Ijtima' Sanawi Rakan Masjid kali ke-8

Share

Ijtima' Sanawi Rakan Masjid kali ke-8

Noor Saadah bt Halim

Unit Wartawan

Lajnah Informasi dan Multimedia

 

 

Dewan Kuliah 1,UTP,17 April 2009-Pada 17 April sehingga 18 April 2009 yang lalu, Rakan Majid Universiti Teknologi PETRONAS telah mengadakan Ijtima Sanawi. Ijtima' ini merupakan perhimpunan tahunan ke-lapan yang diadakan sepanjang penubuhan Rakan Masjid.Ijtima' kali ini membuat pembaharuan dimana ianya berformatkan muktamar. Pembaharuan ini menjadi bukti bahawa Rakan Masjid semakin matang dalam perjuangan membina bi'ah solehah di bumi utp ini.

 

Majlis Ijtima' dimulakan dengan ucapan Presiden Rakan Masjid iaitu saudara Mohd Hakim bin Mohd Nor. Seterusnya muktamar dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mat Noor Rosli bin Baharom. Dalam ucapannya, beliau menggalakkan Rakan Masjid utp untuk terus mengorak langkah dengan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dapat membina biah solehah di utp. Seterusnya muktamar dimulakan dengan ucapan dasar Presiden Rakan Masjid. Beliau  menghuraikan tentang misi-misi yang dibawa oleh Rakan Masjid, antaranya Tarbiyyah, Dakwah dan Siasah, Akademik dan Kebajikan dan juga Kepimpinan dan pengurusan organisasi. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bengkel perbahasan ucapan dasar yang dilakukan dalam setiap lajnah.Perbahasan ini dilakukan untuk tujuan penambahbaikan Rakan Masjid sendiri.

 

Majlis kemudian disambung pada keesokan harinya iaitu pada 18 April 2009. Majlis dimulakan dengan perbahasan ucapan dasar oleh wakil daripada setiap lajnah.Antara cadangan yang diutarakan adalah tentang portal rasmi Rakan Masjid dimana ianya kurang mendapat sambutan daripada warga utp khususnya. Antara cadangan lain adalah mengadakan system merit untuk menangani masalah ahli lelap. Ada juga yang mencadangkan supaya Rakan Masjid memperluaskan aktiviti-aktiviti kebajikan dengan melawat tempat-tempat kesedaran seperti rumah Orang Kurang Upaya dan sebagainya.Selepas perbahasan, pengesahan laporan tahunan oleh Setiausaha dilakukan dengan pindaan disebabkan laporan tahunan yang tidak lengkap. Seterusnya, majlis disambung dengan pengesahan laporan kewangan dengan perbahasan oleh Bendahari .

 

Kira-kira pukul 11 pagi, pembentangan dan perbahasan usul telah disampaikan oleh ahli-ahli Rakan Masjid. Antara usul yang diberikan adalah pembentukan sistem tarbiyyah dimana aktiviti-aktiviti tarbiyyah seperti Mukhayyam Perdana dan Mukhayyam Muslimat disaran untuk dilaksanakan. Selain itu,usul untuk mengadakan sistem Rumah Sukan untuk ahli Smart Group telah diterima dengan pindaan.Rumah Sukan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhwah di kalangan ahli Smart Group termasuk nuqaba'. Lajnah Ekonomi dan Keusahawanan mencadangkan untuk membuka stokis jualan LEKRM,barangan HPA dan menjadikan Halalfest sebagai acara yang lebih besar. Usul yang terakhir adalah usul mengadakn Majlis Anugerah Cemerlang  dimana majlis ini bertujuan untuk meraikan ahli-ahli Rakan Masjid yang cemerlang akademik dan mantap dalam gerak kerja Islam.

 

Acara kemuncak pada ijtima' kali ini adalah perlantikan saff kepimpinan baru Rakan Masjid sesi 2009 dan 2010. Satu variasi yang menarik dapat dilihat dalam saff kepimpinan yang baru dimana  gabungan orang lama dan orang baru memantapkan lagi saff kepimpinan yang sedia ada. Diharapkan saff kepimpinan yang baru ini dapat memperluaskan lagi mesej-mesej dakwah dan meneruskan perjuangan demi membina biah solehah di utp khususnya. Majlis ditangguhkan dengan ucapan presiden Rakan Masjid yang baru iaitu saudara Akram bin Ismail.Majlis Ijtima' Sanawi kali ke lapan berakhir pada pukul satu petang.

 

 

Lampiran Gambar

 

 

 

 

 

 

Add comment


Security code
Refresh