| Majlis Perasmian "Ladies Valency 2009" |
Pada 19 Februari 2009 yang lalu, Ladies Valency dengan anjuran Hal Ehwal Siswi (HELWI) UTP buat julung-julung kalinya mengadakan majlis perasmian "Ladies Valency 2009". Majlis bermula pada pukul 9.15 malam dan berakhir pada pukul 12 malam. Majlis telah dimulakan dengan ucapan dari pengurus projek Ladies Valency iaitu saudari Ain. Seterusnya majlis telah dirasmikan oleh penasihat Helwi iaitu Pn.Putri Nurizatulshira bt Buang.
Beberapa acara telah diadakan semasa majlis perasmian berlangsung, antaranya persembahan montaj dan forum. Forum yang bertajuk "Rahsia Wanita" telah dibahaskan oleh tiga orang ahli panel iaitu Pn.Aniza Isahak, Cik Norzila Noh dan penasihat Helwi sendiri.Terdapat banyak ‘input’ yang diperolehi dari forum tersebut, antaranya peranan wanita sebagai anak kepada kedua ibubapa dan sebagai isteri apabila telah berumahtangga. Selain itu,ahli panel turut menekankan tentang kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada wanita seperti kemahiran memasak,mendidik anak dan sebagainya.
Sambutan yang diterima agak mengalakkan dimana ianya telah dihadiri oleh mahasiswi-mahasiswi UTP. Ladies Valency dengan anjuran Helwi diwujudkan sebagai satu platfom yang memberi ruang kepada mahasiswi-mahasiswi UTP sendiri untuk menunjukkan bakat dan mendalami ilimu kewanitaan. Secara keseluruhannya, majlis perasmian Ladies Valency telah berlangsung dengan jayanya. Diharapkan program-program yang dijalankan sepanjang "Ladies Valency 2009" dapat menjadi salah satu medium dakwah kepada warga UTP khususnya dan mahasiswi UTP amnya.
Disediakan oleh,
NOOR SAADAH BT HALIM Unit Wartawan Lajnah Informasi dan Multimedia
LAMPIRAN I
TENTATIF PROGRAM
9.15 malam : majlis perasmian bermula 12.00 malam : majlis perasmian berakhir
|
