Laporan Ziarah Ke Rumah Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Baharom

Share

ZIARAH KE RUMAH TUAN HAJI MOHAMED NOOR ROSLI BAHAROM

Pada 10 September 2008 bersamaan 10Ramadhan 1429H, ahli Jawatankuasa Rakan Masjid (RM) Universiti Teknologi PETRONAS telah mengadakan ziarah ke rumah Pengarah Perkhidmatan Pelajar UTP iaitu Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin Baharom. Ziarah ini dijayakan oleh Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif RM (MTME RM). Turut serta dalam sesi ziarah kali ini ialah Pegawai Eksekutif Unit Pentadbiran Masjid (UPM) Ustaz Dawi Dawi Cahyono bin Nurdin.

Sebelum berangkat, MTME RM berkumpul di perkarangan Masjid an-Nur pada jam 5.30 petang. Kira-kira jam 6.00 petang barulah bergerak meninggalkan UTP. Kira-kira 20 minit diambil untuk sampai di rumah Tuan Haji yang terletak di Batu Gajah.

Setelah sampai di sana, ustaz dan MTME RM disambut oleh Tuan Haji Mohamed Noor Rosli dan dijemput masuk. Sedikit majlis bacaan tahlil diadakan sebelum berbuka dan dipimpin oleh Ustaz Dawi sendiri.

Selang beberapa ketika, wakil dari MedTech tiba di rumah tersebut, juga atas undangan berbuka bersama-sama. Setelah masuk waktu maghrib, kami mendahulukan berbuka dengan kurma dan kuih-muih sebelum solat maghrib secara berjemaah di surau yang berhampiran. Selesai solat, barulah kami dijemput untuk menikmati hidangan utama berbuka.

Setelah selesai, kami bersiap-siap untuk solat isyak dan terawih. Sementara menunggu masuk waktu, Ustaz Dawi Cahyono mengambil kesempatan untuk berkongsi kisahnya yang menarik berkenaan zakat. Selepas itu, kami pun bersegera lah ke surau untuk solat.

Solat isyak dan terawih diimamkan oleh Ustaz Dawi sendiri. Selesai solat ade sedikit sesi pengisian di surau. Ustaz Dawi Cahyono dan MTME RM beransur pulang dan mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Mohamed Noor Rosli kerana sudi menjemput untuk majlis berbuka puasa ini.

 

Disediakan oleh,

Mohd Luqman Hakim bin Jusoh

MAS’UL

LAJNAH DAKWAH DAN PERHUBUNGAN

RAKAN MASJID UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

 

Add comment


Security code
Refresh