Interview Rakan Masjid January 2009

Sesi Temuduga Bagi Pengambilan AJK Baru Rakan Masjid

      Pada 20 dan 22 Januari 2009 yang lalu, pihak Rakan Masjid telah mengadakan dua sesi temuduga bagi memilih ahli jawantankuasa yang baru.Sesi yang pertama telah diadakan pada 20 Januari manakala sesi kedua telah diadakan pada 22 Januari 2009.Kedua-dua sesi temuduga ini telah bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam. 

      Sambutan yang diterima adalah sangat mengalakkan dimana ramai pelajar yang hadir bagi kedua-dua sesi yang telah diadakan ini. Rata-rata pelajar yang hadir adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Foundation yang baru sahaja memasuki UTP. Bukan itu sahaja, temuduga kali ini juga telah menarik perhatian daripada pelajar-pelajar asing.  

      Sesi temuduga ini telah diadakan di Main Hall.Dimana satiap penemuduga terdiri daripada masul dan masullah setiap lajnah yang terdapat didalam organisasi Rakan Masjid ini.Semua lajnah telah terlibat pada temuduga kali ini.Antara lajnah yang terlibat ialah:

      1.Lajnah Tarbiyah dan kepimpinan

      2.Lajnah Dakwah dan perhubungan

      3.Lajnah rekreasi,kesenian dan kebudayaan

      4.Lajnah akademik dan pembangunan insane

      5.Lajnah kebajikan dan perpaduan

      6.Lajnah ekonomi dan keusahawanan

      7.Lajnah informasi dan multimedia

      8.Tanzim jabatan Nuqaba’

      9.Helwi  

        Secara keseluruhannya, sambutan yang diterima oleh Rakan Masjid bagi temuduga pada kali ini adalah sangat mengalakkan.Kebanyakkan pelajar-pelajar yang hadir berharap agar mereka terpilih untuk menyertai Rakan Masjid dan bersama-sama berdakwah dengan menyertai organisasi Rakan Masjid ini. 

 

Disediakan oleh,

 

Mohamad Husaini Abu Bakar

Unit Wartawan

Lajnah Informasi Multimedia

Rakan Masjid UTP

 

 

LAMPIRAN I

 

SENARAI MTME RM YANG TERLIBAT

 

NO.

NAMA

JAWATAN

1.

SEMUA TERLIBAT

 

 

 

 

 

LAMPIRAN II

 

TENTATIF PROGRAM

 

9.00 malam   : Temuduga bermula

11.30 malam : Temuduga berakhir