Introduction To Rakan Masjid January 2009

Share

Pengenalan Kepada Rakan Masjid


Pada malam 18 haribulan Januari 2009 bertempat di Main Hall, Universiti Teknologi Petronas. Rakan Masjid UTP telah mengadakan satu malam pengenalan Rakan Masjid kepada pelajar-pelajar yang baru pengambilan Januari 2009.

Acara ini adalah merupakan acara yang seringkali diadakan oleh pihak Rakan Masjid kepada setiap pelajar baru UTP.Pada malam tersebut juga, semua pelajar-pelajar baru disamping para AJK Rakan Masjid hadir bagi memeriahkan majlis. Kehadiran para pelajar yang begitu mengalakkan ini menunjukkan minat terhadap pelajar-pelajar baru terhadap institusi Rakan Masjid ini dan berharap menjadi sebahagian daripadanya.

Majlis ini bermula pada 9.00 malam sejurus selepas selesainya solat isya’.Manakala para tetamu kehormat tiba pada pukul 9.10 malam. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Pengarah Perkhidmatan Pelajar, Tuan Haji Mohamad Nor Rosli Baharom dan Imam Masjid UTP , Ustaz Dawi Chayono.

Majlis ini diserikan lagi dengan para hadirin diperdengarkan alunan bacaan Al-quran oleh Saudara Zulhaziman yang membacakan ayat dari surah Al-Baqarah ayat 44-53.Kemudian , Presiden Rakan Masjid, Mohd. Hakim Mohd. Nor diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau menerangkan mengenai akitiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada semester lepas dan kejayaan- kejayaan yang telah dicapai oleh Rakan Masjid sepanjang semester lepas.Disamping itu, beliau juga menyatakan skop-skop Rakan Masjid pada semester akan dating akan lebih mencabar dan meluas bukan sahaja meliputi populasi UTP tetapi populasi luar UTP .

Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan dari Pengarah Perkhidmatan Pelajar, Tuan Haji Mohamad Nor Rosli Baharom.Dalam ucapan beliau, anyak ditegaskan mengenai institusi Rakan Masjid yang telah banyak menyumbang kepada UTP.Beliau juga menyatakan Rakan Masjid merupakan salah satu persatuan yang penuh dengan aktiviti-akvitivi yang berfaedah dan berharap agar aktiviti-aktiviti ini diteruskan pada masa-masa akan datang.

Selepas ucapan daripada Pengarah Perkhidmatan Pelajar, satu tayangan montaj mengenai aktivit-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak Rakan Masjid pada semester yang lepas.Montaj yang menarik ini telah dihasilkan oleh Lajnah Informasi dan Multimedia.Rata-rata pelajar yang menonton montaj ini berasa kagum dan tertarik dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Rakan Masjid.Pada pukul 10.35 malam, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat.Kemudiannya, tetamu kehormat dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan di Bilik VIP.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara pengenalan Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif kepada para pelajar baru.Dalam upacara ini, setiap ahli dalam Majlis Tertinggi diperkenalkan secara individu kepada hadirin dan Masul dan Masulah bagi setiap lajnah dikehendaki untuk menyatakan skop dan tugasan setiap lajnah masing-masing kepada para pelajar yang hadir.

Secara keseluruhannya, majlis pengenalan kepada Rakan Masjid ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar yang baru. Rata-rata pelajar yang ditemui menyatakan hasrat mereka untuk menjadi sebahagian daripada Rakan MAsjid dengan menyertai setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada semester ini.

Disediakan oleh,

MOHAMAD HUSAINI ABU BAKAR

UNIT WARTAWAN,LAJNAH INFORMASI DAN MULTIMEDIA

RAKAN MASJID UTP


LAMPIRAN I

SENARAI MTME RM YANG TERLIBAT

NO.

NAMA

JAWATAN

1.

Semua terlibat





LAMPIRAN II

TENTATIF PROGRAM

9.10 malam : Ketibaan tetamu kehormat

9.20 malam : Bacaan Al-quran oleh pelajar UTP

9.40 malam : Ucapan alu-aluan oleh Presiden Rakan Masjid

10.00 malam : Ucapan daripada Pengarah Perkhidmatan Pelajar

10.30 malam : Tayangan montaj oleh Lajnah Informasi dan Multimedia

10.35 malam : Penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat

10.40 malam : Tetamu kehormat bersurai

10.50 malam :Pengenalan Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif

12.00 tengahmalam :Majlis bersurai

LAMPIRAN III

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERJALAN

 

 

Add comment


Security code
Refresh