Liqa' 2 Rakan Masjid Sesi Julai 2008

Share

LAPORAN LIQA’ 2 RAKAN MASJID

 

Pada 23 September 2008 yang lalu, satu majlis Liqa’ 2 Rakan Masjid telah diadakan di Lecture Hall 3(LH3) pada pukul 10.00malam. Liqa’ ini diadakan buat kali keduanya selepas liqa’ 1 Rakan Masjid telah diadakan pada 4 september 2008. Matlamat penganjuran majlis liqa’ ini diadakan ialah supaya dapat mengumpulkan semua ahli-ahli serta ahli jawatankuasa Rakan Masjid di dalam satu majlis.

 

Majlis ini diserikan dengan ucapan daripada Penasihat Rakan Masjid iaitu Ustaz Rahmat Bin Abu Seman. Di dalam ucapannya beliau telah manggariskan mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi apabila kita memperjuangkan sesuatu yang haq yang merupakan perkara sunnah. Selain itu, Ustaz Rahmat menekankan betapa pentingnya kita melihat profesionalisme kita. Ini termasuklah kematangan, kelakuan serta personality diri.

 

           Ustaz Rahmat turut memberi sedikit teguran yang sering dilakukan oleh semua hadirin ketika majlis diadaka.Ini termasuklah tidak berdiri ketika tetamu kehormat. Ini merupakan tingkahlaku yang kurang sopan sedangkan Rasulullah S.A.W tidak pernah melakukan sedemikian. Selain itu, bacaan Al-quran perlulah dipraktikkan di dalam majlis supaya dapat mengisi masa yang terluang daripada melakukan perkara yang sia-sia termasuklah berbual-bual kosong. Diharap segala teguran dapat dijadikan pengajaran buat hadirin.

 

           Akhir sekali, tidak ketinggalan ialah ucapan daripada Presiden Rakan Masjid, Saudara Mohd Hakim Bin Mohd Nor. Beliau turut menekankan mengenai prinsip membina bi’ah solehah iaitu manifestasi penghayatan Islam secara syumul. Majlis berakhir pada pukul 11.30malam. Diharap banyak manfaat dapat diperoleh menerusi liqa’ tersebut.

Wasalam.

 

Disediakan oleh,

 

MD AZRI BIN ABD HALIM,

KETUA UNIT WARTAWAN,

LAJNAH INFORMASI & MULTIMEDIA,

SESI 2008/2009.

 


 

 

LAMPIRAN I

 

SENARAI MTME RM YANG TERLIBAT

 

NO.

NAMA

JAWATAN

1.

Muhammad Za’im Bin Kamarrulzaman

Naib Presiden RM

2

Mohd Hakim Bin Mohd Nor

Presiden RM

*Termasuk Majlis Tertinggi & Majlis Eksekutif Rakan Masjid yang lain yang menghadirkan diri pada Liqa’ RM 2.

 

LAMPIRAN II

 

TENTATIF PROGRAM

 

10.00 pm       : Ketibaan semua Hadirin

10.10 pm       : Ketibaan tetamu kehormat

10.15 pm       : Ucapan daripada Penasihat Rakan Masjid, Ustaz Rahmat

10.50 pm       : Ucapan daripada Presiden Rakan Masjid, Saudara Mohd Hakim

11.30pm        : Majlis Liqa’ 2 Tamat.

 

LAMPIRAN III

 

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERJALAN

 

 

 

Add comment


Security code
Refresh