|
PROGRAM: Perasmian Ramadan Discovery(RD) ANJURAN: Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS TARIKH: 26 OGOS 2008 MASA: 9.00PM - 11.00PM
Pada 26 Ogos 2008, bertempat di 'Multi Purpose Hall' (MPH), telah diadakan perasmian Ramadan Discovery(RD). Program yang dahulunya dikenali sebagai Minggu Penghayatan Ramadan(MPR) ini merupakan anjuran Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS(UTP). Program yang bertemakan “Experience The Utmost Tranquility” ini masih menggunakan konsep yang sama seperti Minggu Penghayatan Ramadan. Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dalam Ramadan Discovery kali ini termasuklah Mencari Khazanah Iman, Ramadhan Food Fiesta(RaFF), Khidmat Bakti Siswa(KBS), Ramadhan Food Fiesta, Aidilfitri Wishing Card, The Qurra’, Treasure of Iman,Islamic Calligraphy serta Pertandingan Fotografi yang julung-julung kali diadakan di dalam Ramadan Discovery.
Antara matlamat penganjuran aktiviti-aktiviti Ramadan Discovery adalah supaya dapat menghayati Bulan Ramadan Al-Mubarak yang mulia di kalangan Mahasiswa UTP. Selain itu, mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan Mahasiswa di UTP. Di samping itu, dapat mencungkil bakat yang terpendam di kalangan Mahasiswa UTP supaya kehidupan mereka di UTP bukanlah belajar bersungguh-sungguh sahaja. Program bermula dengan kehadiran dif-dif terhormat termasuklah AP Dr Fakhruidin M Hashim yang merasmikan Ramadan Discovery 2008, Ustaz Rahmat Abu Seman sebagai penasihat Ramadan Discovery,Ustaz Dawi Cahyono, Ustaz Zuriat Omar, Saudara Luqman Hakim selaku pengarah Ramadan Discovery & Saudara Hakim selaku Presiden Rakan Masjid. Dalam upacara perasmian, Dr Fakhruidin telah mengaitkan bulan Ramadan dengan pahala yang berlipat-ganda serta tanggungjawab melaksanakan zakat. Ini termasuklah amalan-amalan yang sesuai dilaksanakan pada bulan Ramadan termasuklah Solat Sunat Tarawih, perbanyakan amalan sunat serta mengawal nafsu kita daripada melakukan perkara yang ditegah.
Selain itu, antara tentatif program pada malam tersebut termasuklah bacaan ayat suci Al-Quran daripada saudara Zulhaziman. Ini termasuklah tayangan montaj oleh AJK Ramadan Discovery dan penyerahan penajaan Ramadhan Discovery kepada AJK Ramadan Discovery. Tidak Ketinggalan juga dengan teater khas sempena Bulan Ramadan oleh Tronoh Theater Shop(TTS). Moga-moga hadirin dapat mengambil banyak penghayatan daripada teater tersebut dan memanfaatkan dalam bulan Ramadan yang bakal menjelang.
Menariknya, perasmian Ramadan Discovery ini bukan sahaja dihadiri oleh Mahasiswa Malaysia di UTP malahan Mahasiswa Luar Negara Di UTP juga turut menghadiri perasmian tersebut. Malahan, perasmian ini juga mendapat respon positif daripada mereka. Diharapkan Ramadan Discovery ini mampu mencapai objektifnya serta memperoleh banyak kesedaran sepanjang aktiviti Ramadan Discovery ini dijalankan. INSYALLAH.
|