| Dialog Antara Agama Rai Perbezaan, Rangsang Integrasi [MalaysiaHarmoni] |
Oleh : M.Nasim TRONOH, 1 Mac – Universiti Teknologi Petronas (UTP) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menganjurkan Dialog Persefahaman Antara Agama atau Interfaith Understanding Dialogue (InFUD) di Dewan Canselor malam semalam. Dialog bertajuk “The Concept of God According to My Relegious Scripture” dan bertema ’Raikan Perbezaan, Realisasi 1Integrasi’ itu melibatkan kolaborasi terbesar di UTP kerana menggabungkan semua Badan Pelajar dan kelab di universiti berkenaan dalam sebuah program. Selain menggembleng kerjasama, program tersebut juga bertujuan memupuk integrasi masyarakat majmuk di UTP, membantu usaha pihak pentadbiran dalam merealisasikan sebuah universiti yang harmoni dan bertoleransi di samping melahirkan pelajar yang berkebolehan (well-rounded) merangkumi aspek akademik dan dialog intelektual. Ia merupakan majlis dialog antara agama yang julung-julung kali diadakan serta melibatkan hampir semua badan pelajar dan kelab-kelab utama di UTP. Antara tetamu kehormat yang hadir pula adalah Rector UTP, YB Datuk Dr Zainal Abidin Haji Kasim dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar, Mohamed Noor Rosli Baharom. Para penceramah terdiri daripada Timbalan Presiden Hindu Sangam Malaysia, Dr M Bala Tharmalingam yang bercakap mewakili agama Hindu, Ketua Pegawai Dakwah Islamic Information and Services Foundation yang juga pengurus Saba Islamic Media, Shah Kirit bin Kalkulal Govindji (Islam), Ketua Persatuan Buddha Perak, Ir Kiang Keng Kong (Buddha) dan tokoh gereja Katolik, Dr William Lau (Kristian). Semua penyampaian dibuat dalam bahasa Inggeris. Kehadirin dianggarkan mencecah 1500 orang, antaranya termasuklah pelajar dan staf UTP, pensyarah serta penduduk sekitar negeri Perak. Tidak terkecuali juga sebilangan rakyat asing dari Sudan, Nigeria, Mozambique, Mesir dan lain-lain. Hadirin yang ingin bertanya terpaksa beratur panjang, dengan hanya kira-kira 15 orang sahaja diberi kesempatan mengajukan soalan disebabkan masa yang agak terhad. Dialog malam tadi berjalan dengan cukup muhibbah dan harmoni tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pihak. Tiada sebarang bayaran dikenakan, sebaliknya beberapa gerai jualan kelihatan dibenarkan beroperasi berhadapan Dewan Canselor.
Beliau juga berpendapat, penyampaian oleh panelis kelihatan neutral dan tidak cuba untuk menjatuhkan mana-mana individu mahupun agama. Suasana majlis juga cukup terkawal dan dapat diterima baik semua pihak. “Melalui program ini kita dapat memahami dengan lebih mendalam agama kita dan juga pegangan agama lain. Ini juga merupakan satu usaha dakwah kerana dengan program sebegini kita dapat mengajak golongan bukan Islam untuk mengenal apakah sebenarnya agama Islam dalam keadaan yang sangat harmoni,” katanya.
|

Antara badan pelajar dan kelab yang menjayakan InFUD ialah
Rakan Masjid, Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat Rakan Muda,
Friends of IRC, Sekretariat Rukun Negara, Residential College Support
Unit (RCSU), SYNTECH, MEDTECH, Electrical Electronics Engineering
Student Society, ICHEM E-UTP-SC, English Language Club, Taekwondo,
MECHE Club, PSSCM, Pencak Silat dan International Student Committee.
Rata-rata pengunjung memberikan komen positif terhadap
penganjuran majlis dialog seumpama ini. Naib Presiden Kelab Rakan
Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Izzudin Khairulannuar (gambar
kiri), 24, berkata, “Dialog ini merupakan satu program yang
sangat bagus dalam meraikan kepelbagaian agama di Malaysia. Diharapkan
agar program-program sebegini tidak dihalang dan disekat sebaliknya
dimurnikan lagi.”
Kamarulzaman Nasib (gambar kanan), 23,
pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia, UTP pula melihat program ini
dari sudut dakwah.
Sugaraj (gambar
kiri), 21, pelajar Kejuruteraan Mekanikal, UTP pula berkata,
“Sebagai seorang Hindu, saya lebih dapat mengenali agama saya. Pada
masa yang sama, saya dapat tahu apa yang penganut agama lain fikir
tentang agama saya melalui soalan-soalan yang mereka lontarkan kepada
panel Hindu, Dr Bala.”
“Inisiatif
ini adalah satu usaha yang cukup baik. Syabas saya ucapkan kepada pihak
penganjur. Setahu saya, Malaysia mempunyai banyak program berbentuk
hiburan. Jadi, dengan adanya program seumpama ini, program-program
hiburan dapat dikurangkan,” demikian komen Makeny Makuac (gambar
kanan), 21, pelajar Sudan beragama Kristian yang kini sedang
menuntut dalam bidang Kejuruteraan Petroleum, UTP. Beliau turut
berharap agar program seperti ini dapat diadakan pada setiap semester.