahabat2 di UKM
Ziarah Kampus bersama sahabat2 di MMU
Ziarah Kampus bersama sahabat2 di UiAM

Tarbiyah RMUTP; Tarbiyah itu luas, tidak dibatasi tempat dan keadaan
Futsal Muslimat. Anjuran HELWI RMUTP. Penyertaan dibuka kepada semua pelajar perempuan di UTP tanpa mengira bangsa, agama dan tahap pemahaman terhadap Islam.

Futsal Muslimin anjuran RMUTP. Terbuka kepada semua pelajar lelaki UTP local dan international

Kelas Perkusi RM. Kelas ini dibuka kepada semua warga UTP muslimin dan muslimat yang berminat untuk mempelajari kesenian Islam. Nilai kesenian Islam harus dipelihara dan dijaga. Islam bukan hanya tarbiyah dan bercakap di masjid tetapi merangkumi semua ruang lingkup kehidupan yang perlu dipelihara oleh setiap orang Islam

Rehlah Ekspedisi Sungai Siput. Sifat tarbiyah dan dakwah RMUTP ada fleksibel. Rehlah, aktivti riadah dll menjadi antara peluang besar dalam penyebaran dakwah dan pembentukan kualiti ahli RMUTP.

 Dakwah Perlu diperkasakan
Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Brother Shah Kirit bin Kalkulal Govindji, Pakar Interfaith dan Pakar Dakwah nombor 1 di Malaysia. Ini merupakan siri kedua jemputan kepada Bro Shah. Brother Shah juga meneruskan ceramah dan bengkel dakwah anjuran Rakan Masjid dalam program siri ke-3 dan ke-4 iaitu Dakwah Outreach for Beginners yang turut dihadiri oleh Lecturer dan masyarakat luar kampus. Melalui bengkel ini, peserta dibekalkan dengan pemahaman dan cara2 dakwah yang betul. Dalam siri seterusnya, peserta2 akan dibawa turun ke padang dan merasai sendiri pengalaman berdakwah secara praktikal dan bukan hanya bercakap di surau2 @ majlis ilmu sahaja.
Dakwah Outreach for Beginners Siri 2
Seminar Dinamika Dakwah Mahasiswa. Seminar ini berjaya mengumpulkan lebih 200 pelajar universiti dari seluruh negeri Perak untuk mempelajari ilmu perbandingan antara agama dan pendekatan dakwah yang terbaik daripada 2 orang pakar interfaith dan dakwah yang amat hebat, Brother Lim Jooi Soon dan Ustaz Amin Yaakob.
Bersama Ceramah Israk Mikraj dr Profesor Abdulah Sahib khas dari India


Dakwah RM di Media Massa


 Dakwah bukan semata-mata tarbiyah
Bengkel Prefessionalisme; Bengkel Qiadi RMUTP. Bengkel ini diadakan di APBM dan membentuk professionalisme di kalangan ahli RMUTP. Bengkel ini berjaya menghasilkan Standard Operating Procedure (SOP RMUTP) yang menjadikan RMUTP paling ke hadapan berbanding persatuan pelajar yang lain dalam pengurusan profesionalisme. RMUTP menyediakan platform terbaik terhadap pembelajaran profesionalisme melalui KPO, event2 yang berurusan dengan management, NGO, Jabatan Kerajaan dll. Tarbiyah daripada RMUTP bukan hanya untuk pengisian hati tetapi turut merangkumi aspek profesionalisme untuk membantu gerak kerja dakwah di luar dan mengelakkan fitnah kepada pendakwah yang hanya tahu bercakap sahaja tetapi gagal dalam pengurusan.
Pautan Kasih LKP. Ziarah ke Hospital. RMUTP turut mementingkan kebajikan masyarakat, bukan hanya masyarakat dalam kampus sahaja tetapi merangkumi masyarakat sekitar. Sesungguhnya dakwah yang ditonjolkan oleh Rasulullah saw turut merangkumi dakwah kebajikan yang merupakan antara dakwah paling berkesan dalam membentuk kecintaan kepada Islam melalui rasa kasih-sayang dan ukhwah.

RMUTP terkehadapan dalam isu kebajikan. Setiap kali berlaku perkara yang melibatkan kebajikan kampus, maka RMUTP akan cuba membantu sedaya upaya samaada melalui bentuk sokongan moral, kewangan, bantuan kutipan derma dan sebagainya. Gambar diambil ketika lawatan ke atas Saudara Mohamad Adib yang kemalangan pada semester lepas
Penghargaan kepada ahli2 RMUTP turut diberikan. Sambutan hari lahir, kejayaan dalam akademik dan sebagainya turut diraikan. Tidak hanya tertumpu kepada AJK RMUTP dalam kampus, RM turut memberikan penghargaan kepada anak2 staff dan qariah masjid (melalui KBP) ketika hari pencapaian cemerlang akademik dan komitmen RMUTP

Dakwah itu Berperingkat

Smart Group (SG) yang menjadi asas pembentukan tarbiyah dalam RMUTP kini terbuka kepada semua bukan Islam dan pelajar antarabangsa. Gambar ini diambil ketika penyerahan UNITED kepada SG (Reaching The Star Program.) SG sebelum ini hanya dikenali sebagai sebuah program berkala yang dijalankan kepada pelajar Islam shaja. Namun bermula pada semester ini sasaran smart group dibuka kepada semua pelajar bukan Islam dan pelajar antarabangsa. Dengan kerjasama MPPUTP, diharapkan sasaran dakwah dan pembinaan integrasi antara RMUTP dan masyarakat kampus akan lebih luas seterusnya akan membantu pembinaan biah solehah di UTP. Insya-ALLAH
Bengkel Kesempurnaan Solat yang dianjurkan setiap kali Minggu Aluan Siswa (MAS)
RMUTP turut mengadakan jemputan khas kepada penyanyi2 nasyid seluruh negara seperti Saujana, Raihan, Hijjaz, Inteam, Azhan Atan, Ustaz Akhil Khai, Rabbani dll. Selain itu penyanyi nasyid bertaraf antarabangsa seperti Shaotul Harakah dr Indonesia turut dijemput ke UTP untuk memberikan hiburan islamik kepada semua warga UTP. Dakwah bg RMUTP tidak hnya melalui bidang pengisian di masjid namun turut merangkumi aspek hiburan islam

Pengalaman 2 minggu di sekolah pondok dan menerima tarbiyah daripada ketua ulama' negeri. Tarbiyah itu perlu dirasai dan ianya berperingkat. RMUTP bukan tempat semuanya orang baik2. Maka tarbiyah itu perlu dibentuk secara berperingkat. Sesetengah pihak mengkritik tarbiyah RMUTP tanpa mengetahui sebenarnya tarbiyah yang dilalui RMUTP. Ana tidak rasa tercabar bahkan rasa pelik kepada sesetengah kumpulan yang berbangga dengan tarbiyah tetapi sebenarnya hanya mensasarkan orang tarbiyah sahaja dan berbangga dengan apa yang telah ada. Pendekatan RMUTP adalah kepada semua orang maka tarbiyah yang diberikan adalah berperingkat. Sasaran mad'u dengan kefahaman berbeza memerlukan pendekatan yang tidak ekstrim. Ingatlah bahawa Rasulullah mengajar kepada dakwah menyeluruh kepada semua golongan dan tidak tergesa2 dalam berdakwah. Golongan yang baru berjinak2 dengan tarbiyah perlu diberikan masa dan peluang sedikit demi sedikit.
Bersama Habib Ali dari Indonesia. Sangat2 hebat dan mewarisi keperibadian Rasulullah. Ana dan sahabat2 agak kecewa kerana gagal membawa Habib ke UTP untuk Ramadhan Discovery tahun ini. Insya-ALLAH, kami akan terus berusaha untuk membawa Habib ke sini untuk bersama2 dengan semua warga UTP.
Dakwah Nahi Mungkar

Dalam membawa manusia kepada perkara kebaikan, perlu difahami bahawa Nahi Mungkar (mencegah kemungkaran) menjadi agenda yang amat penting kepada mana2 pihak yang memperjuangkan Islam. Namun hal ini semakin dipandang sepi dari sehari ke sehari. Banyak golongan yang memperjuangkan Amar Makruf (Berpesan kepada kebaikan), namun amat jarang mencegah kemungkaran.

Firman Allah Taala
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yang beruntung"
Surah al-Imran (104)

"Kamu adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia, kerana kamu meyuruh kepada perkara makruf, dan mencegah kepada perkara mungkar, dan beriman kepada Allah"
Surah al-Imran (110)

Dan banyak lagi firman Allah yang merangkumkan amar makruf dan nahi mungkar. Fahamilah bahawa amar makruf itu tidak lengkap tanpa nahi mungkar. Ramai yang memperjuangkan amar makruf tetapi ramai juga yang gagal dalam memperjuangkan nahi mungkar kerana langsung tidak melakukannya. Maka timbullah pemahaman sesebuah pihak bahawa "Kami lebih kepada pembentukan jiwa dan hati, cara pencegahan terbaik adalah melalui pembentukan hati yang sejahtera sahaja".  

Namun perlu difahami bahawa kita tidak akan mampu menjadi doktor kepada umat sekiranya kita hanya mengambil pendekatan mengkritik daripada belakang sahaja dan mengambil pendekatan menjaga hati dan diri masing2 sahaja. Apabila dipersoalkan, apakah yang dibawa untuk menentang kemungkaran yang berlaku? Jawapannya mudah; mengkritik pihak yang dicegah dan yang mencegah?

Menyedari hakikat ini, RMUTP tidak pernah menghalang mana2 AJK RMUTP untuk meluaskan dakwah dengan menyertai MPP, RCSU, CONVO, NGC dan sebagainya. Kerana bagi RMUTP dakwah itu perlu disebarkan dan bukan mengkritik sahaja. Kita tidak akan mampu mengubah umat jika hanya mengkritik dari belakang dan kita juga tidak akan mampu memperjuangkan nahi mungkar dengan hanya membentuk hati kita sahaja tanpa mendidik hati2 lain.

Menyedari hakikat ini, hampir setiap hari dan setiap malam akan ada alumni RMUTP yang menjalankan nahi mungkar kepada masyarakat kampus. Bermula di cafe2, padang, kawasan2 sunyi dll terus dijelajah oleh Skuad Makruf dan Projek A alumni RMUTP dan AJK RMUTP. 

"Memang ramai yang kurang menyukai pendekatan ini, namun inilah yang perlu diperjuangkan kerana inilah tuntutan Islam dan ajaran Rasulullah. Golongan yang memahami seperti RMUTP dan pihak2 lain 'wajib' menjalankan suruhan Allah ini; Nahi mungkar"

Alhamdulillah, pada kali ini, untuk mobilasi ahli RM Junior sahaja berjaya mengumpulkan lebih seratus orang untuk menjalankan ekspedisi dakwah ini dalam satu malam. Marilah kita sama2 berdoa semoga usaha ini akan terus dibantu oleh Allah Taala. Amin

Ana suka untuk memetik kata2 Rektor kita yang disayangi, Datuk Dr. Zainal Abidin bin Haji Kasim ketika kuliah di Masjid an-Nur semester yang lepas
"I also dont like the couples. University is not the place for coupling. We dont like it but thats not easy to stop it. If you see the couples in the cafe2, you as Rakan Masjid do your job to separate them"

Tuan Haji Mohamed Noor Rosli dan majoriti management yang ana jumpa mempunyai view yang sama. berkenaan hal ini. 

"Rakan Masjid bukan menghukum @ bersifat busy body, tetapi bertindak untuk memahamkan semua pihak berkenaan perkara yang perlu mereka fahami kerana itulah kewajipan dalam berdakwah bagi mereka yang diberikan kelebihan dan tangungjawab melalui kefahaman oleh Allah Taala"

Dalam menentang event2 hedonisme, RMUTP turut bergabung dengan beberapa pihak yang memahami dan turut mengadakan perjumpaan bersama mereka yang menganjurkan event2 hedonisme. RMUTP tidak sekali2 mengambil pendekatan senyap dan mengkritik tetapi kami berbincang apakah perkara2 yang boleh diperbaik dan boleh ditambah baik termasuklah bersama dengan pihak penganjur. 

"Ramai pelajar UTP yang silap dalam beranggapan bahawa RMUTP bermusuhan dengan mereka yang menganjurkan. Kami tidak bermusuhan sebaliknya sentiasa berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan kekusutan melalui rundingan dan sebagainya yang dibenarkan syara' berpandukan sirah dan ajaran Rasulullah saw"

RMUTP telah menghantar memorandum bantahan konsert Euphonious kepada Pengarah Perkhidmatan Pelajar, Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Baharom ketika konsert Euphonious yang lalu. Memorandum ini menunjukkan RMUTP tidak pernah redha kepada mana2 aktiviti yang dijalankan tanpa mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam. RMUTP mengadakan perjumpaan bersama dengan Pengelola konsert hedonisme untuk mencapai persetujuan terhadap perkara2 @ ruang2 kerjasama yang boleh disepakati namun perkara2 yang jelas bercanggah dengan Islam tetap perlu ditegah daripada berlaku. Inilah prinsip ajaran Islam yang mulia.

Cuba kita sama2 renungi dan bayangkan;

Apakah yang akan terjadi sekiranya tiada langsung mereka yang memahami dakwah dan Islam dalam MPP, RCSU, MEDTECH dan semua kelab2 di kampus tercinta ini. Semuanya ingin menjaga tarbiyah diri dan bersama RMUTP sahaja? 

Apakah yang akan terjadi sekiranya RMUTP mengambil pendekatan menjaga hati kami dan menjaga tarbiyah kami dengan tidak mencampuri urusan lain?

Maka tentulah kampus ini tidak akan terpelihara dari kemungkaran yang berterusan. Pengalaman ana mengadakan lawatan di UiAM, UM dan lain2, suasana di UTP pada pandangan ana lebih baik dari semua kampus yang ana lawati walaupun dengan status universiti2 islamik.

Persoalannya, kenapa? 

Jawapannya;
Kerana pendekatan senior2 RMUTP sebelum2 ini yang menyebarkan dakwah di semua tempat di UTP dan tidak mengambil pendekatan pentingkan tarbiyah diri sendiri sahaja.

Ucapan tahniah dan terima kasih ana ucapkan kepada senior2 RMUTP dan alumni RMUTP yang telah banyak bekorban. Ketahuilah bahawa mengorbankan tarbiyah diri dengan memasuki tempat yang jauh berbeza dengan tarbiyah yang diterima dari RMUTP adalah pengorbanan yang sangat besar, apatah lagi bila terpaksa tidak menzahirkan tarbiyah dan tidak menunjukkan diri yang sebenar semata2 perlu bersama dengan semua golongan adalah sesuatu yang sukar. Amat sukar.

Memasuki RCSU sebagai contohnya yang pada mulanya amat berbeza dengan Rakan Masjid adalah sesuatu yang sukar. Namun tahniah kerana pengorbanan senior2 Rakan Masjid menyaksikan semua tempat yang mereka berada mempunyai izzah Islam. Gembira rasanya ana melihat suasana RCSU, MEDTECH dan lain2 yang amat baik. Bahkan tanpa segan silu kami berhubung menggunakan "ana", "enta","enti" kepada mereka2 yang tidak menerima tarbiyah RMUTP tetapi menerima tarbiyah daripada ahli2 RMUTP yang berkorban memasuki setiap tempat untuk membawa agenda dakwah yang diajar Rasulullah saw.

"Samaada antum mengakui @ tidak, UTP telah lama mempunyai biah solehah dalam konteks sebuah universiti kejuruteraan dan tanpa aliran agama atas usaha semua pihak dalam membawa agenda dakwah dan tarbiyah. Alhamdulillah, syukur kepadamu Ya Allah"



"Kesimpulan"

Ana tidak sekali2 menyatakan RMUTP adalah golongan terbaik dan satu2nya golongan yang memperjuangkan Islam di UTP dan masyarakat sekitar. Tentunya ramai yang telah dianugerahkan Allah Taala untuk bersama-sama membawa risalah murni ini dan menegakkan kalimah Allah Taala.

Perlu untuk ditekankan kembali bahawa dakwah Islam itu bersifat syumuliah (menyeluruh), inqilabiah (mencabut sisa jahiliah dan membina kembali dari aspek Islam), alamiyah (tidak dibatasi sempadan) dan sebagainya yang amat panjang jika diperjelaskan.

Dalam memperjuangkan Islam, kita perlu bersama2 dengan sebuah kumpulan yang betul2 memperjuangkan Islam dr aspek yang sebenar. Tidak meninggalkan mana2 yang diajar oleh Rasulullah dan tidak mengambil sebahagian daripada ajaran Islam.

Firman Allah Taala;
"Wahai orang yang beriman, masuklah kamu itu ke dalam Islam secara menyeluruh... (al-Baqarah)"

Islam perlu ditegakkan dengan seikhlas hati tanpa sebarang maksud lain. Bukan hanya dengan tujuan perkaderan barulah digerakkan dakwah, tetapi dakwah perlu diteruskan sampai bila2.

Sabda Rasulullah saw
"Balligu (sampaikanlah) daripada aku walau sepotong ayat"

Maksud ballighu (dengan tashdid) ini adalah perintah yang berterusan dan bukannya bermusim.

"Perjuangan ini juga memerlukan kepada bilangan yang ramai.  Janganlah kepada mana2 kumpulan yang ingin memperjuangkan Islam mensasarkan orang2 yang baik sahaja. Apabila dilihat seorang yang baik walaupun telah menerima tarbiyah dari sesebuah jemaah, maka cuba ditarik untuk memasuki kumpulan tersebut. Perkara ini merupakan masalah adab dan pemahaman yang serius. Sebarang usaha dakwah silakan, tetapi usaha2 penarikan mad'u dari sesebuah jemaah adalah masalah adab dan pemahaman yang perlu diselesaikan segera"

Alhamdulillah, perkara asas ini sangat difahami di UTP dan semua kumpulan yang menegakkan Islam saling bekerjasama dan tidak menggunakan pendekatan penarikan mad'u sesebuah kumpulan kecuali satu pihak sahaja yang ana sentiasa berdoa agar mereka diberikan kefahaman oleh Allah Taala kelak.

Terlalu ramai golongan yang masih belum bersama dengan kumpulan2 yang memperjuangkan Islam. Nasihat ana kepada semua pihak yang memperjuangkan Islam, sama2lah bersatu hati dan bekerjasama. Cubalah kita renung2kan mengapakan semua pihak yang memperjuangkan Islam boleh bersatu hati kecuali sebuah pihak sahaja. Mengapakah semua pihak boleh bersatu hati, tetapi kita berpecah walauun sesama sendiri. Mungkin ada sedikit kesilapan dalam pembawaan dan pendekatan yang perlu sama2 kita baiki.

Persoalan perebutan mad'u adalah masalah paling besar yang sebenarnya menyebabkan sukarnya kesatuan antara kumpulan2 Islam. Maka marilah sama2 kita mengatasi masalah ini. Sekiranya benar ingin memperjuangkan Islam, jangan bersifat selektif kepada golongan elit tarbiyah. Didiklah tarbiyah sedari awal dan jangan sesekali kita mengurangkan jumlah orang yang telah bersama dengan sesebuah jemaah. Hal ini tidak membantu usaha dakwah tetapi hanya merencatkan perkembangan usaha dakwah kerana jumlah yang sepatutnya bertambah telah berkurang kerana pendekatan sekumpulan lain yang mensasarkan mad'u yang sama dan tidak mahu menarik golongan yang kurang tarbiyah. Lebih malang lagi apabila peluang telah diberikan untuk mentarbiyah tetapi mad'u itu ditinggalkan terkontang kanting setelah dilihat tidak cukup tarbiyah setelah beberapa ketika bersama sesebuah jemaah. Na'uzubillah.

Perjuangan dakwah ini sifatnya perlu berterusan dan tidak berhenti sama sekali. Kerjasama dan keikhlasan dalam menyampaikan risalah Allah perlu diperjuangkan. Islam itu indah, sebarkanlah Islam itu dengan apa2 cara sekalipun. Insya-Allah segala usaha murni dalam membantu agama Allah akan dipandang oleh-Nya dan pasti akan dibantu.

Ingatlah firman Allah Taala;
"Wahai orang2 yang beriman, sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan membantumu dan mengukuhkan kedudukanmu"

Akhir kalam, RMUTP tetap akan memperjuangkan risalah Allah di bumi UTP dan ke seluruh negara. Tidak kira apa jua cabaran yang melanda kalimah Allah dan kemurnian agama Islam akan tetap disebarkan ke seluruh penjuru alam. Segala penambahbaikkan dalam usaha dakwah akan dilakukan dari semasa ke semasa hanya kerana mengharapkan semua golongan yang tertarik dan memahami Islam akan terus bertambah. Islam itu indah dan terlalu indah untuk diungkapkan dengan perkataan semata-mata, ianya perlu dizahir dan ditonjolkan oleh mereka2 yang memahami Islam. Semoga Allah Taala akan terus membantu usaha2 RMUTP dan usaha2 pendakwah yang memperjuangkan Islam menggunakan pendekatan yang sebenarnya seperti yang diajar oleh Rasulullah tercinta
Amin Ya Allah


"Salam Ramadhan al-Mubarak. Rebutlah peluang ini untuk meningkatkan amal dan pergantungan diri kepada Allah Taala"

"Engineering Ummah"
 

Add comment


Security code
Refresh