Hiburan : Islam itu Mudah - Pilihan di Tangan Anda

Share

Islam itu mudah. Tidak terlalu memudahkan dan tidak menyusahkan. Ada sesetengah orang suka menganggap Islam itu satu perkara yang berat dan mereka gagal dalam proses pengislahan diri sedangkan Islam itu sendiri ciri-cirinya Thabat wa Murunah (Tetap dan Fleksibel).

Contoh mudah solat itu wajib, tapi kalau tak mampu nak solat berdiri, boleh solat duduk, baring, mengiring, mengguna isyarat mata, isyarat hati dan sebagainya. Maknanya solat itu hukumnya tetap wajib dan tak berubah kewajibannya atas sesiapa pun tapi perlaksanaannya adalah fleksibel bergantung kemampuan masing-masing.

Mudah tak Islam? Mudah kan.

Jadi adakah Islam melarang kita berhibur?

Adakah hiburan itu semuanya tak dibenarkan dalam Islam?

Tak boleh pergi konsert dalam Islam?

Tak boleh menari dalam Islam?

Sekali lagi jangan menyusahkan Islam yang mudah itu. Boleh saja nak berhibur dalam Islam tapi ikutlah garis panduan yang mengikut syariat. Jangan bercanggah dengan syariat Islam. Syariat Islam itu wajib kita ikuti sebagai orang Islam tak kira kita suka atau tidak. Sebab apa? Sebab kita ini hamba Allah dan kita kena ikut apa yang Allah suruh kita buat dan tinggal apa yang dilarang. Apa yang berlaku sekarang ini adalah manusia angkuh di hadapan Allah dengan melakukan maksiat di atas dunia Allah. Sedarlah kita Allah melihat apa yang kita lakukan di dunia ini.

Mana satu yang lebih baik?

begini? mengasingkan tempat lelaki dan perempuan
Atau

Begini? bercampur-aduk lelaki dan perempuan
Pilihan di tangan anda..

Berbalik kepada topik kita. Boleh atau tidak berhibur dalam Islam?

Tapi sebelum itu renungkan kalam Allah dari surah Luqman ayat 6 ini

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡتَرِى لَهۡوَ ٱلۡحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ۬ مُّهِينٌ۬

Maksudnya :"Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan."

Menjawab persoalan lagi berkenaan berhibur ini. Kita tak boleh menolak fitrah manusia yang sukakan hiburan. Namun begitu, fitrah itu perlu dikawal dengan agama dan akal kita bukan dengan nafsu. Apabila kita mengawal fitrah itu dengan agama, maka kita dapat mengawal dan membezakan adakah perkara ini membuahkan kebaikan ataupun adakah berlandaskan syariat sekiranya melakukan perkara ini walaupun kena dengan fitrah kita. Dengan cara ini, kita lebih mudah mengawal diri kita daripada terjebak ke lembah maksiat berbanding kita biar nafsu mengarah fitrah kita.

Berkenaan dengan tarian, adakah dibenarkan Islam? Menurut Fatwa daripada Universiti Al-Azhar

لا يرضى عن الألعاب التى تثير الشهوة وتحدث الفتنة ، كرياضة الرقص من النساء حين تعرض على الجماهير

كما أن الرجل الذى يرقص مع امرأته على مرأى من الناس مرتكب لهذا الأثم ولهذه المعصية وفاسق بذلك ظالم لنفسه مجترىء على ربه مستحق للعقوبة المذكورة

وهذه قضايا معلومة بداهة من الدين لا تحتاج إلى إقامة برهان عليها ومن يرضى بها سواء أكان حاضرا وقت ارتكابها أم لم يكن حاضرا آثم كذلك لأن الرضا بالمعصية معصية كما أن الرضا بالكفر كفر

Antara intisari yang dapat disimpulkan :
  1. Pergerakan dan permainan perempuan yang terbuka kepada khalayak boleh menimbulkan fitnah dan hukumnya haram.
  2. Perempuan haram menari walaupun dengan suaminya sendiri di khalayak ramai dan termasuk di dalam kumpulan yang melakukan dosa.
  3. Keadaan seperti ini adalah satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak memerlukan kepada dalil yang jelas bahkan ia boleh difikirkan secara akal sahaja.
  4. Sesiapa yang meredhai perbuatan tersebut samada hadir ataupun tidak maka ia adalah maksiat.
Jadi, boleh atau tidak menari dalam Islam?

Jawapannya adalah boleh selagi mana tidak berlaku seperti yang diterangkan dalam intisari Fatwa Al-Azhar yang dinyatakan di atas. Daripada fatwa di atas, wanita tak dibenarkan menari di depan khalayak ramai walaupun bersama suami. Bagi yang meredhai perbuatan tersebut dianggap bersubahat dan dikira maksiat juga. Muhasabah kembali adakah kita tergolong dalam golongan ini?

Berkenaan dengan berhibur dalam Islam ini JAKIM ada mengeluarkan garis panduannya seperti ini
  1. Tujuan penganjuran nyanyian untuk kebaikan
  2. Berpakaian sopan serta menutup aurat
  3. Tidak bercampur aduk lelaki perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan merangsang kemaksiatan
  4. Senikata/ lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak
  5. Tempat dan gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat
Untuk rujukan penuh garis panduan ini sila klik sini.


Perkara yang dapat disimpulkan di sini ialah Islam itu mudah dan hiburan dalam Islam itu tiada salahnya selagi mana kita Islam itu masih terpelihara dalam diri kita.

Tinggalkan amalan kita meninggalkan solat sebelum ke konsert. Tinggalkan amalan kita bercampur-campur lelaki dan perempuan ketika konsert. Tinggalkan amalan kita taksub dengan konsert sampai terlompat-lompat lupa Tuhan. Tinggalkan amalan-amalan tersebut dan ambillah jalan berhibur yang tak bercanggah dengan Islam.

Peliharalah agama Islam maka Allah akan pelihara kehidupan kita serta mengukuhkan kedudukan kita.

Kuasa memilih adalah di tangan anda. Pilihlah yang terbaik buat diri anda.


 

Add comment


Security code
Refresh