| LET'S GO : Ubatilah Penyakit Hatimu! |
Assalamualaikum WBT Alhamdulillah,
bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan RahmatNYA kita masih diberi
peluang untuk sentiasa memperbaiki diri. Ayuh berselawat ke atas Rasul
junjungan yang menyayangi ummat sepenuh hati dan menyuluh kehidupan
mereka dengan pusaka berharga; Al-Quran dan As-Sunnah. Pembaca sekalian, Norma
kehidupan menunjukkan di mana ada makhluk pastinya ada kholiq
(pencipta). Seperti mana konsep penerbangan pertama yang dicipta Abbas
Qasim Ibnu Firnas (di Barat : Armen Firman) begitu juga manusia yang
dicipta Allah SWT. Seharusnya didatangkan dalam diri kita rasa berTuhan
dan sentiasa diperhati olehNYA. Mustahil bagi manusia untuk lari dari
hakikat kehambaan kepada Allah. Al maklum, kebanyakan perkara dan ulasan
yang berlaku pada hari ini agak jauh dari konsep berTuhan. Seharusnya perkara asas keimanan yang perlu tahu antaranya ialah Mesti beriman Pencipta Alam adalah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. (Al-Anbiya’:22)
Allah menciptakan sesuatu bukan sia-sia. (Al-Mukminun : 115-116)
Rasul-rasul diutus untuk mengajar manusia mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian manusia. (An-Nahl : 36)
Jadi,
atas dasar apakah yang menyebabkan manusia berasa angkuh dengan Allah
dan buat tidak tahu dengan seruan Islam yang dilaung-laungkan? Sekiranya
kita belum mengetahui, maka tindakan kita ialah mencari kebenaran
Islam, menjinakkan diri dengan program-program keilmuan Islam dan
kerohanian, membuang ego yang menyelaputi diri sehingga menjauhkan diri
dari cahaya kebenaran. Kehidupan
yang penuh cabaran ini menuntut untuk kita bersama-sama dengan Islam
supaya terselamat dari tipu daya syaitan dan musuh-musuh Islam. Kita
sama sekali tidak menyalahkan mana-mana individu terutamanya remaja
Islam yang terlibat dalam kehidupan tidak Islami kerana mereka merupakan
”pesakit” yang dijangkiti oleh musuh-musuh Islam dan mereka perlu
dibantu dan dirawat. Barangkali kita juga terlibat secara tidak sedar. Oleh
itu, ayuh sama-sama untuk kita mencari kebenaran Islam dengan menimba
Ilmu pengetahuan dari sumber yang baik dan diyakini. Telusurilah ilmu
dengan ikhlas semata-mata kerana Allah kerana beberapa perkara yang
perlu diambil perhatian ialah :
Hadis Rasul SAW : Ertinya
: ”Selain dari Dajjal ada satu perkara yang aku bimbangkan daripada
Dajjal. Lalu ada orang bertanya : Apakah itu wahai Rasulullah? Nabi
menjawab : mereka ialah Ulamak Su’ (Ulamak jahat). Pembaca sekalian, ”Dialah
yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyin,
seorang Rasul (Nabi Muhammad, s.aw.) dari bangsa mereka sendiri, yang
membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah
dan kekuasaanNya),dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat),
serta mengajarkan mereka kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (Pengetahuan
yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka
sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang
nyata.” (Al-Jumu’ah : 2) Di
luar sana telah banyak perkara yang dicemari sehingga perkara buruk
kelihatan baik. Jadi, dengan kesedaran dan aplikasi ilmu Islamlah yang
membantu kita berada dalam golongan yang diredhai Allah dan jauh dari
kesesatan yang nyata. Islam memberi garis panduan yang lengkap seperti :
tatacara pergaulan Islam, pemakaian Islam, hiburan Islam dan pelbagai
lagi yang meraikan fitrah manusia. Ayuh
sahabat-sahabat, pak cik-pakcik dan makcik-makcik, para pensyarah, para
ilmuan Islam dan para aktivis Islam, marilah mengikuti langkah Rasul
SAW dengan mengembalikan masyarakat khususnya generasi muda kepada ISLAM
yang syumul dan satu, menyelamatkan mereka dari ”jangkitan” dan
”penyakit” seterusnya merasai didikan berTuhan. Semoga usaha ini dibantu
dan diredhai Allah SWT. Amin.
Zaiyinul Ain Bin Zainal Rafit Pemangku Presiden, Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS.
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
|| 019-4549914 |

