Khidmat Bakti Siswa

Share

Program: Khidmat Bakti Siswa (KBS) / Student Community Service (SCS)
Anjuran:Rakan Masjid (Ramadhan Discovery)
Tarikh: 5-7 September 2008
Masa: 5.30 pm (5/9/08) – 3.00 pm (7/9/08)


    Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS mengambil  kesempatan ini dengan menganjurkan satu program khidmat masyarakat di bawah program Ramadhan
Discovery. Program masyarakat ini diadakan di kampung berhampiran kampus.

    Kampung yang bertuah itu ialah Taman Bali Mas. Pada petang 5 September 2008, semua peserta bertolak ke taman berkenaan dengan menggunakan perkhidmatan bas UTP. Setibanya disana, semua para perserta berkumpul di surau taman tersebut sementara menunggu waktu berbuka puasa. Selepas berbuka dan sembahyang maghrib berjemaah, program diteruskan dengan penyerahan para peserta kepada keluarga angkat masing-masing. Selepas solat isyak dan sembahyang tarawikh, upacara perasmian diadakan. Sejurus selepas itu, para peserta pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing dan mengendalikan modul 1 iaitu sesi taaruf bersama keluarga masing –masing.

    Pada keesokan harinya, selepas bersahur, solat subuh berjemaah dan tadarus al-Quran diadakan. Antara modul yang diadakan pada hari itu ialah Klinik Solat. Modul ini mengajar dan memperbetulkan cara solat kepada anak- anak penduduk kampong yang hadir. Kemudian, mereka juga diajar cara mengambil wudhuk dengan betul. Mereka diberikan salinan modul, iaitu modul wuduk. Pada sebelah petang,peserta muslimin dan muslimat berpeluang untuk beramah mesra, merapatkan silaurahim,dan memperbaiki kemahiran komunikasi dengan adanya modul ‘Exchange Skill’. Modul ini memberi peluang kepada peserta muslimat untuk menunjukkan kemahiran mereka untuk membuat kuih. Pada sebelah malam,satu sesi bersama anak-anak penduduk taman diadakan. Modul ini membawa objektif untuk memberi kesedaran kepada adik-adik tentang kepentingan pelajaran.

    Seawal jam 4.00 pagi,para peserta mengadakan qiamullail. Selepas bersahur bersama keluarga angkat masing-masing, solat subuh,dan tadarus al-Quran, hari tersebut diteruskan dengan modul seterusnya. Modul berikutnya ialah modul bersama anak-anak penduduk kampong. Mereka diajar tentang kepentingan ilmu dan pengetahuan agama di dalam hidup. Selain itu,mereka juga berpeluang membuat ulangkaji pelajaran bersama kakak-kakak dan abang- abang fasilitator. Majlis perasmian penutup diadakak selepas solat zohor berjemaah. Selepas sesi bergambar bersama keluarga angkat masing-masing, anak-anak angkat berangkat pulang ke UTP. Mereka dihantar ke UTP oleh keluarga angkat masing-masing.

    Kesimpulannya, program khidmat masyarakat ini boleh dianggap berjaya dan mencapai objektif yang diharapkan. Seharusnya, program seperti ini diadakan pada setiap semester bagi merapatkan silaturahim antara penduduk kampung dan para mahasiswa mahasiswi.
 

Add comment


Security code
Refresh