"Introduction To Smart Group" Sesi Januari 2009

Share

Introduction To Smart Group

Pada 17Januari 2009, Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS telah mengadakan Introduction To Smart Group. Aktiviti ini telah diadakan selepas solat Isyak di Masjid An-Nur untuk pelajar muslimin dan Dewan Besar( Main Hall) untuk pelajar muslimat.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar bahawa pentingnya usrah di kalangan mahasiswa supaya mereka dapat berkongsi apa-apa isu dalam usrah masing-masing. Dengan dipimpin oleh Naqib dan Naqibah, diharap pelajar-pelajar baru khususnya dapat membiasakan diri dengan suasana kehidupan di kampus. Mereka akan diberi dorongan oleh Naqib dan Naqibah masing-masing dalam menceritakan pengalaman mereka menjalani kehidupan di kalangan kampus. Di samping itu, dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli-ahli dalam usrah.

Program dimulai dengan pengenalan kepada ”smart group” yang telah disampaikan oleh Saudara Sufiyan agar pelajar-pelajar agar memahami konsep smart group dan usrah dengan lebih mendalam di samping mengetahui silibus di dalam program smart group. Ini diikuti dengan pembahagian pelajar-pelajar baru di dalam usrah masing-masing. Setiap usrah yang dianggotai oleh 10 orang akan diketuai oleh 2 orang Naqib dan 2 orang Naqibah yang dilantik oleh Rakan Masjid UTP. Setelah itu, mereka diberi peluang seketika untuk bersama dengan usrah masing-masing untuk bertaaruf antara satu sama lain.

Diharap program ini dapat menguatkan semangat pelajar-pelajar untuk berusrah di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara satu sama lain.INSYALLAH.

 

Disediakan Oleh:

MD AZRI BIN ABD HALIM

KETUA UNIT WARTAWAN

LAJNAH INFORMASI & MULTIMEDIA

RAKAN MASJID UTP

LAMPIRAN I

SENARAI MTME RM YANG TERLIBAT

NO.

NAMA

JAWATAN

1.

SAUDARA LUQMAN HAKIM

MASUL LDP

2.

SAUDARA SYAFIQ ZAHAR

MASUL TANZIM MAJLIS NUQABA

*TERMASUK MASUL MASULAH SETIAP LAJNAH SERTA NAQIB DAN NAQIBAH YANG DILANTIK

 

LAMPIRAN II

TENTATIF PROGRAM

9.10malam : Pertunjukan slide ‘Introduction To Smart Group’

9.20malam : Tayangan Montaj ‘Smart Group ‘

9.30malam : Pembahagian pelajar-pelajar mengikut usrah

9.40malam : Sesi bertaaruf mengikut usrah

10.15malam : Majlis Bersurai

 

LAMPIRAN III

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERJALAN

 


 

Add comment


Security code
Refresh