Forum Perdana Sempena 1430H

Share


Forum Perdana: Mahasiswa Cemerlang Penjana Ummah Gemilang

Pada 15Januari 2009, satu forum perdana telah diadakan di Masjid An-Nur. Forum ini telah dianjurkan oleh Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), serta ahli jawatankuasa Minggu Aluan Siswa (MAS) sempena menyambut kedatangan pelajar baru dalam pengambilan Januari 2009 serta sambutan Maal Hijrah 1430H.

Forum yang bertajuk “Mahasiswa Cemerlang, Penjana Ummah Gemilang” ini merupakan sebahagian daripada aktiviti rohani dalam Minggu Aluan Siswa buat pelajar baru yang menjejakkan kaki di Institusi Pengajian Tinggi. Forum ini telah dihadiri oleh tiga orang panel iaitu saudara Hakim selaku Presiden Rakan Masjid, Saudara Fakhizan selaku bekas pelajar UTP yang kini merupakan seorang pensyarah UTP serta Prof Madya Dr Fakruldin selaku Pensyarah UTP. Tidak ketinggalan juga, Ustaz Dawi Cahyono selaku moderator sepanjang forum tersebut dijalankan. Forum ini turut dihadiri oleh pelajar-pelajar baru, ahli jawatankuasa Rakan Masjid serta pelajar UTP yang berkesempatan pada malam tersebut.

Aturcara majlis ini bermula dengan Solat Maghrib serta Solat Isyak secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Dawi Cahyono serta bacaan Yassin serta Tahlil di antara Solat Maghrib dan solat Isyak. Forum bermula selepas menunaikan solat Isyak dan dimulai oleh kata-kata aluan daripada Ustaz Dawi selaku pengerusi majlis. Forum ini lebih tertumpu kepada cabaran hidup sebagai seorang mahasiswa Universiti. Bersungguh-sungguh merancang strategi perlu dalam menangani segala cabaran yang wujud hari ini.

Mahasiswa perlu menjadikan akhlak Rasulullah sebagai tauladan dalam menyebarkan ajaran Islam di muka bumi. Malahan, baginda sanggup berhijrah meninggalkan Kota Makkah serta merancang strategi bagi menjadikan Islam sebagai agama terunggul di dunia. Selain itu, kesemua panel turut menceritakan pengalaman mereka ketika bergelar mahasiswa mahupun mengajar mahasiswa. Misi dan visi perlu wujud dalam memastikan kejayaan yang dikecapi dengan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Kesimpulannya, Mahasiswa perlu menanam azam untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Mereka boleh menjadikan Rakan Masjid sebagai satu badan untuk mentarbiyahkan diri mereka serta menjadi mahasiswa Islam yang berjaya.INSYALLAH.

Disediakan oleh,

MD AZRI BIN ABD HALIM

KETUA UNIT WARTAWAN

 

LAMPIRAN I

SENARAI MTME RM YANG TERLIBAT

**Semua Terlibat

LAMPIRAN II

TENTATIF PROGRAM

7.45 Malam : Solat Maghrib Berjemaah

8.15 Malam : Bacaan Yassin Dan Tahlil

8.45 Malam : Solat Isyak Berjemaah

9.00 Malam : Forum Bermula.

10.45 Malam :Resolusi dan Penggulungan Forum

11.00 Malam : Forum Tamat Dan Bersurai

LAMPIRAN III

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERJALAN

 

 

 

Add comment


Security code
Refresh