| Riadah Bulanan Kedua-Muslimin |
Riadah Bulanan Kedua Merujuk perkara di atas, riadah bulanan yang kedua telah diadakan. · Tarikh : 06/09/08 , Sabtu · Tempat : Gelanggang Futsal, Kompleks Sukan UTP. · Masa : 7:30-8:45 pg · Bilangan : 50-70 org
Tujuan : Mengeratkan silaturrahim dan melahirkan tubuh dan minda yang sihat Riadah kali ini dijalankan ketika bulan Ramadhan selepas sahaja peserta selesai menunaikan kewajipan ibadah masing-masing. Riadah dimulakan dengan perhimpunan awal di gelanggang tersebut dengan dipengerusikan oleh Unit Berkala(UB) di bawah Lajnah Rekreasi, Kesenian dan Kebudayaan(LRKK). Majlis dimulakan dengan Surah al-Fatihah dan diteruskan dengan sesi regangan badan, ‘streching’. Seterusnya peserta dibahagikan mengikut empat kumpulan dan dikehendaki bertaaruf dalam kumpulan tersebut. Selesainya sesi taaruf, permainan Futsal dimulakan dengan membuka dua gelanggang untuk dua permainan. Kumpulan pertama menentang kumpulan keempat manakala kumpulan ketiga menentang kumpulan kedua. Permainan ditamatkan pada jam 8.45 pagi dan peserta berkumpul sekali lagi untuk sessi tazkiran dan ucapan dari Presiden Rakan Masjid saudara Mohd Hakim Bin Mohd Nor. Majlis ditamatkan secara keseluruhannya pada pukul 9.00pagi. Diharapkan, pada masa akan datang aktiviti riadah seperti ini dapat dijalankan dengan lebih efisien. Insya Allah, dari pihak LRKK sendiri, riadah akan dipelbagaikan aktiviti dalam menarik minat madu’ untuk terlibat dalam aktiviti Rakan Masjid.
Disediakan oleh : 17 September 2008.
(MUHAMAD FIRDAUS BIN ZULKIFLI) MAS’UL LAJNAH REKSREASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
|
