| Malam Mencari Cinta 2009(Muslimin) |
Malam Mencari Cinta(Muslimin)
Tanggal 21 Januari 2009, Lajnah Dakwah Dan Perhubungan telah mengadakan program Malam Mencari Cinta. Program ini telah diadakan bertempat di surau Metana-Etana dan diadakan selepas selesai menunaikan solat Isyak. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada relajar-pelajar Foundation khususnya tentang erti cinta yang sebenar mengikut perspektif yang dibenarkan agama Islam.
Program Ilmiah ini dimulakan dengan ucapan Masu’lah Lajnah Dakwah iaitu Saudara Luqman. Kemudian beliau telah menjemput Presiden Rakan Masjid, iaitu Saudara Mohd Hakim untuk menyampaikan sedikit tazkirah mengenai apakah itu erti cinta kepada para hadirin yang hadir.
Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan sedikit pertunjukkan montaj yang telah disediakan oleh Lajnah Informasi dan Maklumat. Dengan tayangan yang ringkas dan menarik itu, para hadirin sedikit sebanyak dapat memahami dengan lebih mendalam tentang erti cinta yang sebenar mengikut konsep yang telah ditetapkan syarak.
Selepas itu, program diteruskan dengan Perlantikan Imam surau Metana-Etana. Selain itu, beberapa orang duta daripada blok Tembunga, Ruby, Duyung dan Propana juga telah dilantik bagi memudahkan urusan penyampaian maklumat dilakukan.
Tepat jam 10.45 p.m. , majlis telah ditangguhkan dengan surah Al-Asr dan tasbih kafarah. Para hadirin yang hadir juga telah disediakan dengan sedikit hidangan ringan. Para hadirin kemuadianya beransur-ansur pulang pada jam 11.00 malam.
Dilaporkan oleh,
MUHAMAD HAFIZ MUGHNI BIN AZHAR Unit Wartawan, Lajnah Informasi dan Multimedia, Rakan Masjid UTP. |
