| Ifthar HELWI dan Tanzim Surau V2 2009 |
Ifthar HELWI dan Tanzim Surau V2 2009 Pada 12 Februari 2009, Ifthar diaiadakan buat julung kalinya antara HELWI serta melalui kerjasama yang mapan dari Tanzim Surau V2 bagi sesi 2009. Program ini merupakan pertemuan pertama HELWI dan Tanzim Surau yang diadakan di surau V2 yang diberkati. Ifthar pada kali ini bertujuan bagi HELWI untuk lebih mengenali ahli Tanzim Surau yang baru. Tambahan pula, ukhwah antara HELWI dan Tanzim Surau dapat disemai dengan berkesan. Program ini juga bagi HELWI untuk memberi tunjuk ajar yang efisien kepada ahli Tanzim Surau yang baru agar mereka dapat menjalankan kerja dengan berdedikasi dan efektif. Seramai 55 orang yang terlibat dengan Ifthar ini termasuklah beberapa orang mahasiswi. Antara pengisian Ifthar adalah sesi taaruf dan bacaan yaasin serta sedikit renungan bagi membaiki diri. Setelah selesai berbuka puasa, solat jemaah dijalankan seperti biasa. Program ini telah dikemudi oleh HELWI. Program ini berakhir setelah tamatnya solat isyak berjemaah. Dengan berakhirnya program ini, ahli Tanzim Suurau V2 2009, telah mendapat input yang banyak bagi menggerak serta mengimarahkan surau V2. Di sediakan oleh, NUR SYAMIMI BT ATAN UNIT WARTAWAN
LAMPIRAN I Senarai AJK yang terlibat
LAMPIRAN II TENTATIF PROGRAM
|
