| Gaza Pada Masa Kini |
PALESTIN: SATU UMMAH SATU PERJUANGAN
Pada 20 Januari 2009, satu ceramah yang bertajuk Palestin: Satu Ummah Satu Perjuangan telah diadakan di Masjid An-Nur. Ceramah yang diadakan di antara waktu Maghrib dan Isyak telah disampaikan oleh Ir Megat Shariffudin.
Secara keseluruhannya, ceramah ini berkisar mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang 60tahun Israel dalam usahanya untuk menawan seluruh Palestin. Ini termasuklah penyerahan 55% tanah Palestin pada tahun 1948 sehinggalah serangan Israel terhadap Gaza baru-baru ini.
Diharapkan ceramah ini dapat memberi sedikit informasi mengenai proses penaklukan Israel terhadap Palestin. Di samping itu, ia turut menimbulkan kesedaran bahawa pentingnya umat Islam mempertahankan tanah suci Palestin daripada ditawan oleh Rejim Zionis yang ingin membina sebuah kuil di tapak Masjid Al-Aqsa. Seharusnya kita memperbanyakkan doa kepada Allah S.W.T noga-moga, Allah S.W.T menyelamatkan bumi palestin daripada orang yahudi INSYALLAH.
Disediakan Oleh:
MD AZRI BIN ABD HALIM KETUA UNIT WARTAWAN LAJNAH INFORMASI MULTIMEDIA RAKAN MASJID UTP
LAMPIRAN I
SENARAI MTME RM YANG TERLIBAT
LAMPIRAN II
TENTATIF PROGRAM
7.40 malam : Solat Maghrib Secara Berjemaah 8.10 malam : Ceramah Disampaikan 9.00 malam : Solat Isyak secara Berjemaah 9.20 malam : Program Tamat
LAMPIRAN III
GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERJALAN
|

