Liqa’ Ke-2 Rakan Masjid

Share

Bilik Kuliah 7,UTP,11 September 2009- Majlis Liqa’ Rakan Masjid UTP kali yang ke- 2 bagi sesi Jun 2009 telah diadakan di lecture room 17. Majlis bermula pada jam 9.30 malam.

Majlis dimulakan dengan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran,surah al-Qadr oleh saudara Amir Fahmi bin Jalilluddin. Kemudian, majlis diteruskan dengan slot pengisian yang bertajuk ‘mencari malam al-qadar’ bersempena dengan 10 malam yang terakhir Ramadhan. Slot ini telah dikendalikan oleh saudara Muhammad Abdul Mu’min bin Mohd Azemi Azman yang juga merupakan Mas’ul Lajnah kebajikan dan Perpaduan.

Pada bulan Ramadhan terdapat satu malam,kelebihannya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun lebih iaitu malam al-qadar atau lebih dikenali lailatul qadar. Antara isi dalam slot ini ialah petua oleh Imam al-Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk mencari lailatul qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Sabtu, lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan. Sekiranya awal ramadhan jatuh pada selasa atau jumaat, malam al-qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan dan seterusnya.

 Namun, kita tidak seharusnya menghidupkan malam-malam ganjil sahaja tetapi berterusan memperbanyakkan ibadah pada setiap malam pada 10 malam yang terakhir terutamanya dan malam-malam yang lain juga. Saudara Muhammad Abdul Mu’min juga telah memberi satu analogi iaitu dalam satu perlumbaan 100 meter,pelari atau peserta akan lebih laju berlari pada jarak 5 meter sebelum sampai ke garisan penamat. Sama seperti 10 malam ramadhan yang terakhir ini. Kita digalakkan berlumba-lumba memperbanyakkan ibadah dan bersungguh-sungguh mencari lailatul qadar agar kita tidak berasa rugi dengan kedatangan Ramadhan pada tahun ini.

Antara tanda lailatul qadar ialah pada malam itu,suasana tenang,tidak dingin dan tidak panas. Siangnya, matahari terbit dengan warnanya pucat dan pada malam itu juga,malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadah. Orang itu secara tiba-tiba akan berasa sangat sayu dan kemudiaannya menangis teresak-esak.

Majlis diteruskan dengan Ucapan wakil pimpinan Rakan Masjid iaitu saudara Muhammad Akram bin Ismail selaku Presiden Rakan Masjid UTP. Beliau talah memulakan ucapannya dengan membuka kepada mana-mana ahli untuk menyatakan sebarang masalah atau isu untuk dibincangkan bersama. Antara isu yang sempat diutarakan ialah cara untuk bertanya kepada ustaz secara terus berkenaan dengan masalah agama, masalah peribadi dan sebagainya. Dan jalan penyelesaiannya ialah dengan melalui portal Rakan Masjid iaitu www.rakanmasjid.com dengan memasuki ruangan ‘bertanya kepada ustaz’ dan juga pergi ke pejabat ustaz untuk berbincang masalah tersebut. Selain itu, isu yang dikemukakan ialah tidak ramai pelajar yang mengetahui atau mengunjungi portal Rakan Masjid disebabkan kurang promosi.

Selain itu, isu pemakaian topi keledar untuk ke masjid turut diutarakan. Pihak Rakan Masjid akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang perkara ini dengan pihak yang berkenaan. Kemudian,isu program ‘talent search’ yang bakal berlangsung di UTP tidak lama lagi. Pihak Rakan Masjid akan membuat penyelidikan tentang isu ini dengan berjumpa dengan pihak penganjur dan sekiranya bercanggah dengan syarak,  program ini akan ditentang. Selepas itu, saudara Akram juga berharap agar Rakan Masjid dapat melahirkan lebih ramai nuqaba’ daripada kalangan ahli usrah itu sendiri. Tambah beliau lagi, pada semester ini,pihak Rakan Masjid akan memulakan peerancangan untuk aktiviti-aktiviti pada hujung tahun ini dan semester depan. Antaranya ialah Khemah Ibadah, Heart 4 Islam, Halal Fest, Malam Inspirasi Seni, Kembara Sufi dan lain-lain.

Selepas itu, liqa’ diteruskan lagi dengan ucapan tetamu khas iaitu Mr. Maythem. Dalam ucapannya, beliau berkata tentang organisasi bersifat global. Contohnya, Human Right Organisation yang memperjuangkan wanita Islam memakai hijab di seluruh dunia seperti Egypt,United Kingdom,Amerika Syarikat dan lain-lain. Dan kesannya, pada hari ini kita boleh melihat wanita Islam yang memakai hijab di Amerika Syarikat semakin meningkat. Selain itu, beliau juga menyentuh aspek dakwah. Kita perlu berdakwah secara berhikmah. Orang bukan Islam susah untuk menerima dan memahami Islam secara terus. Kita perlu menunjukkan nilai-nilai Islam yang baik dalam kehidupan agar mereka akan tertarik.

Beliau juga mencadangkan agar mempebanyakkan lagi aktiviti Rakan Masjid. Beliau turut mencadangkankan aktiviti yang boleh dibuat seperti memberi tugasan yang berlainan kepada setiap kumpulan untuk mendapatkan statistik bagi sesuatu isu. Kemudian, kita perlu membuat penyelidikan atau research yang teliti dan berbincang jalan penyelesaian yang tebaik. Selain itu,beliau juga menceritakan tentang organisasi ISAMAH yang bermaksud senyum. Organisasi ini prihatin dan membantu golongan miskin dan anak yatim. Mereka juga mengajak orang ramai untuk bersama-sama membantu golongan ini dari segi harta benda.

 Selepas slot pengumuman daripada lajnah, majlis berakhir dengan nyanyian lagu tema Rakan Masjid. Majils berakhir pada jam 11.30 malam.

Disediakn Oleh,

Unit Wartawan

Lajnah Informasi dan Multimedia

Rakan Masjid UTP.

   

 

Add comment


Security code
Refresh