Pertandingan Fotografi Sempena Ramadhan Discovery

Share

LAPORAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI

          Sepanjang 1 hingga 12 September 2008 yang lalu, Unit Wartawan, Lajnah Informasi dan Multimedia, Rakan Masjid telah menjalankan satu pertandingan fotografi. Pertandingan fotografi ini adalah pertandingan kedua telah dijalankan oleh Unit Wartawan. 

            Pertandingan fotografi ini telah diadakan bersempena dengan program Ramadhan Discovery yang telah dijalankan oleh pihak Rakan Masjid. Objektif diadakan pertandingan ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar Universiti Teknologi Petronas dalam bidang fotografi. Disamping itu, iaa juga dapat mengalakkan para pelajar UTP untuk menghayati dan menghargai keadaan sekeliling mereka. Selain itu , pertandingan ini dapat menjana kreativiti pelajar dan membolehkan setiap pelajar dapat menmanfaatkan setiap kemudahan yang diperolehi.

            Pada pertandingan kali ini , yuran penyertaan telah dikurangkan kepada RM3 bagi setiap penyertaan. Setiap peserta diwajibkan untuk menghantar sekurang-kurangnya 3 keping manakala bilangan maksimum adalah sebanyak 5 keping bagi setiap penyertaan. Antara syarat-syarat lain bagi petandingan fotografi kali ini ialah setiap gambar yang dihantar mestilah disertai dengan tajuk atau ‘caption’. 

            Tema yang digunakan bagi pertandingan fotografi pada kali yang kedua ini ialah ‘Suasana Ramadhan dikalangan Mahasiswa’. Tema ini adalah bersesuaian dengan bulan Ramadhan yang sedang disambut sekarang. Istimewanya pertandingan pada kali ini ialah panel hakim nya adalah terdiri daripada Jurufoto di Jabatan Servis Korporat UTP. Ini adalah berbeza berbanding pertandingan sebelum ini yang mana panel hakim adalah terdiri daripada AJK unit wartawan.

            Sebanyak tiga hadiah disediakan kepada para pemenang iaitu hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga. Manakala setiap pelajar yang menyertai pertandingan ini disediakan sijil penyertaan.

Walaubagaimanapun, setelah diadili oleh panel hakim. Johan bagi pertandingan fotografi pada kali ini ialah Nu’man B. Hilmy Mujahid melalui gambarnya yang bertajuk ‘Ifthar-Eratkan Ukhwah’. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Amin B. Jailani dengan gambar yang bertajuk ‘Qiam’. Tempat ketiga  pula dimenangi oleh Abdul Azim B. Talib melalui gambar yang bertajuk ‘Jom masak-masak untuk berbuka puasa’. Disebabkan terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, hadiah para pemenang tidak dapat disampaikan sewaktu majlis penutup Ramadhan Discovery dan akan diberi dalam masa terdekat.

 

Secara keseluruhannya, pertandingan fotografi pada kali ini masih kurang mendapat sambutan yang baik dari kalangan pelajar UTP. Antara sebab-sebab yang dikenal pasti ialah kurangnya promosi mengenai pertandingan ini dan tempoh masa pertandingan yang singkat.

Disediakan oleh,

 

MOHAMAD HUSAINI BIN ABU BAKAR

AJK UNIT WARTAWAN

 

 

SENARAI MTME RM YANG TERLIBAT

 

NO.

NAMA

JAWATAN

1.

Md. Azri Bin Abd Halim

Ketua unit wartawan

2.

Wan Aathena Wan Ahmad Marzuki

Penolong ketua unit

3.

Mohamad Ridhuan B. Othman

AJK

4.

Mohamad Husaini B. Abu Bakar

AJK

 

 

 

 

Gambar Tempat PERTAMA

 

Gambar Tempat KEDUA

 

Gambar Tempat KETIGA

 

 

Add comment


Security code
Refresh