Makna Air Mata Insan
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh:
hunny_bunny
Editor: RosNiza Abdullah
PERNAHKAH anda menangis?
Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?
Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan
harga dan nilai tersendiri.
Allah yang menciptakan ketawa dan tangis.
Banyak air mata mengalir di dunia ini.
Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu
kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa
putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah
berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah
dunia ini.
Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis
tangisan antaranya ialah:
1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.
Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu
dapat memadamkan api neraka.
Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.
Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Tidaklah mata seseorang
menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api
neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak
akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum
menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang
tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata
dapat memadamkan lautan api neraka.”
Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah.
Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut
kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu
boleh memadamkan api neraka.
Salman al-Farisi r.a berkata,
sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:
Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.
Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang
mencabut nyawanya.
Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau
neraka.
Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah
kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem
Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek
pakaian apabila ada kematian.
Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:
Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga
perkara, iaitu.
1. Apabila dahinya berpeluh.
2 Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk
menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk
bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah
dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada
persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi
dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat
meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.
|