Kursus Pengurusan Organisasi(KPO) 2009

Share

Bilik Kuliah 17,UTP,21 Ogos- Kursus Pengurusan Organisasi(KPO) telah diadakan selama tiga hari bermula 21 sehingga 23 Ogos 2009.Kursus ini merupakan anjuran Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan,Rakan Masjid UTP. Kursus ini telah dirasmikan oleh Muhammad Akram bin Ismail selaku Presiden Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS. Manakala Pengarah Program KPO pada kali ini ialah saudara Mohd Asnawi bin Mohd Yusof.

            Kursus bermula pada 5.30 petang di mana para peserta mendaftarkan diri di Masjid Lama. Selepas Majlis Perasmian berlangsung, slot Pengenalan Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif Rakan Masjid diadakan dengan bertujuan mengenali barisan pimpinan Rakan Majid dengan lebik baik.Kemudian,modul yang pertama dijalankan iaitu ta’aruf. Para peserta memperkenalkan diri sesama sendiri dan membentuk kepada beberapa kumpulan.

            Hari yang kedua bermula dengan qiamullail dan sahur di masjid lama. Pembentangan kertas kerja 1 telah disampaikan oleh Ustaz Rahmat bin Abu Seman,selaku Eksekutif Kanan,Unit Pentadbiran Masjid,UTP yang bertajuk ‘Memahami Organisasi Islam’. Para peserta telah diberi penerangan dan penjelasan tentang organisasi Islam dan berorganisasi dalam Islam. Kita perlulah bekerja bersama-sama dalam satu organisasi bagi mencapai satu matlamat yang sama iaitu mencapai keredhaan Allah s.w.t.

            Bagi menguji kefahaman para peserta tentang organisasi Islam,pembentangan LDK 1 telah dijalankan yang bertajuk ‘Tatkala Kita Bersatu’. Matlamatnya adalah memberi kesedaran kepada peserta betapa pentingnya sesebuah kumpulan itu untuk bersatu dan bekerjasama di samping dapat melatih peserta untuk berani bersuara di depan khayalak.

            Dengan tajuk ‘Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi’,pembentangan kertas kerja 2 ini telah disampaikan oleh    Ustaz Abd Ur-Rahman bin Mohd Amin. Beliau merupakan Pesyarah, Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan,UTP. Kemudian, kursus diteruskan dengan pembentangan LDK 2 yang bertajuk ‘Berilah Harapan’. Para peserta diminta untuk berlakon secara spontan selama 5 minit tentang isu yang berlaku di UTP seperti couple,aurat,solat dan sebagainya. Kemudian,mereka diminta untuk mencari jalan penyelesaian yang berkesan kepada masalah tersebut.

            Kursus diteruskan lagi dengan Slot Bersama Pemimpin Rakan Masjid. Pada slot ini, para barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Rakan Masjid telah dibahagi kepada beberapa kumpulan. Mereka kemudian menceritakan sedikit sebanyak pengalaman masing-masing semasa berada di dalam organisasi Rakan Masjid. Mereka juga berkongsi pengalaman kepada peserta tentang cabaran hidup di UTP sebagai seorang Islam.

            Selepas solat tarawih, kursus telah diteruskan dengan pembentangan kertas kerja 3 iaitu ‘Profesionalism Dalam Mengurus Organisasi Islam’ yang disampaikan oleh Encik Tazli bin Azizan. Beliau merupakan Pesyarah, Kejurueraan Kimia,UTP. Pembentangan ini telah berlangsung selama kira-kira 2 jam. Kemudian, pembentangan LDK 3 diteruskan, yang bertajuk ‘Tikus Membaiki Lukisan’. Dalam LDK ini,para peserta diminta melukis tulisan khat di atas kertas mahjong. Kemudian, mereka diminta untuk mencarik keratan surat khabar dan menampal ke atas tulisan khat tersebut. LDK ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang aqidah Islamiah yang pada awalnya cantik dan suci tetapi akhirnya tanpa disedari telah dicemari dengan pemikiran-pemikiran asing ciptaan manusia seperti sekularisme,hedonisme, pragmatism dan sebagainya.

            Pada hari yang terakhir, Slot bersama Setiausaha Rakan Masjid dan disusuli dengan Bendahari Rakan Masjid telah diadakan. Akhir sekali,perasmian penutup telah berlangsung pada 12.30 tengah hari.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjalan dengan jaya sekali dan para peserta serta fasilitator berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti sepanjang kursus ini. Diharap agar pihak Rakan Masjid dapat memperuntukkan lebih ramai peserta untuk kursus pada masa akan datang.

Disediakan Oleh,

Unit Wartawan,

Lajnah Informasi dan Multimedia,

Rakan Masjid UTP.



altalt


altalt

 

Add comment


Security code
Refresh