Kelas Khat

Share

Pada jam 3.15 petang sehingga 4.30 petang, 12 September 2008, satu kelas intensif khat nasakh telah diadakan. Bertempat di Lecture Hall 1, kelas Khat itu telah dihadiri oleh seramai 25 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kesenian islam. Pada hari ini, Encik Amirhossein, seorang pensyarah Iran UTP dari Kejuruteraan Awam telah dijemput untuk mengajar. Sebelum ini, kelas pertama telah diadakan pada hari jumaat 5 September 2008 bersempena Ramadhan Discovery. Pelajar telah dikenakan bayaran RM11 merangkumi kos manual, pen khat, kelas dan sijil. Abdul Hadi bin Alias dibantu oleh Mohamad Hafizi bin Zakaria dan Wan Ibrahim Wan Mamat telah menjadi tutor untuk kelas ini. Peserta yang berminat juga boleh mendaftar untuk menyertai pertandingan khat. Setiap penyertaan telah dikenakan bayaran RM 1. Kelas seterusnya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad.
 

Add comment


Security code
Refresh