Jualan Gempur LEK 2009

Share

Oleh : MAIZAT-UL FATIHA BT. MOHAMAD NOR.

Unit Wartawan,

Lajnah Informasi Dan Multimedia.

UTP 4 April – Lajnah Ekonomi dan Keusahawanan (LEK) telah mengadakan jualan secara besar-besaran. Aktiviti ini telah diberi nama “JUALAN GEMPUR LEK "09”. Jualan ini disertai oleh warga LEK sendiri. Kesemua ahli lajnah ini telah berpenat lelah sedaya upaya dalam menjayakan jualan mereka ini. Peneraju utama bagi jualan ini ialah Mas’ul LEK sendiri iaitu Saudara Azam Shauqi B. Abdul Halim dan Mas’ulah Saudari Laina Sufia Bt. S. Ali serta dibantu oleh ahli-ahli lajnah yang berdedikasi.

JUALAN GEMPUR LEK ini telah berlangsung pada 4 April 2009. Jualan dimulakan selepas selesai solat ‘Isyak pada jam 9.30 malam dan bertempat di semua desasiswa. Jualan dilakukan dari pintu ke pintu. Setiap ahli terbahagi kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 2 ke 3 orang. Setiap kumpulan menjual barangan LEK dari pintu ke pintu mengikut desa yang telah dibahagikan. Antara barangan yang dijual semasa Jualan Gempur ini terdiri daripada air kotak sejuk pelbagai perasa , aiskrim Malaysia , buku bertemakan Islam , novel dan mengambil tempahan T-shirt.

Jualan Gempur LEK Ini diadakan pada setiap tahun. Ini merupakan salah satu usaha Lajnah Ekonomi dan Keusahawanan memperkenalkan produk halal yang boleh dibeli oleh umat Islam tanpa syak dan ragu. Jualan ini juga menggalakkan siswa UTP agar gemar membaca bahan yang berunsurkan keislaman kerana LEK memperkenalkan dan mempromosikan bahan bacaan yang bertemakan Islam dalam bentuk buku.

Jualan Gempur LEK telah mendapat sambutan yang memberansangkan daripada para pelajar UTP. Hampir keseluruhan barang jualan LEK telah dapat dijual. Sememangnya jualan ini seharusnya diwujudkan agar makanan yang dimakan oleh umat Islam terjamin halal. Jika inginkan doa kita termakbul oleh Allah, kita hendaklah sentiasa memastikan makanan yang masuk menjadi darah daging kita itu halal .

 

Add comment


Security code
Refresh