Jom Riadah!

RIADAH PERDANA

 

Oleh: NUR SYAMIMI BT ATAN

Unit Wartawan,

Lajnah Informasi dan Multimedia.

 

“SPORT COMPLEX” 11 April 2009 – Di bawah Lajnah Rekreasi Kesenian dan Kebudayaan (LRKK) buat julung-julung kalinya telah diadakan riadah perdana.  Program ini telah diadakan bagi merapatkan ikatan persaudaraan sesama ahli. Selain itu, aktiviti ini merupakan aktiviti terakhir anjuran LRKK bagi semester ini.

 

LRKK telah menjemput setiap lajnah untuk menghantar wakil bagi menyertai riadah yang telah dirancang. Acara yang telah disediakan ialah bola tampar bagi kumpulan muslimin manakala futsal bagi kumpulan muslimat. Sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan.

 

            Bagi muslimin, terdapat tujuh kumpulan yang turut serta memeriahkan acara pada pagi itu. Disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan LIM dan TJN telah bersepakat untuk bergabung. Sebelum memulakan aktiviti, sedikit pengisian daripada presiden Rakan Masjid. Setelah acara selesai, hadiah telah diberikan kepada kumpulan muslimin yang menjuarai bola tampar. Juara ialah LRKK dan diikuti dengan LTK.

 

            Bagi muslimat, acara telah dimulai dengan pembahagian kumpulan. Permainan ini telah dijalankan dalam bentuk liga. Sebanyak empat kumpulan kesemuanya yang telah menyertai aktiviti ini. Aktiviti ini juga dihadiri oleh naqibah-naqibah ‘smart group’. Masulah LRKK telah memberikan hadiah kepada kumpulan yang memenangi pertandingan ini. Seterusnya beliau telah memberi sedikit ucapan bagi mengakhiri aktiviti pada hari tersebut.

 

            Pihak LRKK berharap untuk mengadakan lagi aktiviti seperti ini pada semester akan datang.