Malam Mencari Cinta 2009(Muslimat)

Malam Mencari Cinta 2009

Pada 29 Januari 2009 , telah dijalankan sebuah program menarik anjuran Rakan Masjid yang dikendalikan oleh Lajnah Dakwah dan Perhubungan (LDP). Program ini telah diberi nama ‘Malam Mencari Cinta’ dan bertempat di Surau V2.

 

Program ini bertujuan untuk mendedahkan definisi sebenar cinta kepada mahasiswi UTP iaitu cinta yang abadi hanyalah kepada  Maha Pencipta. Ceramah yang menarik ini telah disampaikan oleh Naib Presiden 1 Rakan Masjid 08/09, saudari Siti Zulfa Hanim Bt. Zul Nazri. Mahasiswi juga diterangkan cara terbaik untuk mendapatkan cinta yang mapan.

 

Sambil menyelam minum air , program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif Rakan Masjid. Terutamanya Lajnah Dakwah dan Perhubungan (LDP) yang telah menganjurkan Malam Mencari Cinta ini dengan jayanya.

 

Malam Mencari Cinta ini telah berjaya menarik perhatian mahasisiwi UTP dengan kehadiran yang memberansangkan. Program ini juga disertai dengan persembahan montaj yang menarik dan padat dengan info berguna yang dapat dimanfaatkan oleh setiap mahasiswi UTP.

 

Disediakan oleh,

 

MAIZAT-UL FATIHA BT. MOHAMAD NOR.

 

UNIT WARTAWAN,

LAJNAH INFORMASI DAN MULTIMEDIA.

 

 

LAMPIRAN I

 

Senarai AJK yang terlibat

 

BIL.

NAMA

JAWATAN

1.

MT/ME RAKAN MASJID (MUSLIMAT)

 

 

LAMPIRAN II

 

Tentatif program:

 

MASA

AKTIVITI

7.30 mlm

Solat Maghrib berjemaah.

 

Tadarus Al-Quran

 

Solat ‘Isyak

9.00 mlm

Kata aluan oleh mas’ulah LDP

 

Ceramah.

 

Persembahan montaj

 

Bersurai