Ifthar Bersama Tuan Haji Mohd Noor Rosli

Share

Oleh: MAAH

Taman Pinji Perdana, 14 September 2009- Pihak Majlis Tertinggi Rakan Masjid UTP berserta Majlis Perwakilan Pelajar UTP (MPPUTP) telah berbesar hati untuk menghadiri  majlis berbuka puasa di rumah Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin Baharom, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pelajar di Universiti Teknologi PETRONAS(UTP). Majlis ini telah diadakan di kediamannya yang bertempat di Taman Pinji Perdana, di sekitar Ipoh.

         Program bermula apabila setiap ahli jawatankuasa berkumpul di masjid An-Nur pada sekitar 5.45 petang. Rombongan bertolak dari UTP pada pukul 6.00petang dengan diiringi dengan lima buah kereta. Perjalanan dijangka mengambil masa 30 minit untuk tiba di rumah Tuan Haji. Setibanya di sana, rombongan kami disambut baik oleh Tuan Haji sekeluarga. Turut hadir pada petang itu ialah Imam 2 masjid UTP iaitu Ustaz Rahmat bin Abu Seman.


alt

Gambar1: Majlis Tahlil arwah

          Sementara, menantikan waktu berbuka puasa, tahlil arwah telah diadakan untuk disedekahkan kepada mana-mana ahli keluarga yang telah pergi mendahalui kita. Moga-moga roh mereka dicucuri rahmat. Ini akan mendekatkan lagi kita kepada Allah dan lebih mengingati mati. Apabila tibanya waktu berbuka puasa, hadirin dihidangkan dengan sedikit jamuan ringan sebelum menunaikan solat maghrib di surau yang berdekatan untuk mendirikan solat secara berjemaah.

         Selepas itu, hadirin dihidangkan dengan juadah makanan yang pelbagai rasanya. Tidak ketinggalan juga, majlis itu turut dihadiri oleh beberapa orang pelajar dari sudan. Ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat setempat di samping mengatahui adat dan juadah bagi orang Melayu. Sementara menantikan waktu Isyak, kami sempat meluangkan masa bersama Tuan Haji sekeluarga di samping berbincang mengenai isu semasa.

         Pada waktu Isyak, sekali lagi rombongan dari UTP bertolak ke surau yang berdekatan iaitu Surau Pinji Perdana untuk menunaikan solat isyak secara berjemaah. Ia disusuli dengan solat tarawih dan solat witir secara berjemaah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Rahmat. Setelah tamatnya solat witir, Ustaz Rahmat telah diberikan peluang untuk sedikit perkongsian untuk jemaah-jemaah yang hadir di surau tersebut. Di dalam ceramahnya, Ustaz Rahmat lebih menyentuh kepada memperbanyakkan amalan di bulan Ramadhan terutama sekali mengejar malam Lailatul Qadar. Ini adalah kerana bulan Ramadhan hanya wujud sekali dalam setahun. Jadi rebutlah ia dengan sebaik-baiknya. Peluang ini akan terlepas apabila tamatnya Ramadhan.


alt

Gambar2: Perkongsian dari Ustaz Rahmat

         Setelah tamat perkongsian, hadirin dihidangkan dengan sedikit moreh yang disediakan oelh pihak surau. Tuan Haji Mohd Noor Rosli yang juga merupakan pembantu mu’azzin surau turut berbesar hati dengan kehadiran kami di sini. Beliau mengharapkan agar Rakan Masjid UTP dapat mengadakan pelbagai aktiviti di surau Pinji Perdana terutama sekali untuk golongan muda agar mereka menjadi insan yang berguna di masa depan.

         Tepat jam 10.45malam, kesemua rombongan bertolak pulang ke UTP, walaupun kepenatan, namun kesemua perwakilan pelajar ini berasa gembira kerana dapat menghadiri majlis berbuka puasa di rumah orang nombor dua di UTP. Diharapkan majlis sebegini dapat dilaksanakan di masa hadapan.

Insya-Allah


alt

Gambar3: Bergambar bersama Tuan Haji Mohd Noor Rosli




















 

Add comment


Security code
Refresh