| Ramadhan Food Fiesta |
Program: Ramadhan Food Fiesta Anjuran:Ramadhan Discovery Tarikh: 27 Ogos 2008 Masa: 2.30pm-5.30
Ramadhan Food Fiesta merupakan pertandingan memasak yang diadakan dibawah anjuran Ramadhan Discovery. Pertandingan ini diadakan di café village 5(V5). Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori.Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam para penuntut di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Antara kategori yg ditawarkan ialah masakan tempatan atau ‘local’ dan juga masakan antabangsa(international). Ternyata pertandingan seperti ini menarik minat para penuntut apabila sebanyak 12 kumpulan menyertai pertandingan masakan ini. 3 daripadanya merupakan peserta bukan tempatan iaitu pelajar dari luar negara. Setiap kumpulan dianggotai seramai dua orang peserta. Yuran pendaftaran hanyalah sebanyak RM6.00. Pihak penganjur hanya menyediakan 4ketul ayam,salad,garam,gula,dan juga minyak masak. Para peserta disarankan menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Bagi peserta international, mereka dikehendaki memasak masakan daripada negara mereka. Dua pemenang dari setiap kategori telah mendapat hadiah dari pihak penganjur beserta plak. Manakala para peserta lain mendapat voucher. Kesimpulannya,aktiviti ini boleh dikatakan berjaya kerana sambutan yang diterima agak menggalakkan. Pihak penganjur amat berpuas hati dengan kerjasama dan sambutan yang diberikan.
WASSALAM LAMPIRAN GAMBAR-GAMBAR
|



