| Kem Penghayatan Islam Sesi Januari 2009 |
Kem Penghayatan Islam Sesi Januari 2009
Pada 7 dan 8 Januari 2009 yang lalu, pihak Rakan Masjid telah mengadakan Kem Penghayatan Islam bagi sesi 2009 sebagai salah satu pengisian ‘Heart for Islam Campaign 2009’. Kem ini diadakan bagi menerapkan nilai-nilai Islam sebenar serta mengajar peserta untuk mengaplikasikan Islam dalam kehidupan seharian.
Program ini berjaya menarik seramai 60 orang peserta yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar baru. Program ini mengetengahkan nilai-nilai Islam kepada siswazah Universiti Teknologi PETRONAS agar Islam dapat dihayati dan diaplikasikan sepenuhnya.
Kem ini diadakan di bilik seminar, undercroft, Kem ini telah dikendalikan oleh Rakan Masjid UTP serta kerjasama yang padu dari semua MT/ME. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kem ini adalah ceramah, modul, dan bengkel.
Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Rahmat bin Seman dan Ustaz Suffian Arsyad yang berkisarkan Islam sebagai tajuk utama. Modul juga dilakukan untuk menguji kefahaman peserta berkenaan ceramah yang telah disampaikan. Bengkel pula bertujuan menguji kefahaman peserta itu sendiri dalam mengaplikasikan hidup sebagai cara hidup.
Para peserta telah diterapkan dengan nilai-nilai Islam serta menjadikan Islam sebagai cara hidup dan Al-Quran sebagai sumber utama dalam segala masalah serta cabaran yang dihadapi. Program ini telah berjalan dengan lancar dan diharapkan seluruh warga UTP dapat meneruskan perjuangan dalam Islam.
Disediakan oleh, NUR SYAMIMI BINTI ATAN UNIT WARTAWAN LAJNAH INFORMASI DAN MULTIMEDIA
LAMPIRAN I
SENARAI MT/ME RM YANG TERLIBAT
LAMPIRAN II
TENTATIF PROGRAM
Tarikh : 7 Februari 2009 Hari : Sabtu.
Tarikh : 8 Februari 2009. Hari : Ahad.
|

