| Forum Perdana UBM |
Forum Perdana: Kemana Arah Cintaku? Pada 14 Februari 2009, bersamaan pada hari Jumaat, satu forum perdana khas bertajuk “ Kemana Arah Cintaku” telah diadakan pada jam 9.30 pm bertempat di “Lecture Hall 1”. Forum Perdana ini telah merekodkan kehadiran hadiran yang begitu mengalakkan daripada pelajar-pelajar Foundation, dan juga relajar-pelajar undergraduated. Forum perdana ini telah menjemput ahli panel khas iaitu Ustaz Dawi Cahyono Imam Masjid An-Nur UTP dan juga Puan Putri Nurizatulshira Binti Buang, Pensyarah Kejuruteraan Geosains & Petroleum. Tepat jam 9.45 p.m, ketibaan ahli-ahli panel telah diiringi oleh tepukan gemuruh para hadirin yang hadir. Selepas selesai bacaan doa, sesi pertama forum telah dimulakan. Soalan pertama telah diajukan kepad Ustaz Dawi Cahyono mengenai apakah perbezaan antara cinta dan suka. Berdasarkan jawapan yang beliau berikan, cinta mearupakan satu anugerah yang telah diberikan oleh tuhan kepada makhluknya. Kemudian, para hadirin yang hadir terhibur dengan nyanyian lagu cinta yang dinyanyikan oleh Ustaz yang mengingatkan kembali zaman beliau ketika masih dibangku sekolah menengah .Secara ringkasnya pada pendapat beliau, suka merupakan satu benda umum yang wujud dalam diri setiap makhluk. Manakala Cinta pula merupakan satu perasaan untuk berpasangan antara lelaki dan perempuan. Kemudian, pengerusi telah menanyakan soalan mengenai apakah punca yang menyebabkan seseorang itu jatuh cinta. Berdasarakan jawapan yang diberikan oleh ahli panel, beliau menyatakan seseorang itu mungkin jatuh cinta terhadap seseorang mungkin kerana penampilan. Penampilan seperti cantik, comel, hensem dan sebagainya mungkin menjadi faktor dominen yang menyebabkan sesorang itu jatuh cinta. Selaian itu, beliau juga menyatakan faktor personaliti juga boleh menyebakan seseorang itu boleh jatuh cinta. Sebagai contoh, personaliti pasangan yang menyerupai seperti personaliti ayah ataupun ahli-ahli keluarga yang lain menjadi faktor penarik untuk seseorang itu jatuh cinta. Sesi kedua diteruskan dengan soalan bagaimana hendak menguruskan soal cinta dan belajar. Soalan ini telah diajukan kepada Ustaz Dawi. Secara ringkasnya jawapan beliau, soal cinta ini sepatutnya tidak wujud dalam kalangan pelajar terutamanya kepada golongan mahasiswa/wi UTP. Soalan kedua bagi sesi ini telah ditanyakan kepada ahli panel seterusnya iaitu Puan Putri, soalannya tentang wajarkah pasangan bercinta ini keluar berdua-duan ataupun dalam istilah lain dipanggil dating. Berdasarkan jawapan yang diberikan, berdua-duan ini sebenarnya bertujuan untuk menzahirkan rasa cinta dan sayang antara kekasih. Bagi sepasang kekasih yang bukan mahram, mereka sepatutnya tidak perlu berdua-duan untuk menzahirkan rasa cinta mereka. Berdua-duan ini juga tidak dibenarkan bagi kita sebagai seorang muslim. Sesi ketiga diteruskan dengan soalan bagaimana jika seorang muslim telah jatuh cinta dengan seorang yang bukan muslim? Ustaz Dawi telah mengupas jawapan bagi soalan ini dengan sedalam-dalamnya. Secara ringkas, beliau mengatakan bahawa jika sorang muslim jatuh cinta kepada seseoarang yang bukan muslim, mereka harus mengIslamkan pasangan mereka yang tidak beragama Islam itu. Dengan erti kata lain, mengajak pasangan mereka itu untuk memeluk Islam terlebih dahulu sebelum mereka melangsungkan perkahwinan. Soalan seterusnya yang ditanyakan kepada Puan Putri selaku ahli panel kedua pula ialah, berkaitan masa yang sesuai untuk sesorang itu bercinta. Berdasarkan jawapan bernas yang telah diberikan oleh ahli panel ini, beliau menyatakan masa yang paling sesuai untuk bercinta adalah selepas kita semua menempuh alam pekerjaan, dimana kita telah selesai menjalankan tanggungjawab kita untuk menuntut ilmu. Pusingan terakhir forum ini telah diteruskan dengan satu soalan dan pengulungan yang telah dilakukan oleh Ustaz Dawi. Soalan yang terakhir ini berkisarakan mengenai istilah ‘ISLAMIC COUPLE”. Islmic couple ini kononya mereka yang mengamalkan couple seperti ini masih menjanga batas pergaulan masing-masing. Berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh Ustaz, tiada istilah Islamic Couple yang dibenarkan dalam Islam. Beliau juga menyatakan jika pasangan itu berdua-duan, orang ketiga yang akan hadir ialah syaitan. Oleh itu, kita sebaik-baiknya tidak terjebak dengan ber’dating’ dan ber’couple’ ini. Forum ini selesai tepat pada jam 11.30 pm. Acara diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada ahli-ahli panel yang hadir iaitu Ustaz Dawi Cahyono dan Puan Putri Nurizatulshira Binti Buang. Steterusnya, ahli-ahli panel berarak keluar untuk menjamu sedikit jamuan yang telah disediakan. Para hadirin yang hadir juga turut dijamu dengan sedikit jamuan ringan. Majlis berakhir sepenuhnya tepat pada jam 12.00 malam.
Dilaporkan oleh,
MUHAMAD HAFIZ MUGHNI BIN AZHAR UNIT WARTAWAN, LAJNAH INFROMASI & MULTIMEDIA, RAKAN MASJID UTP.
LAMPIRAN I
Senarai AJK yang terlibat
LAMPIRAN II
Tentatif Forum Kemana Arah Cintaku
LAMPIRAN III
Gambar-Gambar Sepanjang Program
|




