| Majlis Penutup Ramadan Discovery dan Final The Qurra' |
Pada 16 September 2008 yang lalu, satu majlis penutup bagi program Ramadhan Discovery.Majlis ini telah diadakan di Dewan Utama UTP.Majlis ini juga telah diserikan dengan pertandingan akhir The Qurra’. Program Ramadhan Discovery ini telah dijalankan sepanjang 26 Ogos hingga 16 September 2008 yang lalu.Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Ramadhan Discovery ini.Antaranya ialah The Qurra’, 'Treasure Of Iman', Pertandingan Memasak dan lain-lain. Majlis bermula dengan ketibaan para jemputan pada pukul 9.40 malam.Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Ustaz Dawi Cahyono Bin Nurdin, Ustaz Rahmat dan Ketua Jabatan "Computer Information Science(CIS) Department" .Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan persembahan montaj The Qurra’. Seterusnya, majlis diteruskan dengan agenda utamanya iaitu pertandingan The Qurra’.Sebanyak empat orang pelajar telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir pada kali ini.Empat orang peserta tersebut ialah: 1. Ahmad Hadi Hassan,Jurusan Kejuruteraan Mekanikal (Tahun Pertama Semester 1) 2. Muhammad Zulhaziman B. Mat Salleh,Jurusan Kejuruteraan Kimia (Tahun Kedua Semester 2) 3. Zul Aiman B. Zulkifli, Kejuruteraan Awam (Tahun Asas Semester 1) 4. Abdul Mudzil B. Mahamod, Jurusan Kejuruteraan Kimia (Tahun Akhir Semester 1) Walaubagaimanpun, pertandingan ini telah dimenangi oleh Muhammad Zulhaziman. Manakala tempat kedua diperolehi oleh Abdul Mudzil dan tempat ketiga oleh Ahmad Hadi.Tempat terakhir pula oleh Zul Aiman. Selain penyampaian hadiah kepada pemenang The Qurra’, majlis ini juga diserikan dengan para hadirin diperdengarkan bacaan Al-quran dari pelajar antarabangsa. Seterusnya, para tetamu kehormat diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang setiap pertandingan yang dijalankan sepanjang Ramadhan Discovery ini. Disediakan oleh, MOHAMAD HUSAINI BIN ABU BAKAR LAMPIRAN I TENTATIF PROGRAM 9.00 pm : Arrival of Students 9.45 pm : Arrival of VIP 9.50 pm : Welcoming speech from Master of Ceremony 9.55 pm : Doa recitation 10.00 pm: Montage The Qurra’ 10.05 pm: Master of ceremony announce the rule to the competitor. 10.10 pm: Final The Qurra’ 11.10 pm: Speech by officiator 11.25 pm: Montage RD 08 11.30 pm: Comment from jury 11.35 pm: Announcement of winner and prize giving ceremony 11.50 pm: Souvenir giving ceremony 11.55 pm: Closing speech from master of ceremony 12.00 am: Refreshment LAMPIRAN II GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERJALAN
|


