| Perbincangan Antara Rm Dengan Staff Jpsp ( International Dept) Di Universiti Teknologi Petro |
’PERBINCANGAN ANTARA RM DENGAN STAFF JPSP ( INTERNATIONAL DEPT) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS’
Pada tarikh 12 haribulan September 2008 bersamaan 12 Ramadhan 1429 Hijrah telah diadakan sesi perbincangan antara wakil Rakan Masjid dengan Staff JPSP, En Saiful . Antara wakil RM yang hadir ke meeting ialah Muhammad Mu’min, Luqman Hakim dan Nur Sa’adiah. En Saiful merupakan staff daripada bahagian International .Perjumpaan diadakan di bilik meeting JPSP pada pukul 10.30 pagi.
Tajuk perbincangan yang diadakan ialah berkaitan dengan isu yang diketengahkan oleh pelajar – pelajar International. Muslimat international sedang merancang utk menubuhkan 'HELWI' versi international.
Isu yang akan dimainkan adalah bahagian kompleks sukan, yang mana waktu untuk kaum hawa hendak menggunakan kolam renang, ada segelintir pihak lelaki yang menggatal dengan mengacau dan menghendap kaum hawa sedang mandi. Oleh itu pihak mencadangkan untuk mengusulkan pakcik guard perempuan untuk menjaga di sekitar kawasan kolam renang bagi sesi kaum hawa menggunakan kolem renang.
Selain itu, RM boleh menyusullkan untuk meletakkan tirai di bahagian Blok B yang menghadap dengan kawasan kolam renang.Tirai itu akan diturunkan ketika sesi kaum hawa menggunakan kolam renang. Memandangkan En Saiful sahaja merupakan staff yang berada dalam bahagian international,beliau berharap RM dapat membantu dengan memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah ini.
Perkara selanjutnya yang diutarakan oleh beliau ialah, beliau mencadangkan mengadakan forum khususnya untuk muslimat sahaja. Antara cadangan tajuk forum ialah Keganasan gangguan seksual, Rumah Tangga, Program jenayah atau salahlaku dalam perkahwinan, Penyakit-penyakit yang dihadapi oleh wanita contohnya kanser rahim, payudara dan lain-lain.
Untuk program-program tersebut, bolehlah menjemput Ustazah Bahiyah ataupun penceramah daripada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.Tambahan pula, RM juga boleh mengadakan sesi pemeriksaan khusus bagi masalah-masalah kesihatan wanita dan juga program pengenalan budaya kita kepada pelajar-pelajar International.
En Saiful juga mengutarakan sedikit berkaitan dengan Kempen Smile dan Salam. Akhir sekali, perjumpaan berakhir pada pukul 11.00pagi.
Disediakan oleh, NUR SA’ADIAH BT MOHD YUSOF PENGERUSI JABATAN HAL EHWAL SISWI
|
