| Perhimpunan Aman Menentang Kekejaman Israel di Gaza |
Pada hari Jumaat,16 Januari 2008, bersamaan 19 Muharram 1430H, satu perhimpunan aman Palestine telah diadakan dari Masjid AnNur UTP sehinggalah ke Chancellor Complex. Perarakan ini telah diadakan selepas solat Jumaat di bawah anjuran semua badan utama di UTP. Ini termasuklah Rakan Masjid UTP serta Majlis Perwakilan Pelajar UTP (MPPUTP). Seramai lebih kurang 600 orang telah hadir pada hari itu. Perhimpunan aman itu bertujuan menyatakan pendirian mahasiswa UTP yang menentang keras keganasan yang dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin. Di samping itu, perhimpunan aman ini juga bertujuan untuk mengumpulkan sumbangan untuk diberikan kepada penduduk Palestin. Turut hadir pada hari itu juga wartawan dari warta perdana News Straits Times. Program ini telah bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang.
Disediakan oleh, MUHAMMAD RIDHWAN UNIT WARTAWAN RAKAN MASJID UTP
LAMPIRAN I
SENARAI MTME RM YANG TERLIBAT
*Termasuk semua Masul & Masulah Rakan Masjid UTP LAMPIRAN II
TENTATIF PROGRAM
2.30 petang : Mahasiswa, Mahasiswi dan Kakitangan UTP berkumpul di hadapan masjid AnNur 3.00 petang : Perarakan Bermula 3.30 petang : Ucapan oleh Ketua Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar(JPSP), Tuan Haji Md Nor Rosli 3.45 petang : Penyampaian sumbangan yang telah dikumpul 4.00 petang : Bersurai
LAMPIRAN III GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERJALAN
|





