| Family Day Rakan Masjid di Cameron Highland |
Hari Keluarga Rakan Masjid Fasa 2
Pada 12 Oktober 2008 yang lalu, Rakan Masjid telah menjalankan satu program Hari Keluarga Fasa 2 yang telah dijalankan di Cameron Highlands. Istimewanya Hari keluarga Rakan Masjid Fasa 2 ini adalah julung-julung kalinya diadakan di luar Universiti Teknologi Petronas.
Seramai lebih kurang 37 orang muslimat dan 47 orang muslimin telah mendaftar untuk menyertai program ini yang menjadikan jumlahnya seramai 84 orang. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Zuriyat serta keluarganya. Majlis ini juga turut disertai oleh oleh pelajar-pelajar yang bukan merupakan AJK Rakan Masjid. Sebanyak dua bas telah digunakan untuk membawa pelajar-pelajar dari UTP ke Cameron Highlands. Bayaran yang dikenakan kepada setiap pelajar ialah sebanyak RM16 seorang.
Para pelajar mula bertolak dari UTP pada pukul 8.10 pagi dan kemudian sampai di Pusat Agroteknologi Mardi pada lebih kurang pukul 10.45 pagi. Aktiviti pertama yang dijalankan pada Hari keluarga ini bermula sejak dari dalam bas lagi. Sesi ta’aruf telah dijalankan sewaktu ahli rombongan dalam perjalanan dari UTP ke Mardi ini.
Sesampai sahaja di Pusat Agroteknologi Mardi ini, setiap ahli rombongan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dimana satiap ahli dalam kumpulan terdiri daripada 5 hingga 7 orang. Kemudian, setiap kumpulan dikehendaki untuk memilih nama dan motto kumpulan masing-masing.Nama kumpulan mestilah terdiri daripada nama-nama tokoh islam manakala motto mestilah berkisar mengenai tarbiyyah. Kemudiannya, setiap kumpulan dikehendaki untuk membentangkan nama dan motto kumpulan masing-masing.Antara nama kumpulan yang menarik perhatian ialah kumpulan Abu Bakar As-Siddiq, Sultan Ahmed Fateh, Modenas, Param dan lain-lain.
Selepas pembentagan setiap kumpulan selesai, setiap ahli rombongan dihidangkan dengan makan tengahari dan kemudian bersolat secara jemaah kemudiannya. Pada pukul 2.00 petang, aktiviti diteruskan dengan aktiviti treasure hunt. Bagi aktiviti ini, setiap kumpulan dikehendaki untuk mencari bunga-bunga yang telah terpilih dan kemudian mangambil gambarnya di sekitar Pusat Agroteknologi Mardi ini. Antara nama-nama bunga yang perlu dicari ialah camellia, garnium, begonia dan lain-lain.
Aktivit pada Hari keluarga ini diteruskan dengan melawat Ladang Strawberi ysng terletak berhampiran dengan Bandar Brinchang. Untuk sampai ke lading strawberi ini, setiap ahli rombongan dikehendaki untuk menaiki bukit yang agak tinggi kerana lading ini terletak diatas bukit. Walaubagaimanapun, penat –lelah setiap ahli rombongan terbayar setelah melihat buah strawberi didepan mata sendiri. Beberapa ahli rombongan termasuk President Rakan Masjid tidak melepaskan peluang untuk menimba pengalaman memetik buah strawberi. Disamping itu, ahli-ahli rombongan juga berpeluang untuk membeli-belah untuk barang saguhati sebelum pulang ke UTP.
Setelah berada di lading strawberi selama beberapa jam, rombongan ini bertolak pulang ke UTP pada pukul 6.00 petang. Sepanjang perjalanan pulang ke UTP, kabus yang agak tebal menyebabkan pemandu bas memandu bas dengan agak perlahan bagi mengelak sebrang kemalangan. Walaubagaimanpun, rombongan ini telah selamat samapai ke UTP pada pukul 9.00 malam.
Secara keseluruhannya, rata-rata ahli rombongan yang menyertai Hari keluarga pada kali ini berasa gembira dan berpuas hati terhadap segala aktiviti yang dijalankan dan berharap agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Disediakan oleh,
MOHAMAD HUSAINI BIN ABU BAKAR AJK UNIT WARTAWAN
LAMPIRAN I
SENARAI MTME RM YANG TERLIBAT
LAMPIRAN II
TENTATIF PROGRAM
LAMPIRAN III
GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERJALAN
Figure 1:Tunggu ape tue?
Figure 2:satu, dua,tiga!!!
Figure 3:hmmm..sedapnya..
|


