Mesyuarat "Interfaith Understanding Collloquium"



Oleh : Mohd Faez Bin Muhamad

Bilik Mesyuarat MPP UTP,28 Januari – Satu mesyuarat telah diadakan di bilik mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 28 Januari 2010 jam 9.45 malam. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil persatuan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) seperti Rakan Masjid, MEDTECH, MPP, dan lain-lain.Objektif mesyuarat ini adalah untuk membicangkan mengenai program Interfaith Understanding Colloquium.

Mesyuarat ini dimulakan dengan sesi taaruf. Semua ahli-ahli yang hadir pada mesyuarat itu memperkenalkan diri masing-masing. Kemudian, mesyuarat diteruskan dengan pengenalan mengenai program ini oleh presiden Rakan Masjid, saudara  Muhammad Akram Bin Ismail.

 Program ini pada asalnya merupakan salah satu program Heart For Islam(H4I). Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pemahaman warga UTP mengenai perbandingan antara agama dan menerapkan semangat integrasi dalam kalangan pelajar yang berbilang agama. Tarikh yang  dicadangkan untuk perlaksanaan program ini adalah pada 1 Mac 2010.

Agenda mesyuarat yang seterusnya ialah ‘brainstorming’. Beberapa cadangan telah dikemukakan antaranya adalah kouta bilangan ahli Islam dan ahli bukan Islam di dalam majlis tertinggi. Selain itu, presiden Friends Of IRC(FIRC), saudara Mohammad Khazaidi Bin Kamaruddin mencadangkan  perkataan colloquium digantikan dengan perkataan lain kerana perkataan itu kurang sesuai. Antara pensyarah yang dicadangkan sebagai penasihat program adalah Ustaz Rahmat, Dr. Balbir Singh, Ustaz Donald Malik dan Dr. Ong Seng Hee.

Selepas itu, pemilihan ahli jawatankuasa telah dilaksanakan. Pengurus projek bagi program ini adalah Ketua Penerangan Rakan Masjid, saudara Muhammad Hafizi Bin Zakaria. Penolong pengurus projek pula adalah wakil dari Sekreteriat Rakan Muda, Regina.

            Akhir sekali, terdapat beberapa perkara berbangkit telah dibincangkan. Semua kelab perlu mamberikan sumbangan tenaga dan kerjasama bagi menjayakan program ini. Penggunaan Bahasa Melayu dalam program ini telah dicadangkan. Antara perkara yang perlu dibincangkan oleh ahli majlis tertinggi adalah mengenai bajet dan perjalanan majlis. Mesyuarat bersurai pada jam 11.45 malam.