| Roadshow UNITEN ke UTP 2009 |
Oleh : Nur Syamimi binti Atan UTP, 13 September 2009 – Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, akhirnya pihak dari UNITEN, Selangor iaitu Persatuan Pengajian Islam (PPI) telah selamat tiba di UTP jam 12.00 tengah hari. Rombongan ini telah disambut oleh pihak Rakan Masjid, Utp di ‘foyer V2’.
Pihak Uniten menghantar seramai 20 orang wakil yang merupakan Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif PPI dan lajnah-lajnah seperti Tarbiah & kepimpinan (TnK), Dakwah & Islamic outreach (DIO), Integrasi & Perpaduan (InP), Kebajikan & Akademik (KnA), Ekonomi & Pemasaran (EnP) dan Penerbitan & Publisiti (PnP) . Begitu juga dengan Rakan Masjid, menghantar wakil yang terdiri daripada Majlis Tertinggi, Mejlis Eksekutif dan 9 lajnah yang terlibat (LIM, LTK, LAKAD, LKP LEK, LRKK, HELWI dan TJN). Bagi slot pertama, lebih tertumpu kepada taa’ ruf diri, pembentangan port folio serta serba sedikit tentang Rakan Masjid dan PPI. Dimulakan dengan Rakan Masjid yang pada awalnya di gelar “Jawatankuasa Surau”. Kemudian ditukar lagi nama kepada “Biro Surau”, pada tahun 1997 “Islamic Outreach Unit (IOU)” merupakan nama bagi organisasi Rakan Masjid. Rakan Masjid mendapat namanya secara rasmi pada tahun 2007. Sejak pertama kali ditubuhkan sehingga kini, pebagai revolusi telah dilakukan bagi memastikan kesinambungannya terjamin. Setelah itu, PPI pula mengorak langkah dengan menceritakan serba sedikit latar belakang penubuhan PPI. Asalnya merupakan “AJK Surau Berkelompok” kemudian pada 27 Ogos 1998 telah diubah kepada PPI dan telah beralih pimpinan sebanyak 11 kali. Untuk pengetahuan, wakil-wakil yang mengikuti roadshow ini baru sahaja dilantik dan baru tiga minggu menjawat jawatan tersebut.
Roadshow ini berakhir dengan sesi
fotografi antara Rakan Masjid dan PPI. Kedua-dua pihak berharap hubungan yang
dibina akan sentiasa diteruskan dan sentiasa bertukar-tukar buah fikiran. Pihak
Rakan Masjid juga berharap agar program seperti ini dapat dianjurkan selalu,bagi
memperbanyak kenalan-kenalan serta bertukar-tukar idea dari segi pentadbiran,
pengurusan, juga aktiviti dan program
yang
diadakan di kampus masing-masing.
|



