Aktiviti-aktiviti Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS Sesi Julai 2008

Share

Sepanjang Sesi Julai 2008, pelbagai aktiviti di bawah Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS telah diadakan. Bersyukurlah kita ke hadrat Allah S.W.T kerana kesemua aktiviti Rakan Masjid berjaya dilaksanakan.

 

Aktiviti Rakan Masjid dimulai dengan ”Introduction To Rakan Masjid” yang diadakan pada 20Julai 2008 dengan tujuan untuk memberi pendedahan terutamanya kepada pelajar-pelajar baru yang berminat mengenai dengan aktiviti-aktiviti Rakan Masjid dan seterusnya sehingga menjadi ahli serta ahli jawatankuasa Rakan Masjid.

 

Rakan Masjid banyak mengendalikan aktiviti dengan kerjasama badan-badan lain di UTP. Ini termasuklah ”Remembrance Of Al-Quds” yang diadakan pada 15Ogos 2008 untuk pelajar-pelajar merasai nasib saudara kita yang berada di Palestin. Selain itu aktiviti ”Training Of Trainer” yang merupakan kesinambungan daripada aktiviti “Remembrance Of Al-Quds” yang bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar yang berminat untuk membantu Aman Palestin dalam menangani Isu Palestin. Selain itu Kedai Kopi 2 yang diadakan pada 16 Ogos 2008 dengan tujuan  untuk membincangkan masalah-masalah dikalangan Mahasiswa Di UTP. Tidak Ketinggalan Kembara Sufi 7 yang diadakan pada 11Oktober 2008 yang dihadiri oleh 2 kumpulan nasyid di tanah air iaitu Hijjaz dan In-Team yang mangajar kita untuk berhibur dengan cara yang sesuai tidak melanggar seruan agama.

 

Rakan Masjid turut menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk para pelajar di UTP dan juga untuk ahli serta ahli jawatankuasa. Ini termasuklah Helwi yang mengetengahkan masalah-masalah yang berlaku di kalangan mahasisiwi di UTP. Selain itu, turut diadakan Riadah yang bertujuan untuk menunjukkan bahawa Islam turut membenarkan umatnya untuk beriadah tetapi tidaklah melanggar syariat agama. 2 kali Majlis Liqa’  telah diadakan iaitu pada 4 September 2008 dan 23 September 2008 yang diadakan untuk mengumpul kembali setiap ahli dan ahli jawatankuasa Rakan Masjid serta membincangkan pencapaian yang dikecapi oleh setiap Rakan Masjid. Akhir Sekali 2 kali Family Day Rakan Masjid telah diadakan iaitu pada 20 September 2008 dan 12Oktober 2008 yang diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama lajnah dan ahli Rakan Masjid.

 

Rakan Masjid juga turut menganjurkan aktiviti besar iaitu Ramadhan Discovery yang diadakan pada 26Ogos- 24 September 2008. Aktiviti telah diketuai oleh Saudara Luqman Hakim selaku pengarah dan Ustaz Rahmat selaku penasihat. Aktiviti yang dahulunya dikenali sebagai Minggu Penghayatan Ramadhan telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk pelajar-pelajar menghayati bulan Ramadhan dengan lebih bermakna. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah Pertandingan Fotografi, Mencari Khazanah Iman, Khidmat Bakti Siswa, Pertandingan menulis ucapan Khat serta Ucapan Raya dan Ramadan Food Fiesta.

 

Akhir sekali, Wida’ Rakan Masjid telah diadakan pada 18Oktober 2008 sebagai penutup untuk aktiviti Rakan Masjid pada sesi Julai 2008. Diharapkan pelbagai aktiviti dapat lagi diadakan di bawah pengurusan Rakan Masjid agar banyak manfaat diperoleh darinya.INSYALLAH.

 

DISEDIAKAN OLEH:                                                               26 OKTOBER 2008

MD AZRI BIN ABD HALIM,

KETUA UNIT WARTAWAN,

RAKAN MASJID,

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS,

 

Add comment


Security code
Refresh