|
1.0
Pengenalan
Judi
secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai permainan dengan memakai wang
dan lain-lain sebagai taruhan. Judi yang kita ketahui sebagai parasit
masyarakat yang kini semakin membarah di dalam masyarakat yang berbilang
kaum. Perkara yang dibenci di sisi Allah ini menjadi kesukaan
hamba-hambanya yang terlalu sukakan kehidupan dunia fana ini. Budaya
berjudi sudah semakin diktiraf dalam masyarakat kita. Judi sudah
dimaklum secara ‘darurat’ dalam agama bahawa ianya haram. Tetapi berapa
ramai umat Islam yang terlibat dengan judi? Baik sama ada judi itu yang
HARAM di sisi kerajaan mahupun yang ‘HALAL’. TOTO, MAGNUM 4 DIGIT, PAN
SWEEP sudah menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat awam. Ada di
antara kanak2 yang disuruh beli nombor ekor oleh ibubapanya. Ini amat
menjijikkan!!
SIAPA
yang tidak kenal GENTING. Itulah antara lokasi yang menjadi kebanggaan
kerajaan dan rakyat Malaysia. Genting merupakan antara 10 syarikat judi
terbesar di Asia. Itu tidak mengambil kira judi kecil-kecilan yang
semakin popular di kalangan penonton tv sekarang ini seperti rancangan
Insomnia. Mereka tidak lagi menghormati Institusi agama seperti Jabatan
Mufti. Walaupun perkara itu sudah difatwakan haram baik dari Ulama’ luar
dan dalam negara, kerajaan masih tetap membenarkan ianya berleluasa.
Bayangkan
di Malaysia ini, terdapat 12 buah industri Arak dan judi dan 12
orang Muslim Melayu yang menjadi Ahli Lembaga Pengarahnya.
Lebih parah lagi, rakyat Malaysia diheret dalam pelaburan secara
langsung dalam Syarikat perjudian melalui KWSP, Lembaga Tabung
Angkatan Tenteram Amanah Raya Sdn Bhd, Kementerian Kewangan Malaysia dan
Bank Negara Malaysia!!.
Jika
penyakit-penyakit ini tidak dibendung, akan hancurlah negara. Generasi
akan datang akan terus hidup dalam kemungkaran, dan memimpin negara
tanpa landasan Islam yang sebenar. Tetapi, jika kita mencegah parasit
ini dari awal, kita dapat melahirkan insan yang patuh pada ajaran Allah
yang Maha Benar. Generasi akan datang akan mengikut ajaran Allah dan
meninggalkan larangannya. Masyarakat yang harmoni, tinggi sahsiah dan
berintegriti juga akan terbentuk jika kita segera menghalangi
perkara-perkara ini.
1.1
Judi dari Sudut Ajaran Islam
Segala
jenis bentuk perjudian samada loteri, tikam, mesin slot/jackpot atau
seumpamanya adalah satu kesalahan dan berdosa besar di sisi Islam.
Firman
Allah: "Mereka bertanya kepadamu tentang minum khamar(segala macam
minuman yang memabukkan) dan berjudi. Katakanlah: "Kedua macam
(perbuatan itu) adalah dosa besar (dan ada manfaat) bagi manusia, tetapi
dosanya jauh lebih besar dari manfaatnya itu". (Al-Baqarah: 219)
Allah
ta'ala telah berfirman yang mafhumnya: "Wahai orang-orang mukmin.
Sesungguhnya arak, judi, berhala, anak panah (judi) adalah najis (kotor)
dari kelakuan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu beroleh kemenangan.
Sesungguhnya syaitan bertujuan menjadikan permusuhan dan kebencian di
antara kamu melalui arak dan judi, serta menghalang kamu dari mengingati
Allah dan mendirikan solat". (Al-Maidah, 90-91)
Ayat
ini jelas menunjukkan pengharaman 'khamr' (arak) dan segala bentuk
'maysir' (judi). Al maisir pada hakikatnya adalah segala bentuk
permainan yang dimaksudkan untuk mendapatkan keuntungan material secara
mudah. Unsur 'mudah' lebih dominan daripada perhitungan kerja keras dan
kreativiti yang sihat.
Muhammad
Ali Ash Shahbuny dalam tafsir Rawaul bayaan tafsir ayatil ahkam.
Mengatakan "Para ulama telah sepakat akan haramnya berbagai macam
judi/qimar dan yang termasuk diharamkan berdasarkan firman Allah dalam
surat Al Baqarah; 219 adalah setiap permainan yang menguntungan satu
pihak dan merugikan pihak lain maka termasuk dalam maisir/qimar/judi
yang diharamkan".
Dikutip
dari DR Yusuf Qardhawi yang mengatakan "semua permainan yang
didalamnya ada perjudian, maka hukumnya haram. Sedang apa yang dinamakan
judi adalah segala permainan yang mengandung untung atau rugi bagi
pelakunya".
Al
qimar / judi adalah permainan yang seorang mengambil dari kawan
sepermainnya sesuatu demi sesuatu(berupa material). Al qimar/judi pada
masa kini adalah seluruh permainan yang diisyaratkan padanya adanya
suatu pemberian (berupa material) bagi pihak yang menang yang diambil
dari pihak yang kalah.
Menurut
badan kerjasama Pondok pesantren Jawa Barat bahwa judi adalah permainan
dengan taruhan dengan segala bentuk dan caranya (tekniknya) yang
pelakunya sebahagian beruntung dan sebahagian rugi adalah termasuk
maisir/qimar.
Judi
menurut Ibrahim Anis Al-Mu’;jam Al-Wasith hal 7589, adalah "setiap
permainan (la’bun) yang mengandung taruhan dari kedua pihak
(muraahanah)."
Menurut
Al-Jurani dalam At-Ta’rif hal. 17910, judi adalah "setiap
permainan yang didalamnya di isyaratkan adanya suatu (berupa material)
yang diambil dari pihak yang kalah kepada pihak yang menang."
Menurut
Ali Ash-Shabuni dalam Rawa’i Al-Bayanfi Ayat Al-Ahkam(I/279),
judi adalah "setiap permainan yang menimbulkan keuntungan (riba) bagi
satu pihak dan kerugian (khasarah) bagi pihak lainnya".
Secara
bahasa, judi adalah mempertaruhkan sejumlah uang dalam suatu permainan.
Dalam Fatwa al Azhar dijelaskan, judi dalam bahasa Arab "al maisir"
atau "al qimmar". Dikatakan "al maisir" yang bermakna mudah. Karena
dengan berjudi seseorang bisa mengambil harta orang lain dengan cara
yang sangat mudah. Dalam judi, beberapa orang akan bertaruh dengan
hartanya dan melakukan sebuah permainan seperti dadu, tebak angka atau
yang lain. Kemudian yang menang akam mengambil kumpulah harta tersebut.
Beberapa
definisi tersebut saling melengkapi, sehingga dari kesemuanya dapat
disimpulkan definisi judi yang secara menyeluruh. Jadi, judi adalah
segala permainan yang permainan yang mengandung unsur taruhan
(harta/materi) dimana pihak yang menang / untung mengambil (merampas)
harta material dari pihak yang kalah.
Berdasarkan
definisi itu, dalam judi ada 3 (tiga) unsur aktiviti utama : 1) Pertama,
adanya taruhan harta yang berasal dari para pihak yang sedang berjudi. 2) Kedua, ada
suatu permainan, untuk menentukan pihak yang menang dan yang kalah. 3) Ketiga,
pihak yang menang mengambil harta yang menjadi taruhan(murahanah),
sedang pihak yang kalah akan kehilangan hartanya.
1.2
Judi dari Sudut Ajaran Lain
1.2.1
Judi Mengikut Ajaran Buddha
Ajaran
lama Buddha Hinayana juga, menggariskan lima larangan kepada
penganut Budha iaitu; "membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum
alkohol dan berjudi". Namun ajaran baru Budha Mahayana telah
melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang mahu menjadi
sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha. Juga tercatit dalam
kitab lama Budha kisah masyhur 'Ratapan si Penjudi' (Gambler's
Lament) yang menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang
kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri.
Walaupun
ajaran Budha tidak mengharamkan secara jelas aktiviti judi dan
membenarkannya sekadar permainan rekreasi dan hiburan seperti permainan
'mahjung' atas dasar untung nasib atau 'ong'. Namun Budha memberi amaran
keras bagi yang mempertaruhkan wang dan mengabaikan tanggungjawab
keluarga sehingga hilang wang pertaruhan dan sumber mata pencarian.
1.2.2
Judi Mengikut Ajaran Kristian
Bagi
ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi
ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat
dan cintakan wang seperti yang disebut di dalam Timothy 6:10 "
Bagi mereka yang mencintakan wang ia adalah punca bagi segala
kejahatan. Bagi mereka yang terlalu taksub berlumba mendapatkan wang dan
mengabaikan tanggungjawab agama, seolah dia mencucuk dirinya dengan
kesedihan di kemudian hari".
Dalam
Hebrew 13:5 pula mengatakan " Bebaskan dirimu dari kecintaan
dunia (wang) dan berpadalah dengan apa yang kamu ada, kerana Tuhan telah
mengatakan, ' Aku tidak akan tinggalkan kamu dan tidak akan membiarkan
kamu (sentiasa menolongmu)'. Majoriti gereja bersepakat menyatakan
keburukan judi dan sebahagian membenarkan loteri kebajikan yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga aktiviti judi 'Bingo' sebagai
akiviti rekreasi yang popular di kalangan warga pesara di negara barat.
Namun
begitu majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran
seperti kasino atas dasar 'melampau'. Manakala gereja
Prebysterian menolak terus segala bentuk judi termasuk loteri kerana
atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan berpendapatan
rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya 'seorang dalam
sejuta sahaja' yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.
1.2.3
Judi Mengikut Ajaran Yahudi
Manakala
bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi)
menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja
sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan.
Usaha
kerajaan UK suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran
atas alasan untuk menarik pelancong dan menambah pendapat negara
mendapat kecaman dari rakyat. Sekiranya pungutan suara dilakukan
di kalangan awam, juga ketua-ketua semua agama di Malaysia selain
Islam, nescaya mereka akan bersetuju tentang kemudaratan judi dan arak
kepada masyarakat, melebihi kebaikan.
1.2.4
Judi Mengikut Amerika Syarikat dan Negara-negara Dunia
Di
Amerika Syarikat pula, walaupun di peringat Federal (Pusat) membenarkan
aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk
mengharamkannya. Nevada membenarkan lesen judi pada tahun 1931 dan
menjadi sumber ekonomi utama negeri, diikuti Atlantic City dan New
Jersey pada tahun 1976 dan Mississipi pada tahun 1990. Kebanyakan negeri
lain di Amerika Syarikat masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab
kesan moral dan sosial kecuali loteri kebajikan dan permainan Bingo oleh
pertubuhan bukan kerajaan untuk tujuan kebajikan.
Judi
secara logiknya adalah permainan orang yang mempunyai lebihan wang dan
tidak terasa apabila mereka kalah judi. Oleh kerana itulah pusat
perjudian yang terkenal di Eropah, Monaco, rata-rata penghuninya adalah
hartawan dan selebriti.
Dalam
sesetengah negara berlumba membina pusat-pusat perjudian dengan
anggapan ia dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, lain pula halnya
sebuah negeri kepulauan kecil di Pasifik, Vanuatu, yang berpenduduk
hampir 300,000 orang dan majoriti beragama Kristian. Kerajaan Vanuatu
telah meluluskan akta pengharaman judi di negara mereka sejak tahun 2006
dan ia tidak mendapat sebarang bantahan dari rakyat malah dialu-alukan.
1.3
Judi dari Kamus Dewan
1.3.1
Judi
Permainan
dengan memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main dadu, dll); ~
karan sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan
oleh bola yg mengenai keping-keping besi); ~ tikam ekor taruhan yg
ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor loteri lumba
kuda; ~ wawei sj permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd tiga
puluh enam jenis gambar binatang; main ~ = berjudi; berjudi bermain dgn
memakai wang dll sbg taruhan: hampir tiap-tiap malam dia pergi ke kelab
itu utk ~; menjudikan, memperjudikan 1. meng¬guna¬kan wang dll sbg
taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis
dijudikannya; 2. meletakkan dlm ke¬adaan yg boleh menimbulkan bahaya
atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg memperjudikan hidup
mereka dan kewarganegaraan mereka dgn mem¬per-juangkan ciri hidup asing
dr luar; ~ nyawa; perjudian 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat
berjudi; penjudian hal atau perbuatan menjudikan; penjudi orang yg suka
main judi.
1.3.2
Tikam Ekor
Permainan
judi meneka nombor-nombor terakhir dlm sesuatu keputusan loteri dsb.
menikam memasang wang dalam permainan judi (membeli tiket loteri dll).
tikaman wang dll yg dipasang dlm permainan judi.
1.3.3
Judi Wawei
Permainan
judi dengan menikam pada salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar
binatang.
1.3.4
Judi Karen
Permainan
judi yang memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg
mengenai keping-keping besi).
1.4
Judi Bola
Negara
telah dihangatkan dengan kelulusan pihak kerajaan meluluskan lesen
kepada Berjaya Corporation untuk menguruskan pertaruhan sempena Piala
Dunia 2010 yang menjelang tiba. Tentangan bukan sahaja datang dari pihak
parti pembangkang dan orang Islam, bahkan dari pertubuhan bukan
kerajaan dan masyarakat bukan Islam.
Saranan
dari bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, juga Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar keputusan kerajaan
tersebut dikaji semula amatlah dialu-alukan dan harus diteliti oleh
pihak kerajaan.
Ia
bukan sahaja dapat mereda suasana dan desakan majoriti masyarakat,
bahkan bersesuaian dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam
contoh di kalangan Negara-negara Islam terutama dalam negara menonjolkan
diri sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dan juga Pusat Halal
Dunia.
Walaupun
lesen judi hanya dibenarkan untuk pelanggan di kalangan bukan Islam
termasuk pekerja dan premis, namun judi bukan sahaja mendapat tentangan
daripada masyarakat Islam tetapi bukan Islam sendiri. Jika ditelusuri
judi di kalangan agama dunia, majoriti merujuk tentang keburukan judi
kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Islam sebagai agama rasmi
negara, secara jelas menyatakan haramnya judi.
Semoga
acara sukan dan sebagainya tidak dicemari dengan aktiviti yang tidak
sihat seperti judi. Ia bukan sahaja menggalakkan mereka yang meminati
sukan tersebut berminat untuk berjudi sama, malah menambah masalah judi
yang sedia ada di negara kita.
2.0
Punca Berlakunya Judi
Di
antara punca-punca berlakunya gejala-gejala ini kerana:
1)
Lemahnya iman Iman adalah satu kekuatan yang dapat menjaga
manusia daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Iman juga mengangkat
manusia ke jalan kemuliaan. Allah s.w.t telah berfirman: "Siapa yang
datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan sudah mengerjakan
amal-amal soleh, maka baginya darjat yang mulia." (Taha: 75)
Seseorang
yang tidak mahu beramal kepada ajaran Allah sangat buruk akhlaknya, dan
akhlak yang buruk tanda lemahnya iman.
2)
Kurang jati diri
3)
Kecetekan akal fikiran
4)
Bersikap sambil lewa terhadap hukum hakam yang telah disyariatkan oleh
Allah.
3.0
Akibat Judi
Judi
mempunyai kesan yang sangat buruk di dalam masyarakat. Diantara kesan
judi adalah:
1)
Penjudi akan selalu dibebani dengan hutang, hidup tidak tenang, banyak
masa terbuang serta mengabaikan keluarga, dan juga bersikap tamak.
Aktiviti judi yang sedia ada di negara kita terutama di kalangan yang
berpendapatan rendah telah menyebabkan kebobrokan rumah tangga dan ramai
terperangkap dengan hutang dengan meminjam melalui 'Ah Long' dan ceti
haram.
2)
Ianya boleh menjadi punca perpecahan di kalangan masyarakat. Sekiranya
tidak dibendung, parasit ini akan terus membiak dan menjadi barah kepada
generasi akan datang dan negara akan mempunyai sahsiah yang sangat
buruk. Jika diamalkan, ia akan memberi kesan buruk terhadap diri
sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara.
3)
Perkara haram inilah yang menjadi punca penyakit dan perosak fikiran dan
akhlak umat Islam masa kini.
4)
Ia juga meruntuhkan moral dan integriti sesebuah masyrakat.
5)
Judi juga boleh menyebabkan rasuah. Dan rasuah juga memberi kesan yang
sangat besar kepada masyarakat. Perasuah adalah mereka yang tidak
berintegriti. System pemerintahan akan menjadi lemah kerana setiap kali
berlakunya rasuah, pemerintah mungkin akan menggunakan wang hasil cukai
rakyat dan manfaatnya akan digunakan untuk kepentingan para perasuah.
Seterusnya menyebabkan pentadbiran sesebuah negeri dan negara akan
menjadi kucar kacir dan menimbulkan masalah lain seperti masalah
ekonomi, pengabaian terhadap masyarakat jika amalan rasuah terus
berleluasa di perikat pimpinan negara. Begitulah kesan-kesan arak, judi
dan rasuah terhadap masyarakat.
6)
Bagi yang menang akan mengundang kebencian, kedua bagi yang kalah akan
tertekan kerana kehilangan wang, ketiga tidak ada perkataan yang boleh
digunakan untuk pembelaannya di mahkamah, keempat dia akan dijauhi oleh
rakan dan keluarga, kelima dia akan susah untuk menemui jodoh kerana
tiada yang mahu bersuamikan si penjudi dan keenam mencari kekayaan atas
pertaruhan menyebabkan kesengsaraan kepada orang lain (yang kalah)'
4.0
Statistik Berkaitan Judi
4.1
Kesan daripada judi adalah Pinjaman
(2/11/2009)
Mengikut
statistik Bank Negara Malaysia pada bulan Ogos 2009, pinjaman peribadi
rakyat Malaysia dalam sistem perbankan berjumlah RM5.215 bilion
berbanding RM4.106 bilion pada bulan yang sama, 2008.
(9/11/2009) AKHBAR ini
pada 9 November lalu melaporkan, seramai 35,000 pengguna
menanggung hutang bernilai RM1.9 bilion telah mengikuti program
pengurusan kredit di bawah Agensi Kaunseling and Pengurusan Kredit
(AKPK) sehingga Oktober 2009.
Sebahagian
besar daripada 1.2 juta penjawat awam menghadapi masalah
hutang. Ada yang potongan gaji mereka sehingga 60 peratus.
4.2
Pertumbuhan Agensi Haram Along
Judi
juga menggalakkan pertumbuhan agensi along. Along merupakan agensi
peminjam wang haram yang menjadi jalan mudah kepada orang yang ingin
berhutang khususnya pemain judi. Menurut Ketua Biro Pengaduan dan
Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Micheal Chong, pada tahun 2005 tidak
kurang 1,600 Ah Long dikesan beroperasi dan tahun lalu ia
bertambah kepada lebih 4,000 orang.
“Sepanjang
enam bulan tahun ini sahaja lebih 2,200 operasi Ah Long dikesan
hasil kira-kira 300 kes mangsa yang tampil mengadu,”
jelasnya. Kata Chong, kebanyakan mangsa Ah Long adalah kaki judi,
peminum arak serta peniaga kecil dan sederhana.
FAKTA
AH LONG (http://yoyooh.com/original-post/yo-ori-islamic/198-hutang-oh-hutang.html):
*
Budaya samseng peminjam wang yang bermula dan berpengaruh di Hong Kong. *
Memperdagangkan mata wang tanpa lesen melalui konsep pinjaman. * Kegiatan
mereka adalah jenayah. * Operasi bergerak secara berantai (rantaian),
berurusan secara lisan dan tanpa peraturan. * Hanya
beroperasi melalui orang tengah (runners). * Didalangi orang berpengaruh
yang sukar dikesan untuk tindakan undang-undang. * Mangsanya
rata-rata kaki judi (lebih 80 peratus) dan peniaga kecil serta
sederhana. * Ada lebih 4,000 Ah Long beroperasi (2006)
melibatkan urus niaga haram mata wang melebihi RM50 juta. * Mangsa Ah
Long; i) Cina (lebih 80 peratus). ii) Melayu
dan bumiputra (8-10 peratus). iii) India (5-8
peratus). * Berpotensi jadi agen bagi institusi kewangan
berlesen jika komisen menarik. * Pasukan Banteras Peminjam Wang
Haram (ceti, Ah Long atau orang tengah) Polis Diraja Malaysia ditubuhkan
pada 26 Disember 2006. * Akta Lesen Peminjam Wang diwartakan 2003. * Ada 1,200
peminjam wang berlesen berdaftar dengan Persatuan Pemberi Pinjaman
Wang Berlesen Malaysia.
4.3
Judi dan Penderaan Rumahtangga
Paling
membimbangkan hampir 60 peratus daripada jumlah kes keganasan
rumah tangga yang dilaporkan berlaku membabitkan anggota keluarga
terdekat mangsa, terutama suami mangsa. Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, berkata sejak
beberapa tahun kebelakangan ini, tidak kurang 3,000 kes penderaan
dilaporkan berlaku di seluruh negara membabitkan wanita sebagai mangsa.
Bagaimanapun,
beliau berkata, jumlah itu dianggap kecil berbanding jumlah sebenar kes
penderaan yang berlaku kerana ramai wanita tidak berani tampil membuat
aduan polis mengenai kejadian terbabit. Berdasarkan statistik, katanya
sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sejumlah 2,441 kes
penderaan wanita dilaporkan berbanding 3,101 pada 2004 dan 3,093
pada 2005.
“Daripada
3,093 kes yang dilaporkan berlaku pada tahun lalu, Selangor mencatatkan
jumlah tertinggi dengan 845 kes diikuti Kedah (338); Johor (320); Pulau
Pinang (272); Negeri Sembilan (253) dan Sarawak (234,” katanya kepada
pemberita selepas Majlis Pelancaran Poster Keganasan Terhadap Wanita
kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jawatankuasa Pertubuhan
Bantuan Wanita (WAO), di sini, semalam.
Berikut
adalah statistik penderaan kanak-kanak yang salah satu punca adalah
ayah yang kaki judi.
5.0
Langkah Mengatasi Masalah Judi Mengikut Islam
Bagaimanakah
kita mahu mengatasi masalah ini? Kita sebagai masyarakat yang
berfikiran waras patut memikirkan cara-cara yang yan berkesan untuk
menangani penyakit yang melanda pada masa ini. Penyakit judi ini sangat
merbahaya dan boleh mengancam negara dan seterusnya kita tidak lagi
berada di landasan yang betul. Kita boleh mengikut contoh seperti yang
digariskan oleh Hasan Al-Banna, sebagai "pembersihan" kepada gejala ini.
1)
Yang pertama, mengislah peribadi. Seseorang insan perlulah
mengislah peribadinya dahulu serta menyucikan hatinya. Individu itu
perlulah memperkuatkan dirinya agar tidak mudah tertewas dengan pujukan
syaitan dengan melakukan amal-amal yang dituntut Allah dan menjaga
nafsunya. Kita sendiri hendaklah beramal dan membuat kebaikan, sebelum
menyuruh orang lain. Kesedaran dan keinsafan itu mestilah datang dari
diri sendiri, dan bukannya mengikut orang lain.
Rasulullah
S.a.w bersabda: " Janganlah ada seorang di antara kalian yang suka
mengikut-ikut dan berkata: aku mengikuti orang lain, jika orang lain
berbuat baik dan aku berbuat baik dan jika mereka berbuat buruk aku pun
berbuat buruk. Akan tetapi hendaknya kalian dapat menempatkan diri
kalian, apabila orang lain berbuat baik hendaklah kalian pun berbuat
baik, tetapi apabila mereka berbuat buruk hendaklah kalian menjauhi
perbuatan buruk mereka." (Hadith riwayat At-Tirmizi).
Begitulah
maksudnya, dengan berbuat baik dan menjauhi perbuatan mungka
sesungguhnya kita dapat menyucikan diri kita dan mengislah diri kepada
yang lebih baik. Jika kita apat membersihkan jiwa kita, kita tidak akan
mudah terpengaruh dengan ketiga penyakit di atas. Kita juga hendaklah
menjauhi rakan yang cuba mempengaruhi kita kearah yang tidak baik.
2)
Kedua, mengislah keluarga. Selepas mengislah diri, kita hendaklah
mengislah seluruh keluarga kita, agar berada di atas landasan Islam,
dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Pembentukan
keluarga yang menamalkan seluruh prinsip Islam dan ajarannya dapat
melahirkan generasi insan yang saleh wa musleh. Seterusnya mengislah
masyarakat. Sebagai seorang mukmin, kita adalah bersaudara dengan mukmin
yang lain. Jika seorang mukmin melihat kemungkaran yang dlakukan oleh
saudaranya yang lain, mereka hendaklah sama-sama mebetulkan kesilapan
tersebut.
Jika
saudaranya bertindak melampaui batasan, hendaklah dia segera
menahannya. Mreka hendaklah saling tolong menolong agar tidak
menganiayai diri sendiri dan juga saudaranya yang lain. Rasulullah s.a.w
penah menegaskan: " Bantulah saudaramu, baik dia zalim mahupun
mazlum (dizalimi). Seorang sahabat bertanya: "Apabila mazlum
(dizalimi) aku membantunya, tetapi bagaimana membantunya jika dia
zalim?" Rasulullah S.a.w menjelaskan: "Engkau harus menahannya dari
membuat zalim, itulah cara membantunya." (Hadith Riwayat Bukhari).
3)
Seterusnya membebaskan negara dan mengislah kerajaan. Ketika
hendak memilih memimpin, pilihlah pemimpin yang boleh memimpin negara
mengikut ajaran Islam yang betul, dan membebaskan negara dari
unsur-unsur yang boleh menghancurkan umat. Penyakit judi dan rasuah
sangat membahayakan umat. Para pemimpin negara di peringkat tertinggi
perlulah mengislah diri mereka terlebih dahulu daripada gejala ini,
kerana sikap pepimpin yang baik akan dicontohi oleh masyarakat.
Sesungguhnya judi dan rasuah adalah parasit yang boleh membunuh jiwa
umat Islam. Dosanya pula sangat besar di sisi Allah. |