| Taklimat Hari Akademik(Muslimin) |
Disediakan oleh : Muhamad Hafiz Mughni bin Azhar Surau Etana-Metana, UTP, 1 September 2009 – Bersempena dengan minggu peperiksaan akhir semester yang bakal ditempuhi oleh pelajar-pelajar UTP sesi pengambilan Mei 2009 yang akan bermula pada hari Sabtu ini, satu taklimat khas iaitu “Taklimat Hari Akademik” telah pun diadakan. Taklimat Hari Akademik ini telah dianjurkan khas oleh Lajnah Akademik dan Pembangunan Insan (LAKAD) Rakan Masjid, dan Tanzim Jabatan Nuqaba’ (TJN), Rakan Masjid. Motif utama taklimat ini diadakan adalah untuk memberi sedikit sebanyak tips mengenai peperiksaan dan juga motivasi kepada para pelajar sesi pengambilan Mei 2009, yang bakal menempuh pepriksaan akhir semester mereka buat kali pertama sejak menyambung pengajian mereka di UTP ini. Sesi taklimat ini dimulakan dengan Solat Isyak secara berjemaah dan kemudiannya diikuti dengan Solat Sunat Terawih sebanyak lapan rakaat. Selepas itu, acara diteruskan lagi dengan sedikit taklimat yang disampaikan oleh saudara Mohd Hakim bin Mohd Nor, Bekas Presiden Rakan Masjid 08/09. Beliau telah menceritakan pahit manis pengalaman beliau sepanjang berada di bumi UTP ini. Beliau juga menceritakan bagaimana beliau bangkit semula daripada kegagalan yang telah dihadapi oleh beliau ketika berada pada tahun pertama semester pertama di UTP ini. Berkat usaha yang tidak pernah putus asa telah mendorong beliau untuk berjaya dan ketika Hari Konvokesyen UTP baru-baru ini, beliau telah mendapat Anugerah Cancelor (Diamond). Acara diteruskan lagi dengan taklimat yang disampaikan oleh Saudara Muhamad Akram bin Ismail, Presiden Rakan Masjid. Ketika memberi taklimat, beliau telah menceritakan bagaimana pengalaman beliau yang pernah meperoleh GPA 4.0 .Beliau juga telah memberi sedikit tip untuk menghadapi peperiksaan. Kemudiannya, acara diteruskan lagi dengan taklimat yang disampaikan oleh Abdul Mu’id bin Bas’id, Masul LAKAD. Dalam taklimat ini, beliau juga telah menceritakan pengalaman beliau sepanjang berada di UTP ini untuk memberi semangat kepada para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester tidak lama lagi. Kemudian, acara diteruskan dengan perbincangan dalam Smart Group. Dalam perbincangan ini, setiap Naqib Smart Group dibekalkan dengan beberapa set soalan peperiksaan akhir semester (past year question). Mereka bekerjasama berbincang mengenai set soalan yang telah dibekalkan dan juga sedikit kata-kata semangat telah diberikan oleh Naqib Smart Group masing-masing sebagai pendorong untuk para pelajar menghadapi peperiksaan. Taklimat Hari Akademik ini tamat sepenuhnya pada pukul 11.30 malam |
