Kehilangan Seorang Da’ie dan Jundullah: Sesungguhnya Allah Lebih Menyayanginya

Share


Gua Musang, 9 Mac - Pada tengah hari tadi, satu kejadian tragis telah berlaku di lebuh raya Simpang Pulai-Gua Musang. Satu kemalangan ngeri telah berlaku, melibatkan kenderaan yang dinaiki empat orang mahasiswa UTP. Kemalangan ini telah mengakibatkan satu kematian, manakala tiga lagi cedera.




Mohd Khairul Hakimi Ismail (Gambar), pelajar tahun akhir UTP yang berasal dari Kuala Terengganu telah kembali menemui Allah s.w.t. akibat kemalangan tersebut. Sahabat beliau, Hazwan Arif Abd Ghani, Khairul Amin Bin Ahmad dan Mohd Khairul Azhar bin Aziz pula mengalami kecederaan.


Arwah Khairul Hakimi adalah seorang yang komited bersama Rakan Masjid UTP sejak beliau mula memasuki UTP lagi. Jasa dan pengorbanan masa, tenaga dan harta beliau sedikit sebanyak menyumbang kepada kegemilangan yang dirasai Rakan Masjid UTP sekarang. Kehilangan beliau dirasai oleh sahabat-sahabat beliau dan kami di pihak Rakan Masjid UTP. Beliau cukup disayangi sahabat-sahabat dan disegani adik-adik atas kelembutan dan sifat peramah beliau. Kami mendapat tahu bahawa ramai sahabat beliau yang rela mengorbankan tiket balik kampung untuk menziarahi jenazah dan memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.


Kami dari pihak Rakan Masjid UTP mendoakan semoga roh Allahyarham Khairul Hakimi dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Kehilangan ini juga memberikan pengajaran bagi kita agar menghargai pinjaman nyawa yang Allah kurniakan kepada kita ini. Gunakanlah kesempatan yang kita masih ada ini ke arah kebaikan dan tingkatkan amal soleh, kerana ajal dan maut itu sangat dekat.


Ucapan takziah juga kami ucapkan kepada keluarga dan saudara terdekat arwah. Kami juga mendoakan kesejahteraan sahabat-sahabat lain yang mengalami kecederaan agar cepat sembuh. Allah jualah yang mengetahui hikmah di sebalik kemalangan yang berlaku.


Al-Fatihah..



 

Comments  

 
+1 #2 Nazahah 2011-03-10 02:56
byk betul kemalangan/musibah yg berlaku akhir2 ni...
Ya Allah, peliharalah kami dari kecelakaan di dunia dan akhirat..
Quote
 
 
+1 #1 shafiq_outhinkerz 2011-03-10 02:15
InsyaAllah segala yang berlaku pasti ada hikmahnya...reflect juga kepada diri kita sebagai muhasabah....semoga ditempatkan dalam kalangan yang beriman..amin.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh