Introduction To HELWI (Hal Ehwal Siswi)

Share

Pada 19 Januari 2009 iaitu hari Isnin, bertempat di LH 3 Universiti Teknologi PETRONAS, satu program HELWI ‘Introduction to HELWI’ telah diadakan. Program ini merupakan salah satu program bersempena memperkenalkan HELWI kepada pelajar-pelajar baru (Jan 09).

 

Seramai lebih kurang 150 orang muslimat telah menyertai program ini Mereka adalah terdiri daripada pelajar-pelajar baru dan tidak ketinggalan pelajar senior-senior.

 

Program pada malam itu dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh juara The Qurra iaitu saudari Nurul Ain binti Mohd Suffian diikuti dengan bacaan doa. Program diteruskan dengan acara kemuncak iaitu ceramah motivasi yang disampaikan oleh penasihat HELWI sendiri iaitu Puan Putri Nurizatul Shira binti Buang. Ceramah beliau berkisar mengenai peranan wanita dalam pelbagai bidang disamping menyentuh kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.

Setelah itu program diteruskan lagi dengan ucapan pengerusi HELWI iaitu saudari Nur Sa’adiah bt Mohd Yusof bagi memperkenalkan HELWI serta organisasi HELWI. Majlis dirasmikan oleh Puan Puteri Nurizatul Shira sebaik sahaja ucapan daripada pengerusi HELWI berakhir.

 

 Kumpulan sasaran iaitu :

 

1.    Siswi

 

2.    Pelajar-pelajar baru

 

 

 

Disediakan oleh,

 

HADIJAH BINTI MUHAMAD

KETUA UNIT AKTIVITI DAN PROGRAM HELWI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Add comment


Security code
Refresh