Program Khidmat Masjid

Share

             Pada 14 Februari 2009 bersamaan 16 Safar 1430H, satu program di bawah Lajnah Kebajikan Rakan Masjid telah diadakan. Program yang diberi nama Khidmat Masjid itu telah diadakan bagi membantu penduduk sekitar Universiti Teknologi PETRONAS  untuk bergotong-royong membersihkan kawasan masjid dan sekolah. Khidmat Masjid ini telah terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan tengah hari. Untuk sesi pagi aktiviti ini telah disertai seramai 30 orang pelajar termasuk pelajar antarabangsa.

            Lokasi Khidmat Masjid pada kali ini adalah Masjid Tronoh, 7km dari Universiti Teknologi PETRONAS dan Masjid Ar-Rahamiah di Kg. Felcra Nasaruddin, Bota. Para peserta telah mula berkumpul seawal jam 8.15 pagi. Sebelum  memulakan perjalanan, sedikit ‘briefing’ telah diberikan.     

            Lokasi pertama pada hari itu ialah Masjid Tronoh. Sebelum memulakan pekerjaan, para peserta juga telah dijamu dengan sarapan pagi dari penduduk Tronoh. Di sana, peserta telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama membersihkan Masjid Tronoh manakala sebahagian lagi akan meneruskan perjalanan untuk membersih dan membaik pulih kawasan sekolah di Kg. Felcra Nasaruddin. Gotong-royong di Masjid Tronoh dapat disiapkan pada waktu tengah hari.

            Jam 12 tengah hari,  sesi kedua telah bermula. Pelajar dari UTP dan sebahagian pelajar sesi pagi dari Masjid Tronoh dihantar untuk membantu menyiapkan kerja di Kg. Felcra Nasaruddin. Pelajar telah dijamu dengan hidangan tengah hari oleh ahlul bait.

            Gotong-royong disambung setelah solat zohor selesai. Aktiviti gotong-royong akhirnya berjaya disiapkan pada jam 5.00 petang. Pelajar juga berkesempatan untuk melawat kawasan kampung. Aktiviti Khidmat Masjid pada hari itu berakhir pada jam 6.45 petang dan para pelajar telah tiba di UTP pada jam 7.00 malam.

Disediakan oleh,

MUHAMMAD RIDHWAN BIN OTHMAN ZAKI

Unit Wartawan,

Lajnah Informasi dan Multimedia

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN I

SENARAI MTME RM YANG TERLIBAT

NO.

NAMA

JAWATAN

1.

Abdul Mu’min

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN II

TENTATIF PROGRAM

 

8.15 pagi                    : para peserta berkumpul

9.00 pagi                    : (sesi pertama) perjalanan ke Masjid Tronoh dan sarapan

9.30 pagi                    : kumpulan kedua dihantar ke Kg. Felcra Nasaruddin

10.00 pagi                 : aktiviti gotong royong bermula

12.00 tengah hari    : (sesi kedua) makan tengah hari dan solat zohor

2.00 petang               : aktiviti gotong royong diteruskan

5.30 petang               : majlis penutup

6.00 petang               : lawatan di Kg. Felcra Nasaruddin

6.45 petang               : Para peserta pulang ke UTP

 

Add comment


Security code
Refresh