Remembrance Of Quds(ROQ)

Share

Pada 15 Ogos 2008, Pesta Convo 2008 Universiti Teknologi PETRONAS(UTP) dengan kerjasama beberapa organisasi di UTP. Ini
termasuklah, Rakan Masjid(RM),Kelab Usahawan Muda(YEC), Sekretariat Rakan Muda, Majlis Perwakilan Pelajar UTP(MPPUTP) dan Unit Sokongan Kolej Kediaman(RCSU) telah mengadakan satu ceramah yang bertajuk “Kekejaman Israel Di Bumi Palestin”. Ceramah ini telah diadakan di 'Lecture Hall1' (LH 1) pada pukul 9.45 malam di mana ia telah disampaikan oleh Ustaz Shahruzzaman Bin Bistaman iaitu Pengerusi Aman Palestin Perak.

Turut hadir dalam ceramah tersebut termasuklah Ustaz Dawi Cahyono dan Ustaz Rahmat. Ceramah ini diadakan bertujuan untuk memperingati tragedi 21 Ogos 1969 di mana Masjid Al-Aqsa telah dibakar oleh orang Yahudi. Semenjak peristiwa itu Yahudi ingin membentuk sebuah negara yahudi iaitu Israel di atas tanah Palestin. Punca-punca perebutan kuasa terhadap Palestin adalah dari segi akidah dan politik. Ini termasuklah bentuk muka bumi yang terletak di tengah-tengah jalan Asia & Afrika.

Dalam ceramah tersebut, Ustaz Shahruzzaman yang merupakan Guru Besar Sekolah Rendah Al-Hidayah, Ipoh, menceritakan sedikit sebanyak sejarah peristiwa hitam di Palestin. Beliau juga telah menunjukkan kepada hadirin yang datang pada malam tadi dengan beberapa tayangan gambar dan video yang menggambarkan keperitan dan kesengsaraan hidup umat Islam di sana. Video-video & gambar-gambar yang ditayangkan di dalam ceramah tersebut sungguh manyayat hati dan memilukan.

Selain itu, memorandum mengenai bantahan terhadap penaklukan Yahudi yang dianjurkan Aman Palestin Malaysia yang telah ditandatangani oleh pelajar-pelajar UTP. Ini sebagai bukti umat Islam marah dan simpati terhadap umat Islam di Palestin. Sesungguhnya ceramah yang disampaikan dapat memberikan kesedaran dan mewujudkan semangat kebangkitan Umat Islam terhadap Yahudi khususnya Palestin. Ceramah itu berakhir pada 11.30 malam dengan keberangkatan pulang semua hadirin-hadirin yang hadir pada ceramah tersebut.
 

Add comment


Security code
Refresh