Majlis Anugerah Kecemerlangan LAKAD 2009

 

Oleh: NUR SYAMIMI BINTI ATAN

Unit Wartawan,

Lajnah Informasi dan Multimedia.

 

‘LECTURE HALL 1’ 26 April 2009 - Akhirnya Lajnah Akademik dan Pembangunan Insan(LAKAD) telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan berikutan program yang telah diadakan sepanjang semester ini. Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada fasilitator yang bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam Kelas Bimbingan Peperiksaan(KBP) juga memberi semangat dan galakan kepada para pelajar yang terlibat untuk lebih gigih dalam menuntut ilmu. Di samping itu, untuk mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat luar kampus dengan warga UTP terutamanya mahasiswa serta mahasiswi.

 

Kelas bimbingan akademik ini telah ditubuhkan bagi membantu pelajar dalam bidang akademik terutamanya kepada calon UPSR, PMR dan SPM. Disamping itu, bagi membantu anak-anak kakitangan UTP dalam bidang pelajaran serta menyediakan landasan kepada penuntut UTP untuk bersama menyumbangkan tenaga dari segi intelektual serta kemahiran. Sepanjang kelas bimbingan ini dijalankan, 52 orang mahasiswa serta mahasiswi UTP telah melibatkan diri sebagai fasilitator serta seramai 146 orang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini iaitu UPSR, PMR, dan SPM telah mengikuti program ini.

 

Program ini telah didahului dengan alunan ayat suci al-quran, surah Al-Baqarah ayat 60 hingga 63 yang telah sampaikan oleh saudara Ahmad Hadi. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada presiden Rakan Masjid, Mohd Hakim bin Mohd Nor serta sedikit ucapan daripada Ustaz Dawi Cahyono, Pegawai Agama Islam, Unit Pentadbiran Masjid An-Nur dan seterusnya merasmikan majlis ini. acara seterusnya ialah penyampaian anugerah dan sijil.

 

Antara anugerah yang telah disampaikan termasuklah kepada para pemenang slot modul dan aktiviti. Johan merupakan kumpulan ‘Orange’, naib johan telah disandang oleh kumpulan ‘Biskut Gula Cicah Milo’ dan tempat ketiga adalah kumpulan ‘Al-Hakim’. Bagi kategori ‘Pelajar Harapan’, individu yang terpilih ialah Ahmad Zarif b. Jasmi dan Nurul Jannah bt. Jasmi bagi UPSR. Manakala bagi PMR, adik Mohamad Aimullah Ridwan dan Mira Wahida Mustaffa. Akhir sekali bagi kategori SPM, Mohamad Asyraf Zakaria dan Farhana Nur Syuhada b Nur Adnan telah dipilih sebagai pelajar harapan. Kategori ini telah dinilai oleh fasilitator berdasarkan beberapa aspek antaranya penglibatan di dalam kelas, pencapaian dalam ujian yang dijalankan.

 

Tidak lupa juga anugerah buat para fasilitator yang turut serta sepanjang kelas bimbingan dijalankan. Bagi fasilitator UPSR, Ahmad Syahir dan Rose Amira telah dipilih untuk menerima anugerah. Manakala, fasilitator untuk PMR ialah Wan Mustabai’ dan Anis Afifah bt. Mohd Fauzi. Fasilitator bagi kategori SPM ialah Johari Aris dan Siti Maisarah. Selain itu, Anugerah Tokoh Siswa Mithali telah disandang oleh saudara Ariff Shah, bagi Anugerah Tokoh Siswi Mithali telah dianugerahkan kepada saudari Nur Sa’adiah bt. Mohd Yusof.

 

Anugerah yang terakhir pada malam itu ialah Anugerah Insaniah Terbilang telah dianugerahkan kepada saudara Mohd Hakim Mohd Nor. Beliau merupakan presiden Rakan Masjid, ketua fasilitator bagi MAS 2009, dan pernah mewakili Malaysia dan UTP ke Vietnam menerusi ‘Program Pendidikan’ 2009. Beliau juga merupakan pengerusi untuk perhimpunan aman selamatkan Palestin yang telah diadakan di UTP pada awal semester ini.

 

Seterusnya, persembahan montaj yang telah disediakan oleh Lajnah Informasi dan Multimedia khusus bagi Majlis Anugerah Kecemerlangan turut memeriahkan majlis. Dan akhir sekali, hadirin telah dijamu dengan sedikit jamuan ringan yang telah disediakan. Diharapkan program seperti kelas bimbingan ini dapat diteruskan umtuk masa hadapan, INSYALLAH.